GAPENA ZAMAN PANCAROBA-MAG KE - 37

Membaca warta GAPENA Julai 2008 membuatkan aku serba salah. Lantas aku memikirkan jalan mana yang harus dilalui. Atau apakah reaksi yang benar harus menjawap pelbagai persoalan yang timbul.

Sudah tentu bukan aku seorang yang memikirkan tentang pancaroba yang berlaku dalam GAPENA tetapi individu di dalam setiap Persatuan yang berdaftar setelah MAG kali ke-37 yang mengundang seribu satu persoalan. Mungkin ini kali kedua Tan Sri Ismail Husein ditentang, maka isunya, Tan Sri menang tetapi kampung persatuan penulis seperti tergadai.

Tan Sri memberi ulasan dan menyatakan segelintir kelompok yang mengejar kesempatan dan banyak melemparkan fitnah kerana dirinya ditentang. Malah beliau mencemuh kerana pihak yang menentangnya bersikap agak hedonistik yang memikirkan keuntungan peribadi dan tanpa idealisme tinggi.

Persoalan saya, di mana demokrasi dalam GAPENA? GAPENA juga seakan bergolak seperti politik dalam negara kita. Saya mempunyai pendirian yang saya sangat mengkagumi Tan Sri dan kepimpinannya. Tan Sri memang pemimpin agung dan banyak melakukan perubahan ke arah kemajuan. Namun kemajuan terhadap penulis pada hari ini bagaimana? Apakah kedudukkan bahasa kita terbela? Kenapa kita tewas dan diperalatkan oleh agenda politik sehingga bahasa yang kita mahu angkat terjunam di kaki bahasa penjajah? Saya masih mengharapkan GAPENA lakukan pembebasan bahasa Melayu dan bukannya masuk politik.

Tentangan terhadap Tan Sri bukan untuk menghinanya tetapi mengajar agar lebih terbuka dalam membela persatuan di bawah GAPENA. di waktu yang lain tidak meninggalkan pihak penulis dan persatuan yang jauh seperti kami di Sabah dan Sarawak. Kami masih mengharapkan Tan Sri melakukan kegiatan yang makin segar dan tidak meninggalkan para penulis muda dalam apa sahaja kegiatan.

Setelah MAG ke -37, kami tetap berpegang teguh kepada Tan Sri dan para pucuk pimpinan yang lain lebih peka terhadap matlamat asal GAPENA. Kami tidak berdendam dan tidak mengambil kira MAG yang lalu. Biarlah MAG lalu satu demokrasi dan hari ini juga pimpinan GAPENA harus demokrasi. Seboleh-bolehnya jangan berperang sesama sendiri tetapi membuat perubahan yang membela keadilan tugas GAPENA.