Saya menulis cerpen, novel, puisi mahupun apa sahaja genre karya sekali pun adalah untuk diterbitkan. Siapa penulis tidak mahu karyanya diterbitkan? Sekiranya karya itu tidak terbit, sudah tentu penulis berkenaan sedih dan tertekan.
Apa lagi jika karya berkenaan baik dan pernah menang anugerah dan peraduan. Ini menunjukkan karya berkenaan bertenaga dan sesuai untuk setiap peringkat masyarakat. Apakah anda pernah menulis dan karya anda selalu ditolak? Apakah penolakan berkenaan disusulan dengan alasan?
Dalam keadaan yang nyata, menulis adalah untuk diterbitkan.