BUJANG TAHA SUDAH LAMA TERPINGGIR

Melihat rumah ahli sukan ternama (bina badan)melalui surat khabar, cukup memilukan. Saya juga membaca surat khabar beberapa hari ini (10.02.2011) betapa terkilannya saya bila melihat nasib seorang ahli sukan yang terpinggir dari arus pembangunan dan bantuan kerajaan.

Sayang sekali pingat kemenangan beliau juga turut musnah dijilat api. Ini bermakna tidak ada bukti kasar dapat dilihat selain sejarah yang namanya tercatat selama ini. Dapat kita rumuskan bahawa seorang ahli sukan ternama begitu miskin pada harini. Apa sudah berlaku dengan ahli Sukan Negeri Sarawak?

Ingin juga saya menyatakan bahawa seorang ahli sukan yang banyak menaikkan nama negara tiba-tiba mendiami rumah yang sebegitu rupa. Malah beliau seorang penjual sayur untuk menyara hidup. Di mana tanggungjawab kerajaan Negeri Sarawak? Di mana pemimpin ehsan kerajaan Negeri Sarawak?

Mungkin oleh kerana itu rakyat Sarawak kurang menyengat dalam arena sukan pada hari ini. Ini satu khabar yang sudah pasti mengerikan kepada pejuang Sukan negeri Sarawak. Membaca surat khabar berita harian pada hari ini, saya benar-benar rasa pilu. Belum ada pembelaan yang mungkin untuk membantu ahli sukan berkenaan.

Rakyat harus membuka mata dengan akan pemimpin Sarawak pada hari ini. Bukan sahaja ada masyarakat terpinggir malah tanggungjawab mereka terhadap bekas orang ternama tidak diendahkan.