Pada hujung January, Mesyuarat Agung PUTERA ke-31 telah diadakan di Mega Hotel yang dihadir lebih 30 orang penulis dan aktivis bahasa dan sastera. Suasana Mesyuarat agung tenang. Kelihatan sinar mata masing-masing memberikan makna besar buat pucuk pimpinan lama. Sah apabila pucuk pimpinan lama menang tanpa bertanding. Rata-rata para ahli masih menyimpan kepercayaan, teguh kepada barisan berikut:
Ketua Satu : Abizai (Zainal Abidin Haji Suhaili)-Melayu
Ketua Dua : Poul Nanggang - bangsa bisaya
Setiausaha Satu : Jaya Ramba - Ibang
Setiusaha Dua : Zabaie - Melayu
Bendahari : Safiah Jol.
Cuma ajk yang mengadakan pemilihan. Namun nampak pertukaran besar. Ini menunjukkan bahawa ajk lama 50% kekal. Senarai ajk 2010 PUTERA.
1. James Nibung - iban
2. Wira Mancha
3. Sudan Ajang
4. Elizabathe Sepit @ Nur
Dua ajk yang dipilih oleh ketua satu termasuk dipersetujui sebulat suara ahli ialah
4. Wan Hairul
5. Morsaline hj Wasli
Agenda besar yang dibincangkan ialah Hari Dialog Teluk yang diputuskan berlangsung pada Mei dan bukannya April 2010. Mesyuarat untuk membincangkan Dialog Teluk akan ditetapkan dalam waktu terdekat. Juga beberapa aktiviti seperti melawat kampung atau rumah panjang akan dirancang. Ini memudahkan para peserta mengetahui lebih dekat budaya orang rumah panjang.
Sekali lagi saya menyarankan, jika ada peserta luar yang ingin menyertai, bolehlah menghubungi saya. Para ahli PUTERA yang berada jauh atau bekas ahli juga disarankan menghantar karya puisi dan cerpen untuk diterbitkan.
1 comment:
Saya merupakan pemilik laman tuahteja.blogspot.com. Saudara telah meletakkan komen di blog saya dan ini jawapannya:
Bahasa adalah alat untuk berkomunikasi. Memandangkan saudara berjaya sampai ke laman saya dan telah meletakkan komen, saya anggap saudara telah memahami penulisan saya. Maka itu membawa maksud satu komunikasi yang berjaya; di mana mesej disampaikan dan difahami. Apakah perbezaannya saya menulis di dalam Bahasa Malaysia ataupun Bahasa Inggeris? Saya menulis mengikut inspirasi; jika hari ini terdetik untuk menulis di dalam bahasa Inggeris, maka itulah bahasa yang saya gunakan, jika terdetik untuk menulis di dalam Bahasa Malaysia, saya akan tulis di dalam Bahasa Malaysia. Saya lebih selesa menulis di dalam Bahasa Inggeris, sekiranya saudara tidak berminat ataupun menghadapi kesukaran memahami Bahasa Inggeris, banyak laman Bahasa Malaysia lain yang boleh saudara lawati. Sebagai contoh laman DBP atau lain-lain laman yang sama waktu dengannya. Sekian terima kasih.
Do not impose your beliefs onto others.
Post a Comment