Kawan bercakap besar. Bukan kerana kepala dia besar. Bercakap sombong dan ego kerana dia penulis. Mungkin kerana dia aktivis sastera, kononnya. Katanya akan menerbitkan karya pada tahun hadapan. Maka, tahun depan yang dinantikan adalah tahun ini (2010) tetapi karya yang dinanti tidak juga terbit. Saya bertanya mana karyanya, dia masih mengatakan tahun hadapan. Harap tahun hadapan terbit.
Saya jangkakan dia penulis besar atau aktivis sastera besar kerana dia bercakap besar. Kata nak memartabatkan itu, martabatkan ini. Kerja itu dan kerja ini demi bahasa dan sastera. Kata orang, kalau tidak ada buku, bukan penulis. Penulis adalah orang yang ada buku.
Kawan saya yang seorang berkata lagi, jangan bercakap besar seperti seorang pemimpin yang segelintirnya mengabaikan rakyat. Jangan seperti seorang hakim yang kes-kesnya tidak selesai juga. Jangan seperti seorang kawan saya yang suka sangat menyampuk tetapi tidak ada habuk pun hasilnya. Nak memartabatkan generasi sastera konon, tetapi mana kemajuannya. Malah kekusutan yang timbul.
Kawan, menulislah pada sebuah kertas yang boleh dijadikan buku. Duduk sambil pegang pen dan kertas. Kawan yang seorang ni, jangan menyampuk kata nak memartabatkan itu dan ini. Mana hasilnya. Awak sudah terlalu lama bercakap besar. Awak sudah terlalu lama di situ dengan cara menyingkirkan orang lain. Ingat, kita 1Msia.
2 comments:
Sudah lama saya tidak singgah di blog ini. Apa khabar saudara? Bagaimana perkembangan Dialog Teluk? Saya telah dihujani pertanyaan berkenaan tarikh Dialog Teluk yang bakal diadakan di Miri. Apakah sudah ada ketetapan tarikh yang dibuat? Harap dapat perkhabaran dari sana.
http://norgadis.blogspot.com/
selamat pagi puan. Ya kita memang cuba mahu tetapkan tarikh dialog teluk. Cuma sekarang kita menanti bajet dari pihak yang pernah kita hubungi. Saya harap dalam waktu terdekat. Kita akan berhubung nanti..
Post a Comment