Lahirnya laman ini adalah untuk menyimpan khazanah diri sebagai penentu hidup. Ia juga muzium untuk meletakkan karya agar terus hidup sepanjang zaman. Selain itu, laman ini juga satu daerah untuk kerabat peminat tatapi selain menemui perkembangan kepenulisan diri.
DAMA untuk siapa?
DAMA adalah persatuan penyanyi Dayak Sarawak yang masih muda. Sebagai penyanyi saya dan rakan-rakan menyokong penuh DAMA. Ini juga sudah semestinya akan memartabatkan industri Muzik di Sarawak.
Namun, DAMA untuk siapa sebenarnya? Apa maksud DAMA ditubuhkan. Semenjak penubuhan DAMA, tidak semua penyanyi yang terlibat. Tidak semua lagu penyanyi dilibatkan. DAMA masih kabur lagi dan apa peranannya kepada penyanyi.
Pernah didengari, sebuah lagu yang diregister akan dikenakan bayaran besar. Ini menunjukkan DAMA hanya mementingkan kewangan untuk menambung perbelanjaan. DAMA juga lebih membela nasib penyanyi di kawasan Selatan Sarawak. Ini memang tidak adil. Penyanyi di kawasan Utara Sarawak seakan dipinggirkan.
Nama DAMA kelihatan megah tetapi penampilan DAMA masih kolot. DAMA masih ketinggalan oleh LTI (Lagu Tebilang Iban) oleh RTM Miri. Juga masih ketinggalan penganjuran industri muzik Iban yang lain seperti radio cats.
Saya mencadangkan agar DAMA membuka cawangan di setiap bahagian. Libatkan seluruh penyanyi Iban di Sarawak. DAMA juga harus bertindak dalam membenteras cetak rompak. Dama harus membela penyanyi Iban yang dianiaya oleh syarikat rakaman. Kita tidak mahu DAMA bersorak besar tetapi tetap membela segelintir penyanyi yang mereka suka sahaja.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment