UMNO PATUT MASUK SARAWAK, KENAPA?

Tahun lepas, hangat juga suasana poiltik Sarawak. Isunya, UMNO akan membuka cawangan peminat UMNO. Itu juga dirisau sangat oleh pemimpin BN yang sedia ada. Kenapa harus takut UMNO masuk Sarawak.

Bukankah Felda kaya raya kerana UMNO. Bagaimana pula keadaan salcra dan pemilik tanaman sawit persendirian? Apakah petani jenis itu penuh kantungnya? Apa masyarakat sangat terbela dengan adanya pemimpin BN yang ada di Sarawak ketika ini?

Saya salah seorang peminat kem BN Sarawak masih mengharapkan masyarakat kita hidup terbela seperti masyarakat yang dibantu UMNO di Semenanjung. Sebagai masyarakat, saya dan kami telah menilai kemiskinan masih menebal di Sarawak. Contoh, di kampung saya sendiri, ketika bencana banjir berlaku. Bantuan tidak sampai seperti yang diharapkan. Sudahlah harga barang sangat mahal. Bencana pula memusnahkan semua tanaman.

Balik kepada isu parti, BN Sarawak harus membuat perubahan besar-besaran. Melihat kemiskinan tegal. Melihat prasarana menghubungi pedalaman. Melihat cara dan corak bagaimana untuk memajukan masyarakat. Melihat bagaimana untuk menjalinkan hubungan dengan persatuan yang cukup miskin yang kurang diberi bantuan. Ini pengalaman saya sebagai seorang ahli dan pemimpin persatuan penulis yang cukup miskin. Teramat payah membuat program kemasyarakatan. Teramat payah membuat program sastera dan budaya kerana pihak tertentu tidak menyalurkan bantuan walaupun kita kerap kali meminta bantuan.

Saya rasa, cukuplah menyokong pemimpin jenis bercakap besar tetapi tidak menunjukkan rasa prihatin terhadap masyarakat dan persatuan. Kita memang menyokong kerajaan tetapi pemimpin yang tidak prihatin itu harus ditukar dengan generasi muda. Atau pilih individu yang berkemampuan. Atau tidak ada pilihan, sokong pembangkang yang berkebolehan.

No comments: