Lahirnya laman ini adalah untuk menyimpan khazanah diri sebagai penentu hidup. Ia juga muzium untuk meletakkan karya agar terus hidup sepanjang zaman. Selain itu, laman ini juga satu daerah untuk kerabat peminat tatapi selain menemui perkembangan kepenulisan diri.
SELAMAT KEMBALI DAN MAAF BERDIAM DIRI
Salam sejahtera dan selamat bertemu kembali rakan-rakan sekarabatku. Saya minta maaf kerana tidak berinteraksi bersama rakan sekalian. Selama ini saya berenang di lautan pembelajaran. Saya memanjat langit yang tiada pucuknya. Ya, seperti insan lain, saya sibuk dengan pelajaran dan kerja-kerja amal.
Harap maklum, amat lambat saya bekarya dan hanya boleh menulis puisi dan cerpen. Syukur juga kerana tahun lepas saya hanya boleh menyiapkan lapan buah cerpen dan semuanya berjaya diterbitkan. Pada tahun ini, saya hanya telah menyiapkan lima buah cerpen dan sedang menyambung kembali Novel MARLINA YANG PALING...
Kini, semangat saya kembali kuat. Saya sedang menyiapkan beberapa buah novel yang entah akan dihantar ke mana nanti. Buat sdr Rozlan Mohamad Nor, berjuta maaf kerana tidak memperbaharui blog ini. Sudah pasti saya akan bersama rakan-rakan semua. Kepada sdr Dahiri Saini, anda semakin hebat dan sudah mempunyai empayar sendiri sehingga mendapat sambutan hebat. Buar sdr Saiee Dris, Maaf juga kerana kekurang bahan di blog saya.

Tarikh Pelancaran 31 Oktober 2007
PELANCARAN NOVEL BARA YANG MENYALA
Kisah tentang Empayar Perniagaan yang menjadikan manusia hilang indentiti diri. Dalam kemelut itu, di satu sudut lain muncul kasih sayang yang memerlukan pengorbanan. Tetapi kasih sayang itu akan lahir daripada sejarah hidup silam. Apakah sejarah itu akan membongkar pertalian yang berkurun-kurun terpisah? Bagaimana pula kesudahan perebutan empayar perniagaan yang menjadi rebutan orang ternama tersebut? Siapakah Datuk Hin Huat Ba dan kelecekan Peguam Lan Liew Raymond? Bagaimana pula dengan kedudukan Bee Fatt yang terhimpit di tengah-tengah serba salah sebagai seorang pegawai tinggi polis. Siapa pula Nilam dan Ba Man? Mereka ini sama-sama direjami permainan dendam. Segala-galanya ada di dalam Novel BARA YANG MENYALA. Sila dapatkan!!
Ngayap - Jaya Ramba
Ngayap bermaksud bertemu seorang gadis pada waktu malam. Ngayap berlaku dinihari sehingga semua insan di sesebuah rumah panjang terlena. Si dara telah menanti teruna. Teruna datang dalam keadaan sunyi sepi melalui siling rumah panjang. Di sini si teruna menghadapi banyak cabaran. Menurut beberapa peristiwa, andainya bapa si dara sedar, maka orang tua itu akan menanti dengan parang, trisula dan pedang. Nahas teruna. Bagaimana sik teruna mengelakkan bertembung dengan masalah itu? Seandainya teruna berjaya maka teruna itu adalah pahlawan. Budaya ini masih kekal hingga ke hari ini. Cerpen Ngayap ini sudah terbit di antologi Sasterawan Malaysia pada tahun 2006.
Senga'ai Mati
Kematian akan ditangisi. Tukang tangis berperanan membimbing si mati sampai ke alam sebayan. Banyak rintangan, halangan yang akan ditempuhi. Banyak usikan dan tipu muslihat sebayan terhadap penghuni baru mereka. Di sini si tukang tangis terpaksa menggunakan ilmunya agar si mati betul-betul selamat sampai ke tempatnya. Di dunia nyata, si tukang tangis sampai pengsan untuk menyelamatkan si mati. Ini merupakan kisah dalam budaya suku kaum Iban. Cerpen ini menyeramkan. Malah mengerikan sesiapa yang membacanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)