NASIB PPSMI AMAT MERESAHKAN

Saya mengikuti perkembangan politik tanah air. Politik yang berlaku di Perak sehinggalah perkembangan pemilihan pucuk pimpinan UMNO yang Agung itu. Perkara pertama yang saya nantikan apabila disentuh tentang PPSMI yang saya rasa pada suatu hari nanti akan mengubah keadaan. Namun, kerajaan tetap teguh mempertahankan PPSMI dan masyarakat pula tunjuk-menunjuk antara satu sama lain. Kerajaan pula keliru dan terus keliru sehingga berdebat secara membabi buta tanpa arah.

Alasannya untuk mempertahankan PPSMI, masyarakat Malaysia harus sedar dan harus memiliki ilmu yang lebih global sehingga hidup seperti robot yang tahu segala-galanya. Dalam hal ini, saya amat risau akan batasan yang dituntut itu akan membunuh budaya Malaysia. Paling meruncingkan pada suatu ketika nanti bahasa Malaysia akan menjadi sampah sehingga tanda keramat Bahasa Malaysia tenggelam ditindih bahasa eropah. Ini sudah berlaku pada masyarakat kita apabila kita diserang oleh kecanggihan IT PADA hari ini. Anak-anak muda kita telah lemas di siber cafe yang TUMBUH BAGAIKAN CENDAWAN yang kerajaan sediakan. Bertambah buruk lagi apabila ada individu mengambil kesempatan dengan membuka pintu rahsia kepada generasi kita agar hidup berfoya-foya di padang ruai siber rumah mereka.

Bahasa SMS menjadi rojak. Bahasa dalam industri lagu hanya seperti roti ditelan tanpa kita sedar roti itu busuk. PPSMI terus menjadi keutamaan apabila bahasa Malaysia dipinggirkan oleh institusi tinggi. Contohnya, Universiti Terbuka Malaysia telah menukarkan bahasa Melayu kepada bahasa penjajah. Ini beul-betul satu penindasan rakyat kita kepada bahasa sendiri.

Paling keji, bangsa kita yang gilakan politik sudah pandai menentang raja yang kita amat sayangi. Raja adalah payung kesejahteraan dan lambang segala-galanya di Malaysia. Kesan dari PPSMI itu menunjukkan hak raja kita dirampas. Sedikit sebanyak perlembagaan diubah walaupun pekara 152 ternyata kukuh. Keranda 152 seperti sudah dikebumikan dan hak bahasa Melayu diketepikan apabila dapat kita lihat iklan pekerjaan mengutamakan bahasa eropah.

Bahasa Melayu adalah lidah kita pada masa dahulu. Masyarakat kita bersatu dibawah satu bahasa. Masyarakat kita menjalinkan hubungan melalui satu bahasa dengan ada ribuan buah sekolah ujud. Namun, sekolah-sekolah lambang satu bangsa sudah dipertikaikan. Institusi pula sudah lupa akan bahasa Melayu. Semata-mata inginkan ranking baik di mata antarabangsa.

Namun, saya amat bangga dengan negara Korea, Jepun, Cina yang masih sayangkan bahasa mereka. Mereka tetap megah dan maju dan lebih global ilmu dan pemikiran mereka. Negara ini juga pencetusan seseuatu ciptaan yang terkenal. Saya, sebagai masyarakat Malaysia tetap masih menyayang bhs Melayu. Tetap mengharapkan ada pihak lain muncul untuk mengembalikan bhs Melayu seperti dulu. Bukankah ada kaedah lain untuk mempelajari bahasa inggeris agar kita berfikiran global tetap jangan mengorbankan subjek sain dan matematik yang amat mudah dipelajari dalam bahasa Melayu.

Melalu blog ini, saya tidak berniat memburukkan pemimpin dan kerajaan yang cukup saya sayangi. Cuma, jangan pertarungkan nasib bahasa Melayu sehingga jenerasi kita bertukar rupa seperti bangsa eropah yang hilang amalan, adat dan agama Malaysia.

PPSB YANG KURANG ROMANTIS

Hari ini genap kegelisahan hati teruji lagi. Bingkai silam PPSB memanggil. Rimba bara kembali menyala apabila nusantara api menyala dari tanah semenanjung ke bumi kenyalang terbakar. Terima kasih kepada rakan-rakan kerana terus memberi nasihat dan menongkah dari bawah. Namun aku;

Aku tetap mempertahankan diri. Aku seharusnya memberi luahan nyata kerana aku memang tidak bersalah. Aku pantang dimalukan kerana aku juga seperti manusia lain yang mempunyai maruah. Namun, pada nukilan ini, aku tidak mahu menyebut pekara-pekara silam itu. Aku tahu aku sudah dicampakkan kerana aku menegur cara berpolitik dalam PPSB. Aku berterus-terang kerana aku menegur sesuatu yang salah. Kita tidak mahu kekotoran terus membalut suasana sastera negara dengan pekara-pekara kecil. Hingga sekarang, ada kem mengatakan PPSB kurang siuman dan seperti orang gila kerana pegawai yang berkhidmat tidak profesional. Saya cukup teliti dengan berita dan suasana ini. Ini salah siapa?

Saya tidak memanjang pekara ini langsung tetapi saya tidak mahu dimalukan dengan mengatakan saya penentang. Penentang hanya ingin memperbaiki keadaan. Sepanjang berkhidmatan, saya tidak menjadikan wang ringgit dari PPSB mengayakan saya malah banyak memberi kepayahan kerana berkorban berbelanja ke sana kemari. Terima kasih kepada DBP KL dan pegawai berkenaan kerana telah menumpangkan tenaga saya sepanjang berada dalam PPSB. Terimah kasih juga kepada rakan-rakan sekalian kerana bekerjasama. Terima kasih kepada KK dan jurulatih kerana bertanya tentang bayangan saya.

Buat warna fasilitator, berkhidmatlah penuh komitmen, penuh jiwa raga untuk menjadikan generasi muda mengenali sastera budaya menjadi bangsa Malaysia. Kepada pemegang projek, tidak semudah mungkin kalau kita tidak menyelami hati budi manusia. Usah berjiwa besar jika jiwa kita tidak terenang lautan luas etnik masyarakat dalam negara kita. Memimpin masyarakat bukannya menyalahkan individu tetapi berusaha memperbaiki keadaan. Berusaha menyatupadukan bangsa bukan dalang pemecah-belah. Kita sentiasa ada ruang untuk memperbaiki keadaan tetapi bukan menyukarkan keadaan. Harus berhubung adalah lebih baik dari berdiam dan bercakap dari belakang. Jika ini tidak berlaku, kedua-dua pihak menjadi terkilan!

Cerpen JERATNYA TERLEPAS LAGI

Untuk pengetahuan sahabat dan kerabat sastera, cerpen saya berjudul JERATNYA TERLEPAS LAGI telah terbit di Dewan Sastera pada Mac 2009. Diharap semua sudah memperolehnya dan membacanya. Sebarang komen, bolehlah disiarkan di blog saya ini. Atau sebarang maklumat boleh diterbitkan di ruangan saya ini.

rumahpanjai.com POPULAR

Saya menerjah ke rimba RumahPanjang.Com yang rata-rata penghuninya Dayak, maka saya telah mendaftar. Alangkah baiknya ruangan berkenaan kerana begitu banyak sesi forum tetapi agak kotor kerana perbincangan dinanahi isu-isu sensitif. Yang baiknya, ruangan berkenalan begitu meluas sehingga sempadan sosial amat terbuka. Banyak juga informasi diperolehi. Bagi yang popular, maka peminat di keliling pinggang. Syabas RumahPanjang.Com

ALBUM LAGU IBAN MODEN TERBARU AKAN MUNCUL

Salam sejahtera buat semua sahabat. Saya baru sahaja pulang(4 Mac 2009) dari KL dalam mengusahakan satu aktiviti. Saya telah berjaya menerbitkan sebuah album lagu Iban termoden yang mengandung 10 buah lagu dengan seorang penerbit terkenal di KL. Pada awalnya, saya tidak percaya yang saya telah melakukan tugas ini dengan begitu baik sekali. Saya tidak percaya saya telah menjebakkan diri di dalam industri muzik.

Pada 1 Mac 2009 saya masuk studio dan sesi recording bermula jam 7 malam. Alangkah derita dan sengsaranya saya melalui setiap liku-liku kegementalan diri. Tujuh buah lagu berjaya dibuat dalam satu malam. Recording itu berakhir pada jam 4 pagi. Cukup penat dan mengantuknya saya. Paling ketara apabila kerongkong saya mula sakit tetapi syukur juga kerana saya dapat menyembuhkannya dalam waktu yang singkat. Pertama kali suara berkumandang, bulu roma komposer saya berdiri. Saya sendiri tidak percaya yang lagu-lagu berkenaan mantap. Saya berjaya mencipta lagu-lagu berkenaan dengan begitu baik.

Namun, saya masih berkira-kira untuk meletakkan judul lagu hit dalam album berkenaan. Tetapi saya kagum dengan kebolehan diri. saya tidak percaya saya boleh pergti sejauh ini dan selepas ini saya pasti sibuk dengan tawaran untuk membuat show. Untuk pengetahuan rakan-rakan semua, selepas ini saya akan menjadi DJ RADIO RTM miri dalam ruangan randau Sastera Utara. Pada 7 April 2009 saya berada di konti. Saya berharap para rakan sastera di bumi kenyalang memberi import kepada saya. Saya percaya saya akan menghubungi rakan-rakan bila berada di conti nanti.

Tiga hari tiga malam saya buat recording dan sempat buat sebuah video kelip yang amat menarik sekali. Selepas ini saya akan membuat video kelip untuk 9 buah lagu di mana komposer berkenaan akan datang ke Sarawak. Cuma saya belum memilih tempat yang sesuai.

Salam buat semua

EMPAYAR MELAKUT SEPI



Menulis adalah kerja keabadian yang jarang sekali individu lain ambil penting sepenuhnya. Manusia yang boleh menulis sehingga melahirkan karya adalah individu yang bertuah dan sangat peka terhadap suasana sekeliling dan masyarakat. Sesiapa pun boleh menulis tetapi sampai ke tahap mana stamina kepenulisan mereka? Bagaimana corak kepengarangan mereka? Baik? Cemerlang? Mengkagumkan? Atau di sebalik ketiga-tiga persoalan di atas.

Membaca Empayar Melakut Sepi adalah amat mengejutkan saya. Bukan apa, kerana saya telah membaca karya asal berkenaan. Frankie Latit menyusulkan karya berkenaan kepada saya yang lemrannya tebal lebih lima belas muka surat. Alangklah buruknya perkataan dalam karya berkenaan. Saya belum habis membaca karya berkenaan, tetapi sempat memberi penjelasan sekadar memperbaiki keadaan. Saya mengatakan bahawa terlalu banyak dialog yang panjang sehingga sangat mengotorkan isi keseluruhannya. Banyak isi dalam setiap perenggan kosong yang tidak berguna. Perenggan itu harus dikorbankan. Malah ada dialog yang panjang lebar tidak berguna harus dibuang. Saya menerangkan bahawa karya ini bagus tetapi dikotori oleh dialog yang banyak dan panjang serta perenggan yang tidak penting.

Membaca WBS pada 11 Februari 2009 (Rabu), saya diselerakan kejutan karya berkenaan. Saya rasa saya kenyang. Saya seronok membacanya. Kenapa? Satu, bahasa yang digunakan oleh Frankie cukup bertenaga. Bahasanya indah dan terurus. Ia seperti gelombang yang begermersik di lautan dengan tiupan angin sepoi-sepoi. Kalau ada kritikan yang keterlaluan, maka pengkritik berkenaan tidak menikmati karya berkenaan sebaik mungkin. Malah jalan cerita cerpen berkenaan juga tersusun rapi kerana bahasa yang digunakan sangat baik. Jarang kita melihat penulis muda menghasilkan bahasa bertenaga dalam sesebuah karya. Saya banyak kali melihat dan membaca karya di WBS tetapi karya Frankie yang terbaik. Saya bukan memuji tetapi setelah membaca setiap keluaran WBS pada Rabu setiap minggu. Selepas ini, Frankie layak memenuhi YIIB dan Dewan Sastera. Saya bukan mengangkat beliau tetapi itulah kebangkitan seorang penulis yang benar-benar memberi tumpuan. Maklumlah beliau seorang ahli perniagaan yang kecil-kecilan. Masa menulis mungkin lebar. Tidak sia-sia saya mengajar beliau selama ini. Malah saya mengingatkan beliau agar jangan pentingkan harta tetapi kualiti karya. Maka, kualiti itu adalah jenama Frankie.

Meneliti keseluruhan dasar jalan cerita, apa yang dikisahkan berkisar tentang harta milik orang kampung bagaimana cara ia dirampas. Frankie pula mengungkaikan apa yang berlaku agar masyarakat kita sedar dan bersedia menghadapi keadaan. Beliau juga ingin memberitahu bagaimana selisih faham manusia sehingga mengalah sahaja. Mereka hanya memprotes dengan kata-kata tetapi sanggup berpindah. Saya rasa Frankie cuba menyedarkan masyarakat yang kejam, dan tidak langsung menjaga keharmoniam orang kampung. Di sini, dipaparkan juga sudut politik sudah tidak dapat diharapkan menjaga kepentingan orang kampung. Saya tahu banyak simbol yang Frankie gunakan bagi menepis kebenaran manusia dengan sikap marah terhadap pihak penjajah yang sewenang-wenangnya merampas tanah warisan orang tempatan.

Saya tidak terpanggil untuk mengulas karya ini tetapi cukuplah sekadar mengatakan karya ini amat kuat sekali diantara penulis muda Sarawak sekarang. Beliau bakal meletup suatu hari nanti kalau diberi peluang. Namun, apakah kekuatan beliau akan terbela seperti Douglas Jaga yang hilang nama. Atau seperti beberapa orang penulis Sarawak yang terserlah dahulu tetapi kini dipinggirkan. Atau ada lagi yang baik, kemudian sengaja disingkirkan.

Kekuatan Frankie ini pasti kelihatan apabila saya membaca bakal beberapa buah karyanya. Saya berani katakan, Frankie akan berdiri sendiri sambil penulis mapan membantunya. Saya juga menanti sebuah karya di ruangan WBS mendapat anugerah HPPS suatu hari nanti.

Pesan saya, harap Frankie terus berkarya dan hasilkan karya yang bermutu. Kalau boleh jangan mudah meniru cara orang lain dan kita kena hasilkan jenama kita. Juga jangan mudah diperdayakan. Ujian yang paling besar adalah apabila kita diuji oleh pengkritik dan editor yang menyiarkan karya kita. Harap terus menulis.

DENDAM SEORANG SANG BATU API

27 hari tidak menulis adalah satu pengalaman yang cukup ngeri. Setiap detik yang dilalui diriku cukup mencabar. Namun, setelah banyak lorong dan denai dilalui, setelah banyak informasi diketahui, setelah banyak hujah disedari, akhirnya aku mengambil keputusan terus begini. Biarlah aku dengan kecewa ini walaupun aku tidak berniat lakukan perkara itu. Aku masih ingat dada-dada padang sastera rakan-rakanku yang panas meluahkan hati mereka. Yang lebih kejam pendapat dan terkaman mereka terhadap gudang itu dari apa yang aku alami. Tetapi tidak diambil tindakan sekejam aku. Ah, Aku masih ingat kata-kata bongkaknya:
"SINGKIRKAN DIA DARI GUDANG PUSTAKA INI. JANGAN IKTIRAFKAN KARYANYA. JANGAN SIARKAN LAGI APA SAHAJA KARYANYA."

aku memang tahu dia adalah Timbalan pendakwaraya di gudang itu. Aku tahu dia akan menjadi pendakwaraya suatu hari nanti. Entah kenapa dia benci dan marah kepadaku. Kenapa dia menjadi batu api di seluruh gudang itu dan seluruh bumi ini. Sedangkan dia sepatutnya menjadi pemartabat kerabat orang seperti aku. Aku ingat orang bersuara di depannya bertanyakan warta mereka. Seeloknya dia menegur aku kerana dia lebih matang dan tua. Dia kata "KALAU MAHU TERBIT SENDIRI. ATAU KERJA DI SINI!" Begitukah kita berkata di depan anak didik kita. Mungkin begitu kata-katanya kepada seisi keluarganya.

Aku masih ingat aku berdoa sejuta kali untuknya ketika dia tenat dulu. Kini, dia bernafas dan tegak seperti pokok ketapang yang gagah. Dia seperti raja memimpin gudang yang kaya itu. Dia adalah pemerintah mutlak yang menentukan nasib sesiapa sahaja. Aku pasti subur khazanah sastera tidak akan maju jika pemimpin sebegitu memimpin gudang itu.

Aku ingat pemerintah israel. Pmerintahannya itu seperti pemerintah Israel yang menindas umat Islam di Palestin. Memang aku juga seperti umat Islam di Palestin yang diruntuhkan. Tetapi tidak apalah. Cukuplah setakat ini. Sambungan karya ini akan aku luahkan di sebuah cerpen yang pasti akan terbit di Media Indonesia dan akhbar Nasional tidak lama lagi.SALAM!