LAGU PUISI IBAN JAYA RAMBA

ALBUM KEMPANG MATI DI PASARAN SEKARANG


Album Lagu Iban Ti Pemadu Moden berjudul KEMPANG MATI telah dilancarkan pada 02 Mei 2009 dan telah berada di pasaran sekarang. Buat rakan-rakan sekalian, jika ingin membuat tempahan, bolehlah menghubungi saya di talian 085-442043 pejabat atau telefon bimbit saya. Sokong rakan-rakan amat bermakna. Salam!

SASTERA SATU MALAYSIA?


SATU MALAYSIA
Rentetan seminggu ini, iklan Satu Malaysia telah diperkatakan begitu hebat oleh pemimpin kita. Paling dipanjangkan apabila penulis blog diseru agar "Satu Malaysia" menjadi bahan tulisan di dalam alam maya masing-masing. Saya sedar bahawa Satu Malaysia melalui politik telah diperhebatkan apabila Tan Sri Datuk Najib mengambil alih kerusi No.1 sebagai Perdana Menteri Malaysia. Tahnian PM baru yang disayangi.

Memikirkan Satu Malaysia, saya masih merenung kebenaran yang diterima seluruh masyarakat berbilang kaum di Tanah Malaysia tercinta ini. Saya sedar bahawa Satu Malaysia ini satu kaedah untuk kesenangan bangsa Malaysia. Bukan sahaja boleh menikmati ekonomi bersama malah menerima pembangunan dan kemajuan setaraf. Malah berkongsi kemudahan bersama. Melakukan satu tugas bersama. Termasuk memberi idea bersama.

SASTERA SATU MALAYSIA
Berbalik kepada isu sastera tanah air, yang begitu hebat isunya setelah PPSMI yang dibualkan pelbagai cerdik pandai. Juga, baru-baru ini inisiatif kerajaan akan menterjemahkan karya-karya negara asing dalam bahasa Malaysia bagi mencukup tahap pengeluaran buku yang dikatakan lembap. Saya tertanya-tanya apakah dengan kemasukan karya hebat ini akan berjaya membentuk satu Malaysia. Memang ada baiknya kerana pembaca dan penulis Malaysia boleh berkongsi resipi dengan bahan yang dituli oleh penulis popular asing.

Di mana letaknya jenama Penulis Pelbagai Kaum yang telah lama dianjurkan saban tahun sebelum ini, apabila Sastera Satu Malaysia disarankan? Atau masih terus terlibatkah penulis-penulis etnik ini dalam penganjuran raksasa di peringkat arus perdana? Atau terus terpinggir apabila jenama Pelbagai Kaum dilenyapkan?

SATU KERJASAMA SATU MALAYSIA?
Satu kerjasama? Saya masih ingatkan satu perkara dalam kehidupan dalam satu program yang harus saya tidak boleh sebutkan di sini. Jarang sekali kita boleh bekerjasama apabila kita tidak sependapat. Jarang sekali kita ingin berkongsi idea dan ilmu apabila melakukan satu tugas. Selalunya kita tidak mahu menerima pendapat orang lain. Kita tetap mengatakan yang kita betul. Kita tetap mengatakan yang kita merangka pelan itu dengan cara yang betul. Tetapi kita tidak pernah terlibat dalam kerja yang kita suruh orang lain lakukan. Maka, kita bukan membentuk satu pendapat. Kita bukan bekerjasama! Maka kita masih belum Satu Malaysia walaupun kita sama tinggal dalam Satu Malaysia. Tetapi saya tetap mengatakan kita Satu Malaysia kerana kita diberi oleh kerajaan kebebasan yang kebebasan itu kita seakan sekat.

SATU DRAMA DALAM SATU MALAYSIA.
Kita banyak tontoni filem keluaran Malaysia. Terlalu sukar untuk dinilai kerana banyak plot dan jalan cerita yang berbeza. Jalan cerita dalam filem-filem kita terlalu ditunjangi unsur perasaan dan idea serta propaganda penipuan sehingga filem kita itu bukan budaya kehidupan kita yang sebanarnya. Memang ya sekadar hiburan untuk melakukan keuntungan. Itu kerja perfileman. Balik kepada sebuah kisah benar (dlm sebuah program raksasa),kepada Satu Drama ini, memang pahit untuk dilalui kerana drama yang mereka cipta akhirnya mengorbankan ramai orang yang tidak bersalah. Sebagai rakyat Malaysia yang ingin membentuk Satu Malaysia, drama ini tidak elok diteruskan dan tidak elok disandal kepada pemegang projek itu sampai bila-bila kerana ia sudah tidak sihat untuk perpaduan. Usah saya sebut program berkenaan. Ia hanya drama sahaja!

MEI PELANCARAN ALBUM LAGU SULUNG SAYA



Buat peminat dan rakan penulis, pelancaran album sulung saya adalah pada Mei 2009 yang tarikhnya akan saya tetapkan. Jika ada mana-mana rakan penulis dan peminat inginkan naskah album berkenaan, bolehlah beritahu saya untuk membuat tempahan dan pesanan.

Namun, promosi album ini akan diwar-warkan di corong radio dan dada akhbar seawal yang boleh.

Menurut komposer saya, album itu siap dicetak pada 22 dan 23 April 2009. Cerita beliau, ketika pelancaran dibuat mungkin sesi pengenalan dan jualan diskaun terhebat akan dibuat. Jika ada rakan yang ingin menempah, boleh beritahu awal. 6 buah lagu dijangka het. 4 buah yang lain juga hebat. Dikatakan lagu ini memiliki kekuatan 3-dimensi irama gabungan Melayu dan Iban. Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan album berkenaan.

SEPERTI BUKAN BENGKEL PENULISAN


Alkisah yang sang Ungas kirimkan berita kepada saya baru-baru ini amat mengejutkan dunia pembengkelan penulisan. Pelik tapi benar. Selalunya pilihan raya berkempen. Namun, bengkel penulisan juga ada kempen yang hangat.

Penulis Muda perlukan ilmu dalam memartabatkan karya mereka. Pembengkel pula harus seorang yang cendikiawan dalam proses transformasi ilmunya kepada penulis yang dibimbing. Persoalannya: Apakah ilmu bekarya yang pembengkel tuangkan kepada penulis sampai? Siapakah pembengkel dalam genre yang didedahkan kepada penulis? Tepatkah pembengkel berkenaan buat pelajarnya?

Baru-baru ini, memang cerita bertiup pantas yang mengatakan seorang pembengkel bukan sepenuhnya membengkelkan pelajarnya tetapi lebih memberikan kempennya dengan memburukkan penulis lain. Memang pelik! Katanya, jangan seperti penulis itu! Jangan seperti penulis ini! Tambahnya lagi, jangan jadi penulis yang suka menegur! Jangan jadi penulis yang melawan!

Lewat blog ini, memang elok saya berkongsi dengan perenung blog saya. buat penulis muda, gunakan ruang bengkel untuk menuntut ilmu. Menuntut ilmu agar jadi matang! Menimpa ilmu agar jadi boleh menghasilkan karya bermutu dengan jenama diri kita sendiri! Menimpa ilmu dengan mencontohi penulis-penulis yang sudah berjaya. Menimpa ilmu dengan mengagungi penulis contoh anda. Menimpa ilmu dengan pemikiran yang tidak boleh diracuni.

Apa yang memilukan, apabila pembengkel berkenaan berceramah dan kemudian memburukkan nama penulis lain kepada penulis yang dibengkelkan. Apakah penulis harus diracuni dan dikongkongi dengan pekara ini? Apakah penulis harus menidakkan tanggungjawabnya untuk menjadi penulis yang matang? Sebagai pembengkel, pekara ini harus tidak timbul. Mengapa harus menjadikan penulis lain memusuhi penulisan yang lain. Malah ini memburukkan lain nama penulis itu sendiri. Inikah budaya seorang pembengkel yang dikenali?

Sebagai pembengkel, ilmu yang kita miliki itu haruslah disampaikan kepada bakal penulis. Kita bina penulis muda dengan matlamat yang kita tetapkan. Kita bina penulis seelok yang mungkin dlm bidang berkenaan. Jika ingin maju sebagai pembengkel, tidak perlu berbuat begitu. Tidak perlu diracuni sikap dan sifat buruk kerana sifat itu akan menjadi acuan kita pada mata orang. Buat pembengkel yang dihormati itu, anak murid kita akan percaya jika kita percaya yang kita sampaikan itu betul. Anak murid kita tidak akan percaya sampai bila-bila kalau apa yang kita sampaikan itu racun semata-mata.

Saya tidak percaya kalau seorang bercakap tetapi ramai orang yang mengatakan isu ini. Demi yang berkuasa, ini kisah benar.

BERFIKIR SEPERTI INVENTORI

Dalam dunia ini, pengurus dan jenis manusia yang menjadi ketua adalah kerana manusia itu boleh menjadi ketua. Bermakna, apabila menjadi ketua, ketua harus bersikap terbuka. Mesti memiliki ruang fikir yang munasabah dan boleh dikategorikan penyelesai masalah. Ketua yang baik adalah ketua yang tidak mementingkan diri sendiri. Bukan sahaja tidak mementingkan diri sendiri malah boleh berinteraksi dengan mana-mana jenis manusia pun. Malah boleh ber-interaksi dengan jenis binatang sekali pun. Jenis manusia ini ialah manusia yang berfikiran seperti Inventori.

SASTERA YANG TERLALU INDAH

Aristotle meletakkan sastera lebih utama berbanding dengan sejarah kerana sastera dapat meramalkan masa hadapan masyarakat itu. Sastera mampu menembusi batas kemungkinan.

Melalui sastera ditemui unsur moral, keindahan, hati nurani, keadilan, ketakwaan, kebijaksanaan dan disampaikan secara sederhana tetapi amat berkesan di jiwa, itu menurut A. Samad Said.

Kata-kata John Naisbitt - Dalam manusia hidup bersama sain dan teknologi, tanpa sastera, masyarakat maju kehilangan satu unsur penting kehidupan. Ini kerana teknologi sudah memabukkan manusia dan mencengkam semangat manusia. Hasilnya, manusia berada dalam keadaan yang komplek dan sering terperangkap dengan hubungan yang bersifat paradosikal antara teknologi dengan usaha mencari fakta.

Saya ingin katakan-Sastera adalah akal manusia yang bertunjangkan batang fikir yang tepat. Imiginasi adalah proses kreatif penulis. Juga menunjukkan bagaimana penulis akan memerdekakan diri. Penulis adalah manusia yang paling bijak di dunia.