PARTI SNAP USAH MELENTING AKAN KEKALAHAN KESELURUHAN PARTINYA DALAM PILIHANRAYA SWAK KE-10

Miri-Membaca pengakuan Presiden SNAP, Edwin Dundang yang mengatakan kekalahan teruk SNAP baru-baru ini telah membuka pekung di dada. SNAP menyalahkan PKR kerana tidak pandai membuat perihitungan penyatuan sesama parti.

Di sini saya juga kesal dengan sikap pemimpin SNAP yang dangkal dan tidak menilai calonnya di setiap penjuru di mana mereka bertanding. Rata-rata calon mereka sudah berusia dan malah tidak diterima oleh rakyat kerana mereka lebih dipergunakan oleh seseorang individu untuk memecahkan bangsa Iban itu sendiri.

Terang saya nyatakan adalah baik SNAP akur dengan pembahagian kerusi yang dicadangkan pada awalnya. Calon-calon PKR lebih berdaya saingan dan calon muda yang berpontensi besar. Seandainya SNAP tidak meletakkan calonnya di tempat PKR bertanding, SUDAH PASTI PR menang kerusi lebih besar.

TVi HADIAH PILIHAN RAYA SARAWAK?

Terima kasih kerajaan Negara Malaysia kerana telah melancarkan TVi khas buat Sarawak dan Sabah. Tepat juga pelancaran berkenaan ketika pilihanraya Sarawak ke-10. Sudah tentu kemunculan TVi menjadi tanda tanya selain apa makna pemberian ini? Kenapa tidak dulu lagi? Ini samalah keadaannya apabila karya penuluis etnik jarang sekali ditonjolkan oleh pihak kerajaan selama ini. Apakah kemunculan TVi benar-benar untuk Sarawak dan Sabah?

HARI PEJUANG BAHASA 152 KUCHING SARAWAK

Saya bertuah juga menyertai Hari Pejuang Bahasa 152 di Kuching Sarawak pada 15-17 Februari 2011. Apa yang mengkagumi saya ialah ketika sesi forum yang disampaikan oleh tiga tokoh. Penyampaian tiga tokoh sangat berkesan dengan ketajaman yang menjurus kepada persoalan pokok.

Menurut Datuk Latip bahasa kebangsaan tumbang semenjak percubaan Tun Mahathir lagi sehingga peratusan peperiksaan jatuh meruntum. Malah 95% pelajar universiti menjawab dalam bahasa Malaysia walaupun soalan di dalam bahasa Inggeris. Inilah kebenaran yang berlaku selama ini. Apabila ditanya oleh pengerusi panel, kenapa? Datuk Latip menjawab salah tempat dan masa pembelajaran sains dan matematik dialih ke dalam bahasa inggeris.

Dr Janiri Amir pula sangat kesal dengan kerajaan Negeri Sarawak kerana persidangan Negeri Sarawak masih menggunakan bahasa Inggeris dan surat menyurat juga masih menggunakan bahasa Inggeris. Malah Universiti di Sarawak juga masih menggunakan bahasa Inggeris ketika mesyuarat. Apa jadahnya? Malah keseluruhan pejabat kerajaan dan swasta juga masih menggunakan bahasa Inggeris ketika membuat surat menyurat dan mesyuarat. Kata beliau lagi, ada pengurus di sesetengah institusi kerajaan tidak boleh berbahasa kebangsaan. Apa erti semua ini. Di manakah kedudukkan bahasa kita dalam perlembagaan 152?

Di antara semua Negeri, Negeri Sarawak masih tidak sepenuhnya menggunakan bahasa kebangsaan.

Di sini, saya tidak mengulas tentang panel forum ketiga kerana beliau nampak berhati-hati. Mungkin kerana beliau adalah kakitangan kerajaan. Tetapi saya sebagai seorang penulis dan pemartabat bahasa kebangsaan, ingin isu bahasa digunakan sebaik mungkin. Biar kita yang pelbagai kaum menikmati bahasa kebangsaan sebaik mungkin dalam urusan harian mahupun ketika bertugas rasmi. Dalam itu, tidak lupa juga akan bahasa etnik sendiri.

Terima kasih DBP kerana menjemput. Buat generasi penulis, berjuanglah bersama dalam memartabatkan bahasa negara kita. Jika negara Cina, jepun dan Fran boleh maju, negara kita juga maju dengan adanya bahasa kita yang kian menjadi global.

BUJANG TAHA SUDAH LAMA TERPINGGIR

Melihat rumah ahli sukan ternama (bina badan)melalui surat khabar, cukup memilukan. Saya juga membaca surat khabar beberapa hari ini (10.02.2011) betapa terkilannya saya bila melihat nasib seorang ahli sukan yang terpinggir dari arus pembangunan dan bantuan kerajaan.

Sayang sekali pingat kemenangan beliau juga turut musnah dijilat api. Ini bermakna tidak ada bukti kasar dapat dilihat selain sejarah yang namanya tercatat selama ini. Dapat kita rumuskan bahawa seorang ahli sukan ternama begitu miskin pada harini. Apa sudah berlaku dengan ahli Sukan Negeri Sarawak?

Ingin juga saya menyatakan bahawa seorang ahli sukan yang banyak menaikkan nama negara tiba-tiba mendiami rumah yang sebegitu rupa. Malah beliau seorang penjual sayur untuk menyara hidup. Di mana tanggungjawab kerajaan Negeri Sarawak? Di mana pemimpin ehsan kerajaan Negeri Sarawak?

Mungkin oleh kerana itu rakyat Sarawak kurang menyengat dalam arena sukan pada hari ini. Ini satu khabar yang sudah pasti mengerikan kepada pejuang Sukan negeri Sarawak. Membaca surat khabar berita harian pada hari ini, saya benar-benar rasa pilu. Belum ada pembelaan yang mungkin untuk membantu ahli sukan berkenaan.

Rakyat harus membuka mata dengan akan pemimpin Sarawak pada hari ini. Bukan sahaja ada masyarakat terpinggir malah tanggungjawab mereka terhadap bekas orang ternama tidak diendahkan.

TERLALU SUKAR PERSATUAN PENULIS DIBERI PERHATIAN PIHAK KERAJAAN

Setelah menjadi penulis berbelasan tahun, karya-karya pun sudah banyak yang terbit. Penulis menjadi ahli persatuan namun untung rugi persatuan tetap menjadi penentu masa depan budaya sastera itu sendiri.

Penulis sendiri banyak menonjolkan karya-karya berkualiti sama ada melalui buku persendirian, antologi mahupun d dada surat khabar. Ada kalanya penulis mendapat anugerah yang pasti menjadi motivasi kepada penulis itu sendiri.

Namun, malang nasib persatuan penulis apabila menjadi pondok usang yang tidak boleh dibina. Keluarga pula tidak akan membesar kerana tanpa wang ringgit. Program dan kelancaran sastera terbantut. Tanggungjawab untuk menjalankan kegiatan juga tidak dapat dibuat. Penulis dan persatuan sedih kerana tidak boleh mengikut banyak program yang patut dijalankan.

Masalah utama ialah apabila persatuan penulis minta bantuan dari pihak kerajaan dan YB yang dikasihi. Paling malang apabila surat persatuan penulis tidak dijawap. Malah berkali-kali surat dihantar tetapi tidak juga diberi respon. Sebagai rakyat, saya memang cukup kesal dengan perangai segelintir YB.

Maka, saya berharap sangat YB jenis ini jangan dipilih sebagai pemimpin. YB yang tua dan tidak aktif juga jangan dipilih kerana YB jenis ini lembik dan kabur matanya. Saya sebagai rakyat sangat kesal kerana jarang sekali diberi perhatian walaupun beribu surat diberi tetapi tdk dibalas.

Malah PS YB yang menerima surat yang tdk sampai ke tangan YB juga patut ditukar. Manusia ini penutup hubungan pemimpin dengan rakyat.

PROGRAM PPSB SEMAKIN TENAT DALAM PLKN

Ketika saya pergi ke sebuah bank di Bandaray Miri, saya terserempak dengan Timbalan Komandan, yang juga sahabat karib saya. Kata-kata pertama yang terluah di mulutnya ialah:

"Apa khabar sdr Jaya. Terlalu lama kita tidak bersua. PPSB terlalu teruk sekarang. Hanya 2 orang sahaja mengajar d Miri. Pengajaran mereka hanya empat jam sahaja. Ya cuma pengenalan sahaja."

Saya tertegun seketika. Saya mengatakan yang saya sudah lama melupakan hasrat menjadi fasilitator kerana saya tidak baik. Saya dan beberapa orang lama sudah tidak digunakan lagi kerana kami bukan anak Malaysia dalam 1Malaysia. Hanya ada satu bangsa sahaja mengajar PPSB. TImb Komandan hanya tersenyum. Saya mengatakan saya cuma bergurau tetapi di dalam hati memang sakit kerana soalan PPSB itu dilontar kepada saya dan seakan saya yang bertanggungjawab.

Pucuk pimpinan PPSB iaitu pihak DBP KL harus bertanggungjawab dengan isu ini. Empat jam mengajar, itu amat mengharukan. Yang membimbangkan ialah cuma 2 orang tenaga sahaja mengajar di kem Sg Rait Miri. Apa jadahnya? Apa sudah berlaku PPSB. bUKANKAH elok dibubarkan sahaja PPSB jika itu yang berlaku. Ini amat memalukan warga penulis sedangkan bukan penulis yang mengajar tetapi tempiasnya penulis yang kena.

Ini juga menunjukkan budaya bangsa seakan dilupuskan langsung dalam kehidupan harian generasi kita. Sastera itu sendiri sudah ditinggalkan. Salah siapa? Dari melenting baik uruskan sebaik mungkin program PPSB atau tutup sahaja.

Saya sendiri cukup malu apabila tuan komandan menjelaskan perkara ini. Seakan saya yang terlibat. Wajar DBP melihat kembali perkembangan PPSB. Wajar juga penyelaras disingkirkan seandainya tidak tahu menguruskan program yang indah ini. sila jawap warga ppsb. Inilah kenyataannya bila komandan sendiri yang memberitahu di depan mata saya. salam.

TIDAK DEMOKRASI KALAU TUAI RUMAH DIJADIKAN KAMBING HITAM

Sekali lagi saya menyesali sikap pemimpin, tuai rumah dan masyarakat khasnya apabila menutup langsung pintu kemasukan pemimpin pembangkang ke rumah panjang mereka. Ini adalah silap besar kalau tidak mendengar apa hujah murni dari pihak pembangkang. Kenapa saya harus menyuarakan begini adalah :

1. Saya risau tuai rumah dan masyarakat rumah panjang menjadi seorang yang cetek pemikiran dan hilang idea.
2. Tuai Rumah berkenaan seperti katak dibawah tempurung dan tidak memiliki pemikiran yang nasional kerana hanya mendengar pembangunan dari sebelah pihak.
3. Ternyata tuai rumah berkenaan seperti sudah dirasuah sehingga tidak boleh ditegur oleh sesiapa pun.
4. Tuai rumah berkenaan akan kerugian besar kerana pihak pembangkang berkenaan lebih bijak dan cerdik pandai ilmu betapa pembangunan yang diwawasankan lebih baik dari pihak pemerintah.
5. Tuai rumah harus bersikap demokrasi dan terbuka dan bukannya diracun sewenang-wenangnya oleh sebelah pihak.

Sekali lagi saya memberi pesanan kepada pihak generasi saya, denganlah bicara dan ceramah sesiapa sahaja. Yang baik diambil dan yang buruk diketepikan. Jangan terlalu material sangat sehingga buruk masa depan yang akan anda terima.

Sedar sebelum bencana datang. Kita tetap miskin tanpa pembangunan yang mendadak berada di kepala tangga rumah panjang kita. Yang penting berdoa kepada Tuhan dan bukan berdoa kepada YB di tempat kita. SALAM.