Lahirnya laman ini adalah untuk menyimpan khazanah diri sebagai penentu hidup. Ia juga muzium untuk meletakkan karya agar terus hidup sepanjang zaman. Selain itu, laman ini juga satu daerah untuk kerabat peminat tatapi selain menemui perkembangan kepenulisan diri.
FORUM JAKU IBAN (FJI) ANTARA BERJAYA DAN GAGAL
Forum Jaku Iban (FJI) telah diadakan di Kuching pada 18-19 September 2011 dikatakan berjaya dianjur oleh MAIS (Majlis Adat Iban Sarawak) dengan banyak pihak yang bertanggungjawab. Antara cetusan yang bakal dilaksanakan pihak ini nanti ialah dengan menggumpulkan sebanyak mana perkataan baru dalam bahasa Iban. Malah pihak penganjur berjanji untuk menerbitkan sebanyak mana buku-buku dalam bahasa Iban. Dan bakal berlaku ialah perubahan besar sistem pendidikan bahasa Iban yang menggunakan modul dalam bahasa Iban.
Tahniah buat pihak penganjur. Memang diakui forum yang dilaksanakan ini telah berjaya mempertemukan pihak penganjur dan pemimpin yang merasmikan program berkenaan. Berjaya menghimpunkan generasi dan masyarakat peminat bahasa Iban. Dengan bajet yang banyak dan dengan peserta yang ramai, sekurang-kurangnya forum ini menjadi titik tolak perkembangan pembangunan bahasa Iban ke arah dimensi baru pada masa akan datang.
Dimensi ini yang menjadi persoalan, apakah perancangan berkenaan akan tercapai? Apakah benar pihak ini melakukan perubahan dalam keadaan mereka tidak ada penulis yang diharapkan. Ini kerana forum raksasa ini dikatakan tidak menjemput seorang pun penulis Iban. Akan tercapaikah FJI ini nanti?
Bagi membangkitkan perkara ini, memang memerlukan tanggungjawab pengarang. Siapakah pengarang yang dimaksudkan? Sudah tentu penulis yang telah melahirkan banyak karya awal diperlukan. Siapakah penulis yang telah melahirkan karya dalam bahasa Iban? Adakah penulis dan pengarang ini diperlukan atau seperti biasa berdiri sendiri.
Banyak pihak memperkatakan karya-karya Iban harus lebih banyak diterbitkan. Ya, memang sudah kelihatan karya Iban di pasaran. Namun, yang menjadi tandatanya pernahkah pihak bertanggungjawab membacanya? Realitinya, karya-karya berkenaan memerlukan kritikan dan rumusan sebelum sebarang bengkel dan forum diadakan. Siapakah yang harus membuat rumusan dan kritikan terhadap karya berkenaan? Setakat ini belum pernah ada pihak yang boleh lakukannya. Pernah saya mengulas dan mengkritik novel yang diterbitkan oleh Pegari tetapi saya tidak sampai hati untuk mendedahkannya. Ini kerana para pengarang kita belum mahir mengenali cara dan corak membuat novel dan cerpen. Karya genre ini ada jenis yang berbagai. Mungkin karya serius, popular dan budaya atau apa-apa sekali pun. Dalam hal ini, adakah bahasa Iban yang digunakan itu benar-benar standard?
Apakah ertinya forum ini diadakan? Apakah hanya untuk sekadar mencari populariti sedangkan penyertaan peserta tidak disertai oleh penulis-penulis yang pernah melahirkan karya dalam bahasa Iban. Ini menyebabkan pihak penganjur berdiri sendiri seakan mereka akan menulis dan melahirkan karya untuk memenuhi kehendak masyarakat dan negara ini pada suatu hari nanti.
Saya tidak faham seandainya diertikan forum ini untuk mengubah serta melaksana dan mencari “leka jaku dunging” bagi mengayakan bahasa Iban. Tetapi saya tidak melihat forum ini menyentuh pun tentang perkembangan buku-buku Iban yang telah terbit di pasaran. Ini menunjukkan pihak penganjur tidak mengikut perkembangan pemartabatan bahasa Iban. Adalah seharusnya pengarang-pengarang yang sudah terkenal sepatutnya diberi ruang penghargaan dengan menyertai forum. Mereka inilah pencetus dan pemertabatan bahasa ibunda mereka yang telah mendahului tetapi seakan dipinggirkan.
Saya mewakili penulis, amat terkilan juga apabila tidak dijemput datang. Para barisan penulis Iban yang lain juga tidak diberitahu. Penulis-penulis ini memang berpengalaman kerana sudah banyak melahirkan buku mereka. Forum ini memang sesuai untuk mereka berkongsi pendapat dan pengalaman selain menjadi contoh kepada generasi muda. Malah jemputan melalui Pesanan Ringkas dalam bahasa Inggeris untuk menjemput saya. Ini amat memalukan. Bagaimanakah kita mahu mengangkat bahasa ibunda kita sendiri sedangkan kita menjemput peserta dengan menggunakan bahasa asing. Inikah ertinya Bahasa Jiwa Bangsa? Pelik!
Bagi menarik perhatian generasi dan masyarakat peminat karya dalam bahasa Iban, penulis adalah contoh yang paling sesuai melebarluas sebagai promosi karya Iban. Sudah tiba masanya pihak penganjur lebih peka dan memilih peserta yang sesuai. Forum yang dianjurkan lalu seakan satu provokasi untuk menggumpul dana sahaja. Pemilihan peserta dan pembentang lebih kepada bahan politik semata-mata.
Bukankah elok warga penulis hadir kerana penulislah yang selayaknya berganding bahu dengan pihak berwajid dalam memajukan industri buku bahasa Iban. Penulis juga yang selayaknya membengkelkan sebarang bengkel mengenai tatacara penulisan. Tidak sukar mengenal pasti penulis Iban yang sudah terkenal. Kejayaan memajukan bahasa Iban bukan hanya di bahu sebelah pihak. Kegagalan akan berlaku jika hanya sekumpulan sahaja terlibat. Sikap peka pasti akan mengundang kerugian besar apabila kita tidak mengenali warga penulis.
Dialog Borneo Kalimantan di Samarinda satu pengalaman buat saya sebagai pembentang kertas kerja berjudul Penulis dan Karya bukan Melayu dalan Sastera 1Malaysia. Kapal terbang dari Miri ke Kuala Lumpur dan kemudian ke Balikpapan. Perjalanan ke Samarinda memakan waktu 3 jam dengan mobi yang sedia mengambil.
Samarinda sebuah bandar sibuk yang padat. Bandar yang penuh dengan angkutan dan manusianya ramah-ramah belaka apabila ditanya.
Tahniah kepada pihak penganjur yang begitu rajin dan penuh etika. Saya dapat merumuskan bahawa dialog ini amat berjaya di mana audiennya begitu ramai menyebabkan para pembentang begitu bersemangat. Dewan khas penuh dan wartawan juga juga tidak habis-habis menyoal.
Kegiatan begitu padat sekali siang dan malam. Semangat para pembentang amat luar biasa dan para audien bertalu-talu bertanyakan soalan sehingga ada kalanya memerlukan kita berfikir panjang dan menjawap dengan penuh berhati-hati.
Buat rakan-rakan dari pulau Kalimantan keseleuruhannya, tahniah. anda sangat berjaya! Berjumpa lagi di Dialog Borneo Kalimantan di pulau Labuan,
DIALOG BORNEO KALIMANTAN PADA 5-7 JULAI 2011 DI SAMARINDA
Saya dijemput sebagai pembentang kertas kerja di Dialog Borneo Kalimantan pada 5-7 julai 2011. Kertas kerja yang saya bentangkan berjudul KARYA DAN PENULIS BUKAN MELAYU DALAM SASTERA 1MALAYSIA.
Terima kasih banyak kepada pihak panitia terutamanya YB Korie Lampan kerana menjemput dan mengundang saya sebagai mewakili Sarawak amnya Malaysia sebagai pembentang.
Terima kasih banyak kepada pihak panitia terutamanya YB Korie Lampan kerana menjemput dan mengundang saya sebagai mewakili Sarawak amnya Malaysia sebagai pembentang.
GENERASI INI MEMERLUKAN DAYA SAING DALAM JAWATAN PEKERJAAN DI NEGERI SARAWAK

Di sini saya ingin membangkitkan peluang pekerjaan di Sarawak yang selama ini boleh dipanggil SISTEM BUAH KEPAYANG yang hanya menjadi pekasam. Kenapa saya melabelkan sistem ini sebegini rupa. Nampaknya sistem pemerintahan di Sarawak tidak pernah ada pembaharuan dari sudut pengurusan kenaikan pangkat para pekerja di sektor awam mahupun swasta.
Pengalaman beberapa individu menjadikan saya terpanggil untuk membuat catatan. Saya mengetahui lebih 30 buat sektor yang pekerjanya berpendidikan tinggi tetapi masih menjawat jawatan kerani biasa. Bayangan ada pekerja di sektor tertentu memiliki sijil Sarjana Muda tetapi masih menjawat jawatan kerani biasa. Pernah pekerja mengemaskinikan fail mereka tetapi tidak diambil tindakan.
Mungkin akibat ini generasi muda yang menjawat jawatan di sektor kerajaan telah memberontak. Kesannya-dapat dilihat bahawa pengundi di bandar beralih arah ke parti pembangkang. Ini satu kenyataan yang saya perhatikan. Sikap benci pekerja yang memiliki pendidikan tinggi memberontak dan keputusan diambil dengan menyembelahi parti pembangkang.
PARTI SNAP USAH MELENTING AKAN KEKALAHAN KESELURUHAN PARTINYA DALAM PILIHANRAYA SWAK KE-10
Miri-Membaca pengakuan Presiden SNAP, Edwin Dundang yang mengatakan kekalahan teruk SNAP baru-baru ini telah membuka pekung di dada. SNAP menyalahkan PKR kerana tidak pandai membuat perihitungan penyatuan sesama parti.
Di sini saya juga kesal dengan sikap pemimpin SNAP yang dangkal dan tidak menilai calonnya di setiap penjuru di mana mereka bertanding. Rata-rata calon mereka sudah berusia dan malah tidak diterima oleh rakyat kerana mereka lebih dipergunakan oleh seseorang individu untuk memecahkan bangsa Iban itu sendiri.
Terang saya nyatakan adalah baik SNAP akur dengan pembahagian kerusi yang dicadangkan pada awalnya. Calon-calon PKR lebih berdaya saingan dan calon muda yang berpontensi besar. Seandainya SNAP tidak meletakkan calonnya di tempat PKR bertanding, SUDAH PASTI PR menang kerusi lebih besar.

TVi HADIAH PILIHAN RAYA SARAWAK?
Terima kasih kerajaan Negara Malaysia kerana telah melancarkan TVi khas buat Sarawak dan Sabah. Tepat juga pelancaran berkenaan ketika pilihanraya Sarawak ke-10. Sudah tentu kemunculan TVi menjadi tanda tanya selain apa makna pemberian ini? Kenapa tidak dulu lagi? Ini samalah keadaannya apabila karya penuluis etnik jarang sekali ditonjolkan oleh pihak kerajaan selama ini. Apakah kemunculan TVi benar-benar untuk Sarawak dan Sabah?
HARI PEJUANG BAHASA 152 KUCHING SARAWAK
Saya bertuah juga menyertai Hari Pejuang Bahasa 152 di Kuching Sarawak pada 15-17 Februari 2011. Apa yang mengkagumi saya ialah ketika sesi forum yang disampaikan oleh tiga tokoh. Penyampaian tiga tokoh sangat berkesan dengan ketajaman yang menjurus kepada persoalan pokok.
Menurut Datuk Latip bahasa kebangsaan tumbang semenjak percubaan Tun Mahathir lagi sehingga peratusan peperiksaan jatuh meruntum. Malah 95% pelajar universiti menjawab dalam bahasa Malaysia walaupun soalan di dalam bahasa Inggeris. Inilah kebenaran yang berlaku selama ini. Apabila ditanya oleh pengerusi panel, kenapa? Datuk Latip menjawab salah tempat dan masa pembelajaran sains dan matematik dialih ke dalam bahasa inggeris.
Dr Janiri Amir pula sangat kesal dengan kerajaan Negeri Sarawak kerana persidangan Negeri Sarawak masih menggunakan bahasa Inggeris dan surat menyurat juga masih menggunakan bahasa Inggeris. Malah Universiti di Sarawak juga masih menggunakan bahasa Inggeris ketika mesyuarat. Apa jadahnya? Malah keseluruhan pejabat kerajaan dan swasta juga masih menggunakan bahasa Inggeris ketika membuat surat menyurat dan mesyuarat. Kata beliau lagi, ada pengurus di sesetengah institusi kerajaan tidak boleh berbahasa kebangsaan. Apa erti semua ini. Di manakah kedudukkan bahasa kita dalam perlembagaan 152?
Di antara semua Negeri, Negeri Sarawak masih tidak sepenuhnya menggunakan bahasa kebangsaan.
Di sini, saya tidak mengulas tentang panel forum ketiga kerana beliau nampak berhati-hati. Mungkin kerana beliau adalah kakitangan kerajaan. Tetapi saya sebagai seorang penulis dan pemartabat bahasa kebangsaan, ingin isu bahasa digunakan sebaik mungkin. Biar kita yang pelbagai kaum menikmati bahasa kebangsaan sebaik mungkin dalam urusan harian mahupun ketika bertugas rasmi. Dalam itu, tidak lupa juga akan bahasa etnik sendiri.
Terima kasih DBP kerana menjemput. Buat generasi penulis, berjuanglah bersama dalam memartabatkan bahasa negara kita. Jika negara Cina, jepun dan Fran boleh maju, negara kita juga maju dengan adanya bahasa kita yang kian menjadi global.

Subscribe to:
Posts (Atom)