Majalah Kenarau ini adalah yang pertama di Sarawak diterbitkan oleh Pustaka Putera Kenyalang. Pengukir yang turut membantu ialah saudara Sylvester Demeran Juli. Semua ukiran yang beliau hasilkan akan dimuatkan di dalam majalah yang akan terbit pada Januari 2013.

Sejarah Asal Ukir Tauka Pantang Bansa Iban Ulih Jaya Ramba Bansa kitai Iban tu meh bansa Dayak ti pemadu besai ba menua Sarawak. Tradisi bepantang(ukir) tu nyadi bagian ba pengidup kitai ari kelia menya. Agi kelia, urang biak dataika tuai endang bisi ngembuan pantang ba pala dataika ujung kaki. Pekara tu udah dipadah ke siti pengawa tuchi ti nyadi kaul bansa Iban enggau urang ba dunya duniawi. Pekara tu mega bekait semak enggau urang ba dunya Pangau libau. Kenu ku jerita, tu nyadi pengaruh tubuh enggau azimat kebal lalu ngasuh urang Iban berani ngasu jelu ba babas. Mega ketebal agi ngasu munsuh ti dikangauka enggau budaya Ngayau.

 Agi kelia menya, enti kitai Iban bisi temimpi enggau urang Pangau Libau, lalu urang nya meh deka dipantang. Urang nya deka diangkat ke enggau kuasa. Pantang nya dipadah ke nyadi dinding bulu dalam pendiau kitai. Sejarah asal usul, nitih ke Adeng seni pantang bemula ba siti jerita ti nyadi ba aki inik kitai kelia. Jerita siti layak tauka penyarut besai ti nyadi entara kitai Iban maya musim “nugal ba tegalan” betanam ke padi. Maya belayak nya, enda mukai siku sida bisi betikau enggau perengka tajam ti diselaput jelaga. Lalu kesan kena tikau nya udah ninggal ke bekau ba kulit. Nya meh bekau telih enda disengajaka. Udah nya bekau tadi disapu enggau alung tauka keresik papung kayu chelum seudah ditunu. Iya digusuk ba telih nya tadi ngambi ulih ngurangka pemdis telih. Udah alung nya kering ba telih tadi, iya enda ulih dibuai tang mendam lalu nyadi diukir ti enda disadang. Pengawa ti enda disengaja nya tadi dikangauka “pantang” tauka reti bukai pekara ti enda ulih digaga agi. Layak maya nugal nya tadi ngasuh padi enggai tumbuh. Semua benih enda neresak ketegal layak enggau pantang. Tu meh ti nyadi pantang tauka pekara ti enda meseti digaga kitai bansa Iban menya lalu disilup enggau “pantang” 

Pekakas dikena bepantang semina bisi kayu mit ti diraut, bisi jarum, enggau alung ti digaga. Kayu nya nyadika pemegai enggau ujung kayu nya bisi lekat jarum. Jarum nya ditanchang ba ujung kayu enggau naka rat. Proses bakani pantang tu digaga, enggau dipalu enda tentu balat ba atas kayu. Jarum nya tadi lalu natuk kulit kitai. Sebedau atas kayu dipalu, ujung jarum tadi di chelup ngena alung chelum. Alung nya tadi udah diadu enggau proses bukai ngambika alung nya kelat sereta rat lekat bejantil ba kulit tubuh kitai.

Nemu kitak dawat alung kena bepantang asal iya ari ni? Udah dipansik dawat nya datai ari ni. Bakani chara dawat ti datai ari alung digaga urang kelia? Ngena alung ti chukup rat ba kulit kitai, iya nya dawat asil digaga ari jelaga enggau direbus dalam ai tebu. Ngerebus ai tu digaga beberapa jam. Pengawa tu udah digaga nyadika tradisi kitai. Udah nya iya dilak ke beberapa hari ngambika proses penapaian nyadi. Pengelamatu ngasuh ai dawat nya tan ketegal pekat. Chara tu kena nyaga ari pengetan ai dawat nya. Lalu, bansa kitai Iban ngenamaka ai dawat nya “alung”. Pekara tu amat bebida enggau chara ngaga pantang kemaya haritu ti kena kuasa letrik aja. Chara ngena letrik lebih nyamai lalu enda pedih ngagai urang ti dipantang.

MASUK VOKAL UNTUK ALBUM KEDUA

Mencuba bakat untuk album kedua. Tetapi saya bengang juga dalam memilih dua judul untul albam ini. Nak pilih NUAN DISANGKAR JANJI atau TUNGGUL-TUNGGUL PENGINGAT. Untuk mengeluarkan album kedua ini, dalam masa yang sama menerbitkan album kompilasi album puisi bersama sdr Abizai penyair besar negeri Sarawak dan dengan sdr. Poul Nanggang, penulis besar Sarawak. Lagu dalam album telah siap dan kami akan masuk vokal tidak lama lagi. Buat peminat, tunggullah double album saya bakal berada di pasaran.
Terima kasih kepada warga SMK Dato Permaisuri Miri kerana menjemput saya melancar dan merasmikan minggu bahasa baru-baru ini. Saya percaya bahasa dan sastera di sekolah ini teguh memanjat jiwa murid dan guru-guru yang perhati.

KENANGAN TAHUN 2011

Kenangan tahun 2011 satu sejarah apabila dapat menerbitkan beberapa manuskrip menurut jumlah yang ditetapkan. Tertunai juga dapat sampai ke Kalimtan Timur sebagai pembentang kertas kerja. Terima kasih kepada warga Kalimantan kerana menyambut kedatangan saya sebaik mungkin.

BANTUAN KERAJAAN MEMBEBANKAN

Sabtu, 22 Oktober 2011, saya pertama kali pulang ke kampung Long Teru Tinjar. Saya memandu kereta sendiri jam 6 petang dan sampai ke pekan Lapok pada jam 8 malam. Suka duka pulang ke kampung. Suka kerana lama tidak pulang dan seluruh warga rumah panjang menanti. Saya merasa seperti seorang YB. dUKA nya kerana jalan sangat teruk. Jalan memang teruk kerana diperbaiki bertompok-tompok. Jam 9 malam tiba d kampung halaman. Rumah panjang sunyi sepi hanya cahaya lampu dari generator menerangi ruai-ruainya. Kedatangan disambut meriah oleh sanak saudara. Kami disajikan dengan durian. seronok juga makan durian sambil berbual panjang. Kisah sedih paling menyayat hati kerana mereka banyak bercerita tentang bantuan kerajaan. Bantuan kerajaan memang dapat tetapi masyarakat rumah panjang terpaksa mengambil sendiri bantuan seperti zink, tangki air dan prasarana yang lain. Bayangkan sebuah tangki berharga rmi50 dan tambang tangki berkenaan dari lapok ke rumah panjang ialah RM80. Saya katakan kenapa bantuan tidak dihantar ke tangga rumah panjang? Mereka tidak bersuara. Atap zink sebuah rm1 tambangnya. Ini memang tidak berbaloi. Siapa YB berkenaan? Mereka katakan YB Sylvester. Tetapi Kaunselor dan penghulu di Bakong yang menyimpan peranan tidak profesional. Mereka lebih menyusahkan rakyat dengan janji-janji tetapi tidak dilaksanakan. saya cuma tersenyum. Kerajaan?

SASTERA KIAN KOTOR

Seabagai penulis memang kita inginkan karya kita muncul dan terbit di dada-dada akhbar dan majalah tetapi sejauh mana karya kita akan terbit walaupun kita dikatakan hebat. Dunia sastera juga dunia politik yang dikrononi oleh pihak-pihak tertentu. Sastera pada hari ini adalah sastera janji kosong. Sastera memilih krononi tertentu/ Lalu saya sempat menemuduga seorang rakan penulis yang pantas mengatakan begini "Jaya, sastera pada hari ini sastera poltik yang boleh membunuh penulis seperti kita. Kalau editor itu kekal maka karya kita tidak akan muncul. Editor itu akan tetap memilih karya rakan-rakanya walaupun karya kita hebat." Saya tersenyum sahaja. Seorang rakan dari Kuching pula membuat ulasan sebegini "Bukan sahaja editor si semenajung pilih kasih, di Sarawak juga sedemikian rupanya. Rumah saya hanya di sebelah sahaja dan kerap saya menghantar karya tetapi tidak juga diterbitkan." Saya masih mengharapkan konsep 1Malaysia itu baik tetapi konsep itu seperti jenama semata-mata. Mungkin elok juga disusulkan satu surat rasmi kepada PM agar Sastera 1Malaysia juga diamalkan. Bukan apa, kita juga mahu karya kita harus diterbitkan jika mahu nasib penulis bukan Melayu dibela. Apa gunanya terlalu banyak aktiviti sastera perdana dianjurkan hanya untuk kelompok yang sama, penulis etnik dari negeri seberang tetap juga ketinggalan. Nama aktiviti bukan main besar dan aktiviti mencakupi 1Malaysia tetapi apakah penulis betul-betul 1Malaysia terlibat sama. Janganlah meminta bajet besar hanya untuk persatuan semata-mata tetapi penulis tetapi juga tidak dibiayai.
FORUM JAKU IBAN (FJI) ANTARA BERJAYA DAN GAGAL Forum Jaku Iban (FJI) telah diadakan di Kuching pada 18-19 September 2011 dikatakan berjaya dianjur oleh MAIS (Majlis Adat Iban Sarawak) dengan banyak pihak yang bertanggungjawab. Antara cetusan yang bakal dilaksanakan pihak ini nanti ialah dengan menggumpulkan sebanyak mana perkataan baru dalam bahasa Iban. Malah pihak penganjur berjanji untuk menerbitkan sebanyak mana buku-buku dalam bahasa Iban. Dan bakal berlaku ialah perubahan besar sistem pendidikan bahasa Iban yang menggunakan modul dalam bahasa Iban. Tahniah buat pihak penganjur. Memang diakui forum yang dilaksanakan ini telah berjaya mempertemukan pihak penganjur dan pemimpin yang merasmikan program berkenaan. Berjaya menghimpunkan generasi dan masyarakat peminat bahasa Iban. Dengan bajet yang banyak dan dengan peserta yang ramai, sekurang-kurangnya forum ini menjadi titik tolak perkembangan pembangunan bahasa Iban ke arah dimensi baru pada masa akan datang. Dimensi ini yang menjadi persoalan, apakah perancangan berkenaan akan tercapai? Apakah benar pihak ini melakukan perubahan dalam keadaan mereka tidak ada penulis yang diharapkan. Ini kerana forum raksasa ini dikatakan tidak menjemput seorang pun penulis Iban. Akan tercapaikah FJI ini nanti? Bagi membangkitkan perkara ini, memang memerlukan tanggungjawab pengarang. Siapakah pengarang yang dimaksudkan? Sudah tentu penulis yang telah melahirkan banyak karya awal diperlukan. Siapakah penulis yang telah melahirkan karya dalam bahasa Iban? Adakah penulis dan pengarang ini diperlukan atau seperti biasa berdiri sendiri. Banyak pihak memperkatakan karya-karya Iban harus lebih banyak diterbitkan. Ya, memang sudah kelihatan karya Iban di pasaran. Namun, yang menjadi tandatanya pernahkah pihak bertanggungjawab membacanya? Realitinya, karya-karya berkenaan memerlukan kritikan dan rumusan sebelum sebarang bengkel dan forum diadakan. Siapakah yang harus membuat rumusan dan kritikan terhadap karya berkenaan? Setakat ini belum pernah ada pihak yang boleh lakukannya. Pernah saya mengulas dan mengkritik novel yang diterbitkan oleh Pegari tetapi saya tidak sampai hati untuk mendedahkannya. Ini kerana para pengarang kita belum mahir mengenali cara dan corak membuat novel dan cerpen. Karya genre ini ada jenis yang berbagai. Mungkin karya serius, popular dan budaya atau apa-apa sekali pun. Dalam hal ini, adakah bahasa Iban yang digunakan itu benar-benar standard? Apakah ertinya forum ini diadakan? Apakah hanya untuk sekadar mencari populariti sedangkan penyertaan peserta tidak disertai oleh penulis-penulis yang pernah melahirkan karya dalam bahasa Iban. Ini menyebabkan pihak penganjur berdiri sendiri seakan mereka akan menulis dan melahirkan karya untuk memenuhi kehendak masyarakat dan negara ini pada suatu hari nanti. Saya tidak faham seandainya diertikan forum ini untuk mengubah serta melaksana dan mencari “leka jaku dunging” bagi mengayakan bahasa Iban. Tetapi saya tidak melihat forum ini menyentuh pun tentang perkembangan buku-buku Iban yang telah terbit di pasaran. Ini menunjukkan pihak penganjur tidak mengikut perkembangan pemartabatan bahasa Iban. Adalah seharusnya pengarang-pengarang yang sudah terkenal sepatutnya diberi ruang penghargaan dengan menyertai forum. Mereka inilah pencetus dan pemertabatan bahasa ibunda mereka yang telah mendahului tetapi seakan dipinggirkan. Saya mewakili penulis, amat terkilan juga apabila tidak dijemput datang. Para barisan penulis Iban yang lain juga tidak diberitahu. Penulis-penulis ini memang berpengalaman kerana sudah banyak melahirkan buku mereka. Forum ini memang sesuai untuk mereka berkongsi pendapat dan pengalaman selain menjadi contoh kepada generasi muda. Malah jemputan melalui Pesanan Ringkas dalam bahasa Inggeris untuk menjemput saya. Ini amat memalukan. Bagaimanakah kita mahu mengangkat bahasa ibunda kita sendiri sedangkan kita menjemput peserta dengan menggunakan bahasa asing. Inikah ertinya Bahasa Jiwa Bangsa? Pelik! Bagi menarik perhatian generasi dan masyarakat peminat karya dalam bahasa Iban, penulis adalah contoh yang paling sesuai melebarluas sebagai promosi karya Iban. Sudah tiba masanya pihak penganjur lebih peka dan memilih peserta yang sesuai. Forum yang dianjurkan lalu seakan satu provokasi untuk menggumpul dana sahaja. Pemilihan peserta dan pembentang lebih kepada bahan politik semata-mata. Bukankah elok warga penulis hadir kerana penulislah yang selayaknya berganding bahu dengan pihak berwajid dalam memajukan industri buku bahasa Iban. Penulis juga yang selayaknya membengkelkan sebarang bengkel mengenai tatacara penulisan. Tidak sukar mengenal pasti penulis Iban yang sudah terkenal. Kejayaan memajukan bahasa Iban bukan hanya di bahu sebelah pihak. Kegagalan akan berlaku jika hanya sekumpulan sahaja terlibat. Sikap peka pasti akan mengundang kerugian besar apabila kita tidak mengenali warga penulis.