Lahirnya laman ini adalah untuk menyimpan khazanah diri sebagai penentu hidup. Ia juga muzium untuk meletakkan karya agar terus hidup sepanjang zaman. Selain itu, laman ini juga satu daerah untuk kerabat peminat tatapi selain menemui perkembangan kepenulisan diri.
Ngayap - Jaya Ramba
Ngayap bermaksud bertemu seorang gadis pada waktu malam. Ngayap berlaku dinihari sehingga semua insan di sesebuah rumah panjang terlena. Si dara telah menanti teruna. Teruna datang dalam keadaan sunyi sepi melalui siling rumah panjang. Di sini si teruna menghadapi banyak cabaran. Menurut beberapa peristiwa, andainya bapa si dara sedar, maka orang tua itu akan menanti dengan parang, trisula dan pedang. Nahas teruna. Bagaimana sik teruna mengelakkan bertembung dengan masalah itu? Seandainya teruna berjaya maka teruna itu adalah pahlawan. Budaya ini masih kekal hingga ke hari ini. Cerpen Ngayap ini sudah terbit di antologi Sasterawan Malaysia pada tahun 2006.
Senga'ai Mati
Kematian akan ditangisi. Tukang tangis berperanan membimbing si mati sampai ke alam sebayan. Banyak rintangan, halangan yang akan ditempuhi. Banyak usikan dan tipu muslihat sebayan terhadap penghuni baru mereka. Di sini si tukang tangis terpaksa menggunakan ilmunya agar si mati betul-betul selamat sampai ke tempatnya. Di dunia nyata, si tukang tangis sampai pengsan untuk menyelamatkan si mati. Ini merupakan kisah dalam budaya suku kaum Iban. Cerpen ini menyeramkan. Malah mengerikan sesiapa yang membacanya.
Dendam Asmara - JAYA RAMBA
Rosalinda masih trauma dengan kematian kakak tersayang. Kehadiran Rosalinda di sebuah universiti telah mengelirukan seorang pemuda sehingga dia menganggap Rosalinda sebagai Rosmari. Pemuda itu menjejak Rosalinda. Teman lelaki Rosmari pula menjejak pembunuh kekasihnya hingga ke lubang cacing. Cerita seterusnya...
Akhirnya Aku Bernafas Di Bumi Nyata
Salam sejahtera. Setiap yang lahir akan belajar menyintai ilmu. Ilmu itu akan menjadikan manusia berfikiran. Lantas ilmu itu menjadikan manusia memiliki daya cipta hidup yang berbeza-beza. Maka, dicetuskan revolusi minda di laman ini.
Laman ini menjadi pilihan untuk meletakkan ilmu diri sebagai tatapan rakan-rakan, peminat dan kerabat penulis yang mencari bahan penyelidikan. Di sini saya benihkan hasil karya yang aku rasa berbeza dengan penulis lain. Sebagai penulis pelbagai kaum, mesej karya aku merangkumi inti pribumi. AGI IDUP AGI NGELABAN, inilah peribahasa yang menjadi pegangan hidup aku.
Dalam idup aku, nadai pekara ti enda ulih digaga. Nadai pekara ti tinggi ari ilmu enggau pengeka pengidup aku.

Subscribe to:
Posts (Atom)