DIALOG TELUK YANG GAGAL

Dialog Teluk di Labuan pada 12-14 November 2008 ini pasti sepi dan gagal kerana rata-rata para peserta dari Sarawak dan Sabah berat hati untuk pergi. Mengapa tidaknya, ini akibat peserta terpaksa menanggung penerbangan sendiri. Malah para peserta dari persatuan Penulis di bawah naungan GAPENA Ttidak diberi faedah penerbangan.

Memandangkan Persatuan miskin, kami (PUTERA) terpaksa melupakan hasrat untuk menyertai Dialog Teluk. Walaupun Ketua Satu diberi hak sebagai pembentang Kertas kerja tetapi disaat akhir menarik hasrat kerana masalah persatuan tidak berwang.

Saya, mewakili PUTERA mengucap selamat berjaya kepada badan kerabat di Dialog Teluk Labuan.

FESTIVAL PUISI ANTARABANG SARAWAK 2008

Festival puisi dunia ini pastinya gempak dan akan meninggalkan sejarah tersendiri apabila dibanjir oleh penyair-penyair dunia. Rentetan program yang disediakan adalah bekarya di dalam bas dan dalam gua khazanah. Lawatan ke rumah-rumah panjang pasti akan menimbulkan nolstalgia tersendiri apabila peserta akan disajikan dengan adat budaya masyarakat Iban.

Tarian ngajat pastinya seakan mengembalikan Tuan Keling dan Kumang. Malah upacara bedarak oleh masyarakat rumah panjang akan menjadi cermin kerana puisi khazanah masyarakat Iban pasti akan menghiburkan.

Malah para peserta akan disajikan dengan buah-buahan tempatan memandangkan Sarawak waktu ini musim buah-buaham.
SELAMAT DATANG PENYAIR DUNIA KE BANDAR MINYAK.

SEHEBAT SANG KELING DAN KUMANG


Gambar ini diambil ketika saya memijak kaki ke Panggau Libau. Saya sempat berkenalan dengan Sang Kumang yang cantiknya tiada tolok banding. Teka siapa si cewek berkenaan!

Buat rakanku WISNU PAMUNGKAS. Apa khabar dan kenapa sepi tanpa berita. Bagaimana keadaan anda di Kalimantan? Apa perkembangan anda sekarang dan sila berhubung dengan saya. Buat kawan-kawan di Jakarta, kenapa anda tidak mengetuk pintu hatiku. Ayuh, kita harus berandau.

FESTIVAL PUISI ANTARABANG SARAWAK 2008

Miri - Festival Puisi Antarabangsa Sarawak bakal mencatat sejarah tersendiri pada 8-13 November 2008 apabila penyair seluruh dunia bergabung tenaga merealisasikan pelbagai aktiviti. Saya sebagai urusetia dan peserta utama telah merangka beberapa program agung. Program meliputi lawatan dan bakal menyaksikan persembahan kebudayaan etnik Sarawak di beberapa buah rumah panjang.

Program bersejarah pula ketika perasmian ialah bila beberapa penyair dan penulis PUTERA menampilkan persembahan lagu puisi dan baca puisi. Kemudian disusuli oleh SLIDE SHOW yang berjudul Mengenali CITRA PERIBUMI YANG ROMANTIS iaitu para barisan penuluis di Miri atau penulis yang lahir dari Miri.

Program tetap ialah para penyair akan mencipta puisi masing-masing di gua Niah sepanjang tiga hari tiga malam. Di mana puisi itu akan diterjemah kepada bahasa asal penyair dan dialih kepada bahasa Inggeris beberapa minggu selepas Festival.

Saya akan kepilkan gambar-gambar festival itu nanti di ruangan ini. Selamat bersastera.

cerpen KAULAH SEGALA-GALANYA Frankie Latit pd 29 Okt 2008

Lahirnya sesebuah karya adalah sepertinya lahir seorang bayi dari kandungan ibunya. Berjayanya sesebuah karya diterbitkan adalah seperti telah berjayanya seorang penulis melangsaikan sesebuah cerpen.

Namun, apakah cerpen itu baik? Bermutu? Memuaskan? Maka, terpulang kepada penulis berkenaan dan terpulang kepada para pembaca dan pengkritik. Sudah pasti juga para pengkritik memberi pandangan yang berbeza. Lahirnya cerpen KAULAH SEGALA-GALANYA oleh Frankie Latit sudah tentu mengejutkan kerana nama penulis ini baru.

Sebenarnya, Frankie Latit adalah penulis yang cuba saya bimbing. Beberapa buah karyanya telah saya terima melalui emel. Saya membaca karya-karya beliau dan saya dapat memahami anak muda ini bahawa penulis ini boleh pergi jauh. Apabila karya pertama beliau (KSS)terbit, itulah hasil pertamanya. Beliau sempat memberitahu dan beliau merasa segan dan takut apabila karya tersebut pasti diulas dan dikritik. Maka, saya hanya menasihatkan agar bersabar.

Saya juga telah membaca karya kedua dan ketiga serta seterusnya. Saya melihat penulis ini cukup berpontensi untuk meningkat naik. Pada 29.10.2008, beliau sms saya yang mengatakan Saiee Driss telah mengulas cerpen ini di blog beliau. Rumusannya, cerpen berkenaan kosong. Namun, pada saya, Frankie Latit berjaya menonjolkan watak Jabau dengan dunianya untuk mencari erti kemerdekaan. Harus diketahui maksud watak yang berasal dari rumah panjang yang amat berbeza dengan manusia di bandar. Maka, saya melihat watak Jabau itu berjaya. Cuma perjalan karya berkenaan sedikit kelam-kabut kerana kurang menurut peringkat awal, kemuncak dan pengakhirian. Beliau masih terkial-kial merencanakan peristiwa agar segar dibaca oleh pembaca.

Pada saya, saya merasa bangga kerana boleh membimbing penulis ini seperti saya melahirkan Belaja Anyai dan David Belulok. Di sini, saya ucapkan tahniah kepada sdr. Mohidden Malik kerana berjaya memberi ulasan yang membimbing para penulis muda Bumi Kenyalang. Semoga Frankie Latit terus menulis dan jangan cepat merasa puas kerana tanggungjawa kita tidak berakhir di sini.

RANDAU PENGEMBARA ILMU


Tiada saat yang indah selain saat ketika bersama-sama rakan penulis tanah air. Apa lagi bila diri merapati penulis besar seperti SN A.SAMAD SAID. Sekurang-kurangnya semangat membara bila dibahangi kehadiran orang ternama.

BERMANTERA DI SHAH ALAM


Ini pertama kali saya membaca mentera di sebuah pusat membeli-belah yang besar di Shah Alam Selangor. Pada mulanya saya agak kaku dan gementar tetapi semangat keIbanan berkobar-kobar, apa lagi bila disarung oleh topi keramat bangsa kenyah, dalam masa yang sama dialuni oleh petikan sape oleh saudara Joseph Balan menjadikan saya berjaya juga membawa mantera Iban.

Sambil diperhatikan oleh ribuan pengunjung di sekeliling, saya memberanikan diri bermantera KERANA pada waktu malam, saya pula akan menayangkan ngajat dan sekali lagi membaca mantera di depan pembesar dan kerajaan negeri Selangor. Inilah kenangan manis saya.