Persembahan Pelancaran Festival Puisi Dunia



Saya sedang bermain Keyboard untuk membawa sebuah lagu puisi berjudul WAJAH-WAJAH TAK MALU dan sebuah lagu Iban DARA NYABAK MALAM. Kehadiran para penyair seluruh dunia dan para peserta serta orang kenamaan bagi melancarkan acara PUISI YANG julung kali diadakan di Miri Sarawak

Festival Puisi Sedunia 2008 Gua Niah


Ini adalag gambar barisan penyair tanah air. Negara-negara yang terlibat adalah seperti negara Malaysia, Thailand, Combodia, Brunei, Cina, Korea, Rusia, Britain, Indonesia dan beberapa buah negara lain. Gambar ini diambil di pintu gua Niah, Miri Sarawak. Antara peserta terlibat ialah Datuk Kamala, Prof Siti Zainun, Dr. Lim Swee Tin dan lain-lain.

FESTIVAL PUISI ANTARABANGSA SARAWAK YANG GEMILANG

Tarikh 8-11 November 2005, adalah saat yang yang paling gemilang buat saya dan Persatuan Penulis Utara Sarawak kerana festival itu dijayakan di bumi Minyak Miri di pusat Warisan Khazanah Gua Niah.

Sambutan dan pelancaran telah dilakukan sebuah hotel tiga bintang dan dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri George Chan Hong Nam. Persamian pelancaran dihadiri hampir lima puluh orang penyair dunia dan penyair Malaysia seperti Datuk Kamala, Prof. Siti Zainon Ismail, Prof Dr. Lim Swee Tin, Datuk Adi Badiozaman Tuan, Saiee Dris, Thomas Tegong Laka. Penyair dan Penulis PUTERA pula Abizai, Poul Nanggang, Jaya Ramba, Pharo Hakim, Frankie Latit dan lain-lain.

Saya dan ahli PUTERA turut mendendangkan lima buah lagu puisi. Saya sendiri pemain keyboardnya.

Festival berlanjutan ke Gua Niah pada 9-11 November 2008. Para peserta pada petang itu ke sebuah rumah panjang 70 lebih pintu. Sambutan warga rumah panjang amat mengkagumkan. Kami dihidangkan dengan sambutan kebudayaan dan amalan budaya Iban. Kami juga dihidang dengan air tapai. Selepas ucapan tuai rumah dan YB Ahmad Lai, kami dihidang dengan makanan dan buah-buahan.

Kami berat melangkah kaki meninggalkan rumah panjang yang mesra itu. Saya pula ditahan oleh penghuni rumah panjang dan diarahkan ngajat tarian Iban bila rata-ratanya penghuni rumah panjang mengenali diri saya yang sebenarnya.

Acara kami berakhir dengan banyak aktiviti. Dan pada 10 November 2008, kami naik dan masuk ke dalam gua Niah. Alahai, para peserta nampaknya semacam tidak letih dan hampir tiga jam di sekeliling dan dalam gua yang kegelapan. Peristiwa yang amat melucukan apabila Datuk Kamala dan Puan Diah dari Indonesia dapat mengalahkan sdr Poul Nanggang. Saya tidak percaya Poul yang gagah cepat penat dan keletihan dan Datuk Kamala seringkali dapat sampai awal.

Acara aneh berlaku di satu simpang di mana ibu-ibu sedang menjual manik dan buah-buah menjadi bahan jenaka para peserta. Aduh, rupa-rupanya gambir ada dijual disitu. Paling melucukan yang saya tidak tahu apa itu gambir dan kegunaannya. Ayoo, Thomas Tegang Laka menggunakan kependekarannya mengusik ibu-ibu di situ. Poul pula asyik tergelak sambil menempelak. Avizai hanya tersenyum.

Aduh, Edit cukup handal dengan serulingnya. Semua peserta asyik mendengar bila seruling ditiup dan edit menyanyi ketika acara puisi pada malam berjalan. Dr, Lim Swee Tin pula terpikat dengan gadis-gadis Iban sehingga terlekat pada seorang tua. Wah, Dr. Lim Swee Tin dapat juga menghabiskan dua biji durian.

Nampaknya Indah jadi bahan bualan dan jenaka rakan-rakan. Kasihan pula si Kim yang agak ketakutan dan berhati-hati agar tidak terjatuh dan kakinya masuk lubang titian. Bagi Pak Abdul Kasem dari Thailand, budak yang tua ini amat mengelirukan kerana bahasanya yang tidak difahami.

Baiklah semua, dua tiga hari ini saya akan hiasi blog ini dengan warna-warni potret kita yang berada di dalam gua khazanah ini.SALAM BUAT SEMUA DAN SEMOGA SIHAT SAMPAI DENGAN MIMPI-MIMPI INDAH DARI MIRI. SEMOGA ROH YANG MATI DALAM GUA ITU TIDAK MENGGANGGU KALIAN. HAHAHAHA!

DIALOG TELUK YANG GAGAL

Dialog Teluk di Labuan pada 12-14 November 2008 ini pasti sepi dan gagal kerana rata-rata para peserta dari Sarawak dan Sabah berat hati untuk pergi. Mengapa tidaknya, ini akibat peserta terpaksa menanggung penerbangan sendiri. Malah para peserta dari persatuan Penulis di bawah naungan GAPENA Ttidak diberi faedah penerbangan.

Memandangkan Persatuan miskin, kami (PUTERA) terpaksa melupakan hasrat untuk menyertai Dialog Teluk. Walaupun Ketua Satu diberi hak sebagai pembentang Kertas kerja tetapi disaat akhir menarik hasrat kerana masalah persatuan tidak berwang.

Saya, mewakili PUTERA mengucap selamat berjaya kepada badan kerabat di Dialog Teluk Labuan.

FESTIVAL PUISI ANTARABANG SARAWAK 2008

Festival puisi dunia ini pastinya gempak dan akan meninggalkan sejarah tersendiri apabila dibanjir oleh penyair-penyair dunia. Rentetan program yang disediakan adalah bekarya di dalam bas dan dalam gua khazanah. Lawatan ke rumah-rumah panjang pasti akan menimbulkan nolstalgia tersendiri apabila peserta akan disajikan dengan adat budaya masyarakat Iban.

Tarian ngajat pastinya seakan mengembalikan Tuan Keling dan Kumang. Malah upacara bedarak oleh masyarakat rumah panjang akan menjadi cermin kerana puisi khazanah masyarakat Iban pasti akan menghiburkan.

Malah para peserta akan disajikan dengan buah-buahan tempatan memandangkan Sarawak waktu ini musim buah-buaham.
SELAMAT DATANG PENYAIR DUNIA KE BANDAR MINYAK.

SEHEBAT SANG KELING DAN KUMANG


Gambar ini diambil ketika saya memijak kaki ke Panggau Libau. Saya sempat berkenalan dengan Sang Kumang yang cantiknya tiada tolok banding. Teka siapa si cewek berkenaan!

Buat rakanku WISNU PAMUNGKAS. Apa khabar dan kenapa sepi tanpa berita. Bagaimana keadaan anda di Kalimantan? Apa perkembangan anda sekarang dan sila berhubung dengan saya. Buat kawan-kawan di Jakarta, kenapa anda tidak mengetuk pintu hatiku. Ayuh, kita harus berandau.

FESTIVAL PUISI ANTARABANG SARAWAK 2008

Miri - Festival Puisi Antarabangsa Sarawak bakal mencatat sejarah tersendiri pada 8-13 November 2008 apabila penyair seluruh dunia bergabung tenaga merealisasikan pelbagai aktiviti. Saya sebagai urusetia dan peserta utama telah merangka beberapa program agung. Program meliputi lawatan dan bakal menyaksikan persembahan kebudayaan etnik Sarawak di beberapa buah rumah panjang.

Program bersejarah pula ketika perasmian ialah bila beberapa penyair dan penulis PUTERA menampilkan persembahan lagu puisi dan baca puisi. Kemudian disusuli oleh SLIDE SHOW yang berjudul Mengenali CITRA PERIBUMI YANG ROMANTIS iaitu para barisan penuluis di Miri atau penulis yang lahir dari Miri.

Program tetap ialah para penyair akan mencipta puisi masing-masing di gua Niah sepanjang tiga hari tiga malam. Di mana puisi itu akan diterjemah kepada bahasa asal penyair dan dialih kepada bahasa Inggeris beberapa minggu selepas Festival.

Saya akan kepilkan gambar-gambar festival itu nanti di ruangan ini. Selamat bersastera.