BARISAN PENYAIR TANAH AIR


Gambar ini diambil di sebuah muzium sebelum meneruskan perjalanan ke Gua Niah. BERDIRI DI SEBELAH KIRI, LAWRENCE ATOT, PESERTA DARI THAILAND, PROF. ZARINA MAJID, DATUK KEMALA, ABDUL KASEM JADAM DAN JAYA RAMBA.

DIALOG TELUK YANG GAGAL

Saya selamat kembali dari Labuan. Rasa syukur kerana berjaya menyampaikan kertas kerja dan forum menyertai persatuan yang dicintai. Rata-ratanya Dialog Teluk kali ini agak panas dengan isu yang tidak disangkakan. Apa tidaknya, para peserta khas yang disahkan pendaftaran disuruh membayar penginapan sedangkan pada awalnya diberi penginapan percuma.

Beberapa kertas kerja yang dibentang juga tidak sampai ke matlamat Dialog Teluk dan pihak penganjur perlu menitik beratkan kualiti yang membina para penulis. Para peserta yang datang juga agak kurang. Ini menjadikan Dialog Teluk itu kurang mendapat sambutan.

Namun, Dialog Teluk pada 2010 dicadangkan di Miri. Saya selaku penulis dari Miri akan berjanji melakukan yang terbaik. Buat penulis Bumi Kenyalang, kami akan mengundang semua jika tidak ada halangan yang melintang.

14-16 november 2008 SAYA KE LABUAN

Bagi pengetahuan rakan-rakan sekalian, saya akan ke Labuan mengikuti Dialog Teluk bersama ketua Dua PUTERA. Di mana saya akan membentangkan kertas kerja berjudul LANDAS GERAK LANGKAH PENULIS BUKAN MELAYU: POUL NANGGANG DALAM CERPEN.

Saya akan menyampaikan berita Dialog Teluk selepas berjaya pulang ke Miri kembali. Di harap semua rakan blog bersabar.

SAUDAGAR ILMU


Gambar ini diambil ketika berada betul-betul berada di dalam Gua Niah. Di belakang itu adalah kawasan arkeologi di mana tiga rangka manusia telah ditemui. Akhirnya saya berjaya menakluki Gua Niah.

PENGEMBARA YANG KIAN MATANG


Gambar saya ketika berjalan di titian balian sepanjang lima kilo meter dan perjalanan hampir sejam untuk sampai ke gua Niah. Rombong para peserta seramai lebih lima puluh orang. Rata-ratanya semua penyair bersemangat dan bersaing sesama sendiri turun naik gua yang cantik, sejuk dan kegelapan. Di sini sejuta kenangan dikutip. Berada di belakang saya itu adalah saudara THOMAS TEGONG LAKA yang popular dengan rancangan radio PENINGA TUAI.

Persembahan Pelancaran Festival Puisi Dunia



Saya sedang bermain Keyboard untuk membawa sebuah lagu puisi berjudul WAJAH-WAJAH TAK MALU dan sebuah lagu Iban DARA NYABAK MALAM. Kehadiran para penyair seluruh dunia dan para peserta serta orang kenamaan bagi melancarkan acara PUISI YANG julung kali diadakan di Miri Sarawak

Festival Puisi Sedunia 2008 Gua Niah


Ini adalag gambar barisan penyair tanah air. Negara-negara yang terlibat adalah seperti negara Malaysia, Thailand, Combodia, Brunei, Cina, Korea, Rusia, Britain, Indonesia dan beberapa buah negara lain. Gambar ini diambil di pintu gua Niah, Miri Sarawak. Antara peserta terlibat ialah Datuk Kamala, Prof Siti Zainun, Dr. Lim Swee Tin dan lain-lain.