PEMAKALAH DIALOG TELUK LABUAN 2008

Perlukah Istilah PENULIS PELBAGAI KAUM??

Bagaimana kita mahu mengkategorikan Penulis Pelabagai Kaum agar tidak menjadi salah sangka pihak tertentu? Apakah ia pantas dipanggil Sastera Kebangsaan? Atau Sastera Malaysia?

Saya hilang idea dalam hal ini. Saya tetap mengakui ia tetap berbeza apabila dijalankan? Kenapa? Saya beranggapan apabila sesuatu acara dilibatkan secara kebangsaan, sudah pasti penulis pelbagai kaum terhad. Namun, bila adanya festival pelbagai kaum, pasti pelbagai kaum dari penulis yang datang. Atau, saya tidak salah sangka. Mungkin penulis dan aktivis sastera yang sama datang diundang sedang penulis muda pelbagai kaum kian ramai yang terlibat.

Saya tetap mengakui "Perlu wujud. Apabila tidak wujud, kebanyakan penulis pelbagai kaum akan ketinggalan dalam setiap pertemuan. Kita tidak mahu penulis pelbagai kaum ketinggalan termasuk penulis berbangsa Melayu. Penulis pelbagai kaum walaupun dia menulis dalam bahasa Malaysia, dia tetap berbangsa Iban, Bidayuh, Kayan, Bisaya dan sebagainya. Bagi saya, elok adanya penulis pelbagai kaum walaupun dalam konteks besar dia adalah penulis Malaysia yang menggunakan bahasa Kebangsaan. Semenjak adanya acara penulis pelbagai kaum, ramai penulis berkenaan tampil dan menunjukkan kebolehan mereka menulis dalam bahasa Malaysia.

Kalau acara yang melibat penulis pelbagai kaum dikurangkan atau dikategorikan penulis kebangsaan, maka berkurangan penampilan penulis ini. Usaha selama ini cukup baik.

LINCAH SEORANGNYA PEMAIN BOLA SEPAK


Gambar ketika diambil di Negeri Johor sempena SUKAN LEMBAGA AIR MALAYSIA. Dulu saya pemain tetapi sekarang sudah lama ditinggalkan. Bermain bola tidak memperoleh apa-apa tetapi sekadar meletihkan dalam usia sudah meningkat.

KOLOKIUM PELBAGAI KAUM 2008 YANG BERJAYA

Salam sejahtera.
Kuching - 12 hingga 14 Disember 2008 julung kali Kolokium Penulis Pelbagai Kaum diadakan selepas kesinambung Festival Penulis Pelbagai Kaum Malaysia. Walaupun Kolokium kecil yang meliputi Sarawak tetapi cukup berjaya. Kenapa saya katakan berjaya?

Pertama, pemakalah yang dijemput cukup bertenaga. Bahan-bahan yang diungkitkan juga cukup beranas dan dalam mengenai situasi penulis pelbagai kaum di Sarawak. Juga, respon para peserta cukup baik.

Kedua, Kolokium mengalami satu perubahan. Namun, perubahan itu belum berjawapan apakah Kolokium akan diteruskan, sama keadaannya dengan Pelbagai kaum. Masalahnya, dikatakan penulis pelbagai kaum sudah matang dan bertenaga sehingga pertemuan seperti ini tidak perlu lagi tetapi pertemuan yang lebih luas dan global.

Ketiga, pelbagai kenangan yang bila para penulis bertemu. Maka, banyak perkara perlu dibincangkan. Ia juga mengenaikan sastera etnik yang perlu diambil perhatian serius.

Keempat, kehadiran para penulis Labuan dalam Kolokium ini mengundang satu perubahan kerana pulau Keadilan itu sudah mula mengepakkan sayapnya. Mereka begitu serius sehingga saat ini untuk melahirkan penulis di Labuan.

SELAMAT DATANG KOLOKIUM PELBAGAI KAUM 2008

Selaki lagi penulis pelbagai kaum akan berhimpun di Kuching. Penaja utama adalah Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur dan DBP CWG Sarawak serta dijayakan oleh PEKASA yang diterajui sdr Jaafar Hamdan.

Para barisan pembentang juga telah disenaraikan. Nampaknya pembentang kali ini memang hebat dan diharap dapat memberi input yang berguna agar boleh membangunkan para penyair dan penulis tanah air yang berbilang kaum ini. Saya sarankan agar semua penulis etnik harus hadir dan dapatlah kiranya turut memberikan pandangan serta idea dalam merealisasikan khazanah kita yang kian diliputi pasir pembangunan.

Juga, ayuh kita berganding bahu dalam mengembalikan puasaka keturunan sebagai tatapan generasi akan datang. Kita tidak memerlukan satu produk yang dikuasai satu bangsa tetapi menghasilkan produk yang berbeza dari etnik yang berza.

Rakan-rakan, diharapkan kita semua bersua.

BARISAN PENYAIR TANAH AIR


Gambar ini diambil di sebuah muzium sebelum meneruskan perjalanan ke Gua Niah. BERDIRI DI SEBELAH KIRI, LAWRENCE ATOT, PESERTA DARI THAILAND, PROF. ZARINA MAJID, DATUK KEMALA, ABDUL KASEM JADAM DAN JAYA RAMBA.

DIALOG TELUK YANG GAGAL

Saya selamat kembali dari Labuan. Rasa syukur kerana berjaya menyampaikan kertas kerja dan forum menyertai persatuan yang dicintai. Rata-ratanya Dialog Teluk kali ini agak panas dengan isu yang tidak disangkakan. Apa tidaknya, para peserta khas yang disahkan pendaftaran disuruh membayar penginapan sedangkan pada awalnya diberi penginapan percuma.

Beberapa kertas kerja yang dibentang juga tidak sampai ke matlamat Dialog Teluk dan pihak penganjur perlu menitik beratkan kualiti yang membina para penulis. Para peserta yang datang juga agak kurang. Ini menjadikan Dialog Teluk itu kurang mendapat sambutan.

Namun, Dialog Teluk pada 2010 dicadangkan di Miri. Saya selaku penulis dari Miri akan berjanji melakukan yang terbaik. Buat penulis Bumi Kenyalang, kami akan mengundang semua jika tidak ada halangan yang melintang.