Lahirnya laman ini adalah untuk menyimpan khazanah diri sebagai penentu hidup. Ia juga muzium untuk meletakkan karya agar terus hidup sepanjang zaman. Selain itu, laman ini juga satu daerah untuk kerabat peminat tatapi selain menemui perkembangan kepenulisan diri.
RAJA TAWANAN kumpulan Cerpen terbaharu saya
Hidup akan indah apabila apa yang diinginkan tertunai. Setelah beberapa tahun menjadi penulis, akhirnya kumpulan cerpen pertama saya terbit juga setelah memijak duri-duri halangan. Gagasan saya selama ini turut tercapai dan saya ucapkan jutaan terima kasih buat sdr. Shukri kerana membantu menguruskan karya ini dalam jangka waktu empat bulan. Penerbitan buku ini juga menamatkan mimpi ngeri saya selama ini. Maklumlah kumpulan ini tali nyawa saya. Apabila berjaya melahirkan beberapa buah novel, saya terfikir menerbitkan kumpulan cerpen ini. Pada tahap pertama, ia gagal menamat hati editor. Pada tahap kedua, ia diterima. Paling menyeronokkan apabila proses empat bulan, akhirnya ia diterbitkan.
Kumpulan cerpen ini mengandungi 21 buah cerpen. Menerusi cerpen ini tergambar budaya dan adat resam masyarakat pribumi Sarawak yang sarat dengan semangat nasionalisme, legenda, mitos, dan pertentangan nilai akar budaya tradisi dan konflik yang dicetuskan.
Raja Tawanan Sang Puteri judul awal dan ditukar kepada RAJA TAWANAN kerana selepas ini akan terbit judul novel saya RAJA TAWANAN SANG PUTERI. Harap pada peminat sastera genre cerpen, dapatkan karya terbaharu yang akan terbit Mac dan awal April 2010. Salam semua.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
salam,
boleh ke beli online?
ya. saya baharu sahaja terima naskah penulisnya. Ia akan berada di pasaran hujung bulan ini dan awal April. Saya tak ada naskahnya. Pasti di Kuching dan di seluruh semenanjung ada hujung minggu ini. Atau boleh perolehi dari saya seandainya saya dah dapat dari KL nanti. Anda berada di mana sekarang?
sekarang berada di KL..:)
Post a Comment