Konsep 1Malaysia heboh diperkatakan. Pada saya, ia konsep yang sangat jelas sebagai jambatan penyatuan masyarakat Sabah, Sarawak dan Semenanjung. Titian ke arah masyarakat menikmati pembangunan tanpa ada perbezaan. Juga, sebagai landasan masyarakat memiliki kelas minda pertama ke arah jitu kehidupan. Konsep yang sangat saya sokong.
Ledakan konsep 1Malaysia bergema juga ke pedalaman Sarawak. Maka, meletuslah banyak tanggapan yang berbeza-beza. Baik buruknya dilebarkan ke segenap penjuru pedalaman. Baiknya memang ketara untuk masyarakat bandar. Masyarakat luar bandar tetapi menyelam sambil minum air. Buruknya tetap juga masyarakat pedalaman harungi jalan-jalan raya pada keseluruhan belum diturap. Malah masih belum ada jalan yang menghubung ke rumah-rumah panjang. Harga barang masih juga berlipatganda dalam keadaan masyarakat tanpa pekerjaan. Cuma masyarakat dapat berkongsi maklumat memalui saluran tv dan radio. Terima kasih kerajaan!
Pada saya, sebagai seorang penulis, konsep 1Malaysia Satu Sastera masih berjurang besar. Belum ada cara untuk menyatukan keluarga penulis yang juga pelbagai kaum. Yang untungnya ialah rumpun penulis di Semenanjung. Bukan sahaja terdedah kepada suasana acara tetapi menikmati kemudahan mutlak. Sedangkan, etnik penulis seperti saya tetap ketinggalan. Karya-karya penulis seperti saya masih mahal untuk diterbitkan di dada akhbar. Masih juga sikap prejudis berlaku untuk menerbitkan karya kami. Seorang editor masih menganggap dirinya sebagai Tuhan yang perlu disembah. Maka, saya amat mengalu-alukan konsep 1Malaysia diperhebatkan kepada warga penulis. Malah kepada badan berwajip. Ingat-ingatlah warga penulis seperti kami di Sabah dan Sarawak.
Pesta Gawai 1Malaysia?
Saya terkejut juga mendengar corong radio pada pagi ini (14.05.2010 – jumaat) yang mengatakan Pesta Gawai 1Malaysia.
Kembali merenung sejarah pesta gawai, sebuah upacara untuk masyarakat dayak yang dikongkongi sejarah keturunan. Pesta Gawai bukan sebarangan tetapi menurut adat, pegangan serta warisan keturunan. Malah satu upacara penyembahan yang besar maknanya.
Seperti juga yang dipertikaikan, apa maknanya Pesta Gawai 1Malaysia yang mahu diwal-walkan? Seeloknya pesta yang dimaksudkan jangan membunuh kebenaran upacara keturunan semata-mata untuk memperolehi keuntungan kepolitikan. Jangan sekali-kali meracuni keaslian detail pesta gawai. Masakan pantang larang dipecahkan! Masakan perbezaan tembok keturunan disatukan! Pesta gawai hanya untuk masyarakat yang menyambutnya. Pengunjung bernama tetamu tetap diterima sebagai mengeratkan perpaduan yang akhirnya menjayakan konsep 1Malaysia.
Sekali lagi diingatkan, biarlah Pesta Gawai untuk upacara keturunan. Konsep 1Malaysia tetap konsep penyatuan masayarakat seluruh negara.
3 comments:
setuju. pesta gawai tidak wajar digembar-gemburkan sebagai pesta gawai 1malaysia. perbezaan adat perlu dititik-beratkan.
saya cukup curiga apabila ini diwal-walkan. Maka, ia seperti diadukkan sedangkan ia amat bertentangan dengan adat dan upacara. Saya amat risau generasi hari ini salahtafsir tentang adat dan budaya sendiri dalam sesebuah upacara. Adalah elok kerajaan membetulkan pesta gawai 1Msia dengan jenama lain. Jangan kerana gula semut mati. Jangan kerana getah nangka, semua kena getahnya..
PESTA GAWAI seharusnya dijaga kualitinya,ianya amat penting utk genarasi yang akan datang,terutamanya dr segi pengetahuan tentang adat dan budaya KAUM masing masing.Patut di ingat kan sekali lagi kepada KERAJAAN,supaya tahu PERBEZAAN adat antara kaum/etnik yg ada di bumi kita,jgn semuanya nk buat 1 malaysia!!
Post a Comment