Saya terperanjat juga dengan sebuah simposium memartabatkan bahasa dan sastera. Pada simposium itu tidak kelihatan pun seorang penulis, malah pembentangnya pun bukanlah tokoh bahasa dan sastera.
UITM Sarawak sebagai pihak penganjur, mungkin tutup mata tidak mengundang penulis tempatan. Apa yang UITM mahu martabatkan? Ingin juga kita melihat manakah karya sastera dan budaya yang pernah UITM terbitkan. Sebagai penulis di negeri ini, kita rasa terkilan juga kerana tidak dijemput. Malah DBP Cawangan Sarawak tidak terlibat langsung. Di Mana pula kedudukan PUTERA (Persatuan Penulis Utara Sarawak)? Malah kemungkinan PERKASA juga dijemput.
3 comments:
Apa khabar saudara Jaya? Rasanya sudah lama saya tak singgah di blog saudara ini.
Kami PERWILA baru saja balik dari berkembara sastera di Limbang, Lawas, Temburong, Beaufort dan Membakut. Bagaiman pula dengan program Dialog Teluk, apakah ada berita terkini untuk kami di Labuan.
salam satu Malayisa Nor. kami sihat-sihat sahaja. Dialog teluk sudah kami cadangkan Ogos nanti cuma tarikh belum kami tetapkan dengan DBPSarawak. Kena sabar dan kami akan menyusulkan surat dlm waktu terdekat nanti. Harap tarikh kali ini sesuai. slm
Apa khabar En. Jaya. Ingat saya? Nur. Sudah lama tdk mengambil tahu tentang aktiviti PUTERA.
Post a Comment