Lahirnya laman ini adalah untuk menyimpan khazanah diri sebagai penentu hidup. Ia juga muzium untuk meletakkan karya agar terus hidup sepanjang zaman. Selain itu, laman ini juga satu daerah untuk kerabat peminat tatapi selain menemui perkembangan kepenulisan diri.
MEMARTABAT BAHASA IBAN DI UNIVERSITI KONSEP SATU MALAYSIA
Berita Bahasa Iban menjadi satu subjek pembelajaran di Universiti diterima baik masyarakat Iban. Tidak dapat tidak bahawa betapa bangganya masyarakat majoriti Sarawak itu harus membuka ruang minda agar ilmu melalui bahasa Iban diterima luas. Mulai dari sekarang, kepastian pembelajaran telah terbukti. Maka, sudah tiba masanya masyarakat Iban menjadikan karya-karya Iban sebagai bahan bacaan.
Tidak dapat tidak, maka pasti juga masyarakat Iban tertanya-tanya apakah bahan yang disediakan untuk mereka? Siapa golongan yang menyediakan rempah pembelajaran berkenaan? Saya pembaca pertama yang sudah melihat beberapa modul lama yang tidak seharusnya terus digunakan lagi. Buku-buku lama berkenaan juga hilang standard dari sudut ilmu, bahasa dan keseluruhan isinya.
Sudah pasti juga kita mengambil kira penyedia bahan berkenaan harus diberi kepada generasi muda yang lebih tajam dan jelas pemikirannya. Dapat dilihat beberapa cendekiawan masyarakat Iban yang boleh menulis dan menyediakan komponen berkenaan. Kita juga menyeru agar pembesar (menteri) masyarakat Iban harus melibatkan diri. Perkara ini sudah lama diperhatikan yang penulis Iban tidak diberi perhatian. Penulis-penulis Iban tidak diberi bantuan. Malah tidak disokong dari sudut semangat dan sudut-sudut lain.
Kita seharusnya bangga apabila bahasa etnik sudah dimartabatkan menjadi satu komponen pembelajaran. Maka, pembesar masyarakat Iban harus membantu penulis bukan sekadar bercakap kosong semata-mata..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment