PPSP - ISMAIL DAN ZULAZRIS

Salam sastera salam SatuMsia. Saya cuba mengamati penjelasan yang sdr. berdua respon. Mungkin awak berdua juga belum tahu pangkalnya. Saya mengetahui perkara ini apabila diberitahu oleh FC-FC lama. Saya memang tidak mengetahui dan langsung tidak mahu mengetahui situasai PPSB dan tentang fasilitator baru itu. Namun amat wajar juga saya bersuara. Satu penjelasan yang wajar: FC-FC Sarawak cukup berbeza dengan FC di semenanjung. Jika di semenanjung yang menjadi FC adalah warga penulis dan peminat sastera, tetapi di sarawak berlainan. Boleh dikira dengan tangan para penulis Sarawak. Berapa orang penulis Sarawak yang terlibat dengan PPSB? Berapa orang pegawai DBP Sarawak yang masuk PPSB? Sdr. Awak kena kenali FC di Sarawak dulu. Bekas deklamasi puisi mungkin seorang dua yang terlibat. Kalau di semenanjung, fc ada yang memiliki master dan phd sekali pun. Saya hanya maksudkan fc dari Sarawak. Baca betul-betul rencana saya itu. Kita harus "MEMAHAMI SEBELUM RESPON".

Ismail yang budiman. Mahu saya katakan ke? Satu masalah sahaja saya mahu katakan. (itupun di kem miri. kem miri dan bukan kem lain)kesalahan yang pertama apabila fc baru minta kutipan wang dari wira dan wirawati untuk membeli alat-alat yang digunakan dalam lakonan. Apakah ini betul? sila rujuk kepada fc baru yang mengajar di miri. Betulkan saya?

Tentang markah fc-fc itu. saya tidak melihat fail sdr Affendi Jahari untuk saya melihat markah para fc berkenaan. Oleh kerana itu saya berani mengatakan dan tidak meletakkan markah fc di dalam penjelasan saya. Tetapi saya percaya fasilitator dari miri telah membuka fail rahsia itu. Mereka sudah mengetahui markah masing-masing dan membezakan markah mereka dengan fc lain. Maka markah fasilitator dari miri pun mereka ketahui. Sepatutnya semua FC harus tahu. Mengapa mereka harus tahu? ini untuk mengatasi kelemahan mereka selama ini. Sepatut fasilitator harus tahu berapa markah yang mereka perolehi di setiap kem.

Sekali lagi saya nyatakan, sdr Ismail tanyalah fasilitator itu tahu maksud sastera? Berapa buah karya sastera mereka telah baca selama ini. Siapa penulis Malaysia? Siapa sasterawan negara dan suruh mereka susun sasterawan negara? Itu saja! Jangan menegakkan benang basah kerana ia tidak akan boleh didirikan. Memperbaiki keadaan adalah terbaik daripada menegakkan sesuatu yang tetap salah.

Saya telah melihat skrin TV tentang aktiviti sastera yang dilakukan oleh warga kem baru-baru ini, adalah lebih baik dengan apa yang lakukan oleh skuad ppsb. Harap Ismail memantaulah ppsb di setiap kem. Awak sendiri boleh menilainya. Datang ke kem seluruh sarawak dan nilai agar jadi lebih baik dan sampai ke konsep yang dimahukan. Salam Satu Msia.

Kalau boleh jumpa dan bersuara dengan FC itu dan lihat cara pembelajarannya. Lihat bagaimana interaksi fc-fc dengan pelajar. Maka saya rasa sdr Ismail akan faham. Atau datang ke kem miri, bertemu saya dan kita boleh melihat cara mereka mengajar.

Sebagai bukti, ini cerita rakan fasilitator, Bohong rakan-rakan fc itu, maka bohonglah tulisan saya ini.

RAJA TAWANAN kumpulan Cerpen terbaharu saya


Hidup akan indah apabila apa yang diinginkan tertunai. Setelah beberapa tahun menjadi penulis, akhirnya kumpulan cerpen pertama saya terbit juga setelah memijak duri-duri halangan. Gagasan saya selama ini turut tercapai dan saya ucapkan jutaan terima kasih buat sdr. Shukri kerana membantu menguruskan karya ini dalam jangka waktu empat bulan. Penerbitan buku ini juga menamatkan mimpi ngeri saya selama ini. Maklumlah kumpulan ini tali nyawa saya. Apabila berjaya melahirkan beberapa buah novel, saya terfikir menerbitkan kumpulan cerpen ini. Pada tahap pertama, ia gagal menamat hati editor. Pada tahap kedua, ia diterima. Paling menyeronokkan apabila proses empat bulan, akhirnya ia diterbitkan.

Kumpulan cerpen ini mengandungi 21 buah cerpen. Menerusi cerpen ini tergambar budaya dan adat resam masyarakat pribumi Sarawak yang sarat dengan semangat nasionalisme, legenda, mitos, dan pertentangan nilai akar budaya tradisi dan konflik yang dicetuskan.

Raja Tawanan Sang Puteri judul awal dan ditukar kepada RAJA TAWANAN kerana selepas ini akan terbit judul novel saya RAJA TAWANAN SANG PUTERI. Harap pada peminat sastera genre cerpen, dapatkan karya terbaharu yang akan terbit Mac dan awal April 2010. Salam semua.

EMEL SAYA

bagi memudahkan rakan-rakan penulis yang mahu menghantar karya untuk Dialog Teluk, sila emel kepada saya : jaya.ramba@yahoo.com

Kami masih menerima karya sebelum 20 Mac 2010. Diharap para penulis Dialog Teluh menghebahkan berita ini. Cerpen 1-3 lembar sahaja. Puisi juga boleh disusulkan bersama. Salam Sastera!

PPSB - BILA FC EGO DAN SOMBONG...

PPSB Kem Miri - SEORANG fasilitator datang ke rumah baru saya. Dia melihat seluruh ruang luar rumah yang besar. Kemudian dia masuk ke rumah sambil memerhatikan setiap sudut. Dia merenung saya lalu bercakap "Jaya alangkah sombong dan ego fasilitator baru yang mengajar di kem sg Rait Miri," katanya. "Sudahlah ego dan sombong tetapi degil dan tidak dengar cakap orang. Sudahlah cetek latar belakang sastera tetapi buat tahu-tahu sedangkan dia tidak tahu." Aku ternganga. aku tersenyum lalu mempersilakannya duduk.

"Dua orang fasilitator itu pula kutip duit dari wira dan wirawati untuk membeli bahan-bahan persembahan," itu katanya lagi.

maka aku tetap menyepi. aku memikirkan jauh berlainan cara fasi hari ini dan yang lalu. aku memikirkan sdr Poul Nanggang yang dikatakan berdiam diri. Kawan saya mengatakan yang dia mungkin serik kerana tidak seceria dulu. Dalam pekara ini, apakah stail pemantapan yang dibuat itu berkesan untuk memotivasikan fasi. Atau fc diajar cara kurang ajar. Sikap sopan santun antara fc juga jauh sekali. Sikap hormat menghormati hilang malah fasi berkenaan ingin melenyapkan fasi yang kaya ilmu sastera dan budaya.

Kemudian fc itu bercerita lalu. Saya amat terperanjat bila mengetahui itukah konsep ppsb pada hari ini. fasi baru? fasi lama? aku tidak mahu ceritakan...

FASILITATOR CETEK SASTERA PEMUSNAH PPSB DI SARAWAK DAN AMAT DITUNTUT AKTIVITIS SASTERA DI KHALAYAK PENULIS

Cerita sepuluh orang rakan amat mengejutkan saya di pertengahan Februari 2010 ini yang mengatakan PPSB bukan macam dulu. Dulu, rata-ratanya fasilitator datang dari khalayak penulis. Oleh kerana itulah program PPSB benar-benar ceria di mata. Namun, pada hari ini, fasilitator baru kebanyakannya dipungut hanya sekadar tahu nama sastera. Fasi yang baru terlalu ego tetapi cukup cetik ilmu tentang sastera.

Salah siapa? Itulah pertanyaan aku yang amat sayangkan generasi muda agar lebih mengenali sastera melalui orang seperti aku sebagai aktivis bahasa dan sastera. Kawanku bercerita lagi. Nampaknya fasilitor dari Miri ingin dikorbankan, maksudnya disingkirkan terus dalam program PPSB.

Kenapa? Aku masih bertanya. Markah fasilitator dari Miri direndahkan. Maka, aku sebagai orang kuat sastera berfikir sejenak mengenangkan saudara Poul Nanggang yang amat dikenali tetapi dimarkahkan rendah. Sedangkan saudara Poul Nanggang fasilitator yang serius dan berani. Cukup hebat di mata wira dan wirawati. Cukup hebat sebagai ketua fasilitor dan model buat semua fasilitator.

Saya berfikir lagi, apakah kaedah yang sdr Afendi Jahari gunapakai bagi memarkah keputusan terhadap semua fasilitator dari Miri. Apakah beliau masih bersikap kedaerahan? Kenapa saya membuat andaian sebegini? Saya diberitahu yang semua fasilitator dari Bintulu mendapat markah A. Fasilitator dari Miri mendapat C-E. Apa jadahnya? Maka, di sini pegawai program PPSB harus melihat kembali dasar penilaian fasilitaor dan pegawai PROJEK sendiri harus turun padang untuk menilai fasilitator.

“Saya dan yang lain mahu berhenti!” Itu yang rakan-rakan saya katakan. Saya membantah keras kerana sebagai seorang penulis yang sudah melahirkan karya dan buku, pengalaman sastera harus dicahayakan kepada generasi muda. Beliau memang kecewa apabila teringatkan nasib para fasilitator lain. Dikatakan kumpulannya menang tetapi markah yang dia perolehi dari ketua PPSB Sarawak terendah. Markah yang Afendi Jahari beri terlalu rendah kepada aktivis yang lebih mengetahui dunia teater dan sastera.

Malah beliau turut mengatakan pemerhati yang dihantar ke kem Miri manusia yang amat cetek sastera. Fasilitator baru yang dihantar ke kem Miri juga muda dan tidak tahu apa-apa tentang sastera kalau ditanya tetapi ego mereka tinggi. Rasa megah mereka lebih dari seorang penulis yang mengetahui sastera. Lalu saya menyoal “Kenapa Affendi sendiri tidak memantau?” Dia kata, entah.

Dia terus bercerita tentang bengkel dan pemantapan yang dibuat di Sibu tidak pernah diwar-warkan. Langsung tidak diberitahu dengan jemputan rasmi. Kemudian, para fasilitator dipersalahkan oleh kerana tidak datang. Maka saya mengatakan, “lebih baik berhenti kalau orang merendah-rendahkan kita. Dalam dunia ini, yang tidak pandai mengatakan diri paling pandai. Biarlah pengurus projek melihat sinar benar. Bukan kita tidak kerja dalam projek mereka, kita juga tetap makan dengan kerja kita. Kita hanya membantu memandangkan kita yang paling layak mengajar anak-anak bangsa kita.

“Terima kasih Jaya,” katanya lalu meminta diri kerana di sebelah malam nanti mereka akan ke kem sungai Rait. Saya juga amat kesal dengan pihak yang suka menjahanamkan orang lain tanpa menilai asas baik yang mereka telah lakukan selama ini. Kalau mahu membuat perkara jadah, harus berterus-terang menjadahkan mereka. Hantar surat pemberhentian agar tidak menyusahkan para fasilitator yang berharap melakukan tugas sebaik mungkin. Ingat! Saya tidak mahu mereka-reka cerita ini. Ada eloknya Pegawai Projek menyoal kembali para barisan fasilitator yang ditinggalkan dari arus pemantapan dan bengkel. Kalau mahu sama rata, baik buat bengkel di miri dan bersualah dengan para fasilitator sendiri. Tanya masalah Fasi dan jangan berat sebelah. Paling merumitkan lagi, ada tuntut masih belum dijelaskan oleh PPSB hingga ke hari ini. Yang terbeban ialah para fasilitator. Sekali lagi saya menyoal "DI MANA KONSEP SATU MALAYSIA YANG PM GARISKAN?" Jangan melihat bangsa kerdil boleh ditindas sedangkan kita bangsa yang berpijak di satu bumi. Jangan menjadikan Laut Cina Selatan itu terus memisahkan keadaan. Jangan menjadikan sikap kita kedaerahan. Jangan menjadikan kebaikan sebagai komunikasi buruk dalam pergaulan. Berfikir menjadi manusia terbaik. Sedarlah sebelum mati!!

ADAT IBAN HAK BANGSA IBAN, JANGAN DITUKAR SEBARANGAN

“Bejalai bebantal ke pengingat. Pengawa nitih ke adat.” Pepatah ini mungkin sudah lenyap dek senja suasana kehidupan kita dari sehari ke sehari. Hujan emas di bumi orang, hujan batu di negeri sendiri akan tetap kita rasakan. Pembangunan yang berganda juga salah satu gelombang yang memberi kesan, kian kita terpisah diselimuti budaya keturunan. Umpan pembangunan telah sedikit sebanyak memudaratkan hakikat kehidupan kita dari kongkongan adat budaya yang menjadi soal mahukan perubahan.
Mungkin boleh kita perhatikan tentang kedudukan bahasa kita pada hari ini. Bila bangsa Iban bertemu Iban, kita berbual menggunakan bahasa asing. Salah siapa? Di sini kita boleh menilai kebencian kita akan bahasa kita sendiri. Apa lagi untuk mengekalkan adat budaya khususnya pantang larang keturunan. Mungkin kerana itulah kita sewenang-wenangnya mahu mengubah sebahagian kongkongan yang dimaksudkan. Mungkin oleh kerana itu nasib sosial anak bangsa kita kian parah. Contohnya yang jelas masalah kahwin cerai. Kesudahannya yang memihakkan hanya sebelah pihak atau tidak dapat diselesaikan sampai bila-bila pun. Baru-baru ini dinyatakan statistik penceraian kaum Iban adalah yang paling tertinggi. Mungkin lebih melambung lagi jangkaan itu apabila yang berlaku tidak dilaporkan oleh segelintir keluarga ke pihak berwajib.
Saya menyokong kenyataan Wan Zain bahawa jangan ditukar sesuka hati Adat Iban yang khusus itu. Teguran Wan Zain sekadar mengingatkan sahaja bukan memandai kerana beliau bukan bangsa Iban. Mungkin beliau sudah melihat adat bangsa lain yang pupus musnah. Kita lihat jenama Orang Ulu yang hilang. Kita belum tahu keputusan jenama Dayak. Kita belum ada keputusan yang asas tentang etnik yang berkahwin campur. Di mana kedudukkan kita dalam suasana konsep SatuMalaysia? Apa lagi adat budaya kita yang sekadar seperti bingkai gambar yang tergantung di dinding hanya menanti untuk jatuh dan cerminnya pecah.
Dalam situasi ini, pemimpin harus lebih dedikasi dan memandang keseluruhan kemungkinan yang berlaku. Sebelum menukar sebarang pekara penting, harus dilihat terlebih dahulu akibat yang berlaku dengan menilai kebaikan dan keburukan. Harus bijaksana dengan melihat segenap sudut pekara. Ukuran itu tentulah melibatkan dalaman dan luaran setiap adat yang mahu diubahsuai mengikut suasana bandar dan luar bandar.
Baik bangsa kita dikongkong adat dari kita dibebani. Kalau kita dikongkong adat, maka identiti kita akan kekal. Kalau kita dibebani, kita lantas membuang bangsa kita selayaknya. Dalam suasana ini kita membuang identiti kita langsung. Sayangkan anak sehingga sanggup membuang budaya.
Seperkara yang menjadi tandatanya bagaimana terhapusnya budaya kita. Bagaimana pihak bertanggungjawab mahu mengembalikan suasana pesta Gawai seperti sedia kala. Jika kaum Cina terus mempertahankan budaya mereka. Kaum Melayu juga mempertahankan Hari Raya dan budaya mereka. Bagaimana pula kaum Iban yang tidak mempertahankan pesta Gawai? Tidak mempertahankan adat miring? Salah siapa? Berapa peratusan bangsa Iban masih mengekalkan adat miring? Adat apa yang harus kita guna pakai? Hanya dengan bersambahyang sahaja?
Datuk nenek kita tidak pernah bersambahyang ketika pesta gawai. Apakah kita harus mempersalahkan keturunan kita? Ini menunjukkan kita sewenang-wenangnya mengubah sesuatu. Sepatutnya pemimpin kita mempertahankan setiap adat upacara dalam pesta gawai. Apakah orang yang sakit akan sembuh apabila kita sambahyangkan? Mungkin tidak dan mungkin cara tradisional juga yang paling sesuai. Maka, saya menyeru kepada pihak berwajib agar adat dan upacara gawai harus dikekal dan setiap bangsa kita harus diajar kembali ke akar budaya kita. Kini jangan menjadi bangsa yang mudah berpaling tadah.
Biar mati anak asal jangan mati adat. Biar sesat di belantara asal jangan sesat adat. Melangkah ke depan bukan bermakna sewenang-wenangnya menjadi manusia pelupa daratan. Memandang ke belakang bukan kerana melubah cara membenci tetapi mengimbau kelemahan dan kelemahan itu yang harus diperbaiki. Sama juga keadaannya, generasi yang berpendidikan harus dilibatkan kerana mereka bakal menjaga adat dan budaya keturunan. Generasi muda harus didedahkan dengan acara budaya agar tidak lenyap begitu sahaja.
Pemerintah bangsa kita sendiri harus lebih peka dengan mengadakan lebih banyak aktiviti budaya daripada berbelanja dalam aktiviti politik. Harus ada dana yang disalurkan kepada persatuan dan pertubuhan yang bertanggungjawab. Ini sekurang-kurangnya cara pihak berkenaan masuk kampung bagi menjelaskan keadaan. Kesempatan ini juga untuk kita menjelaskan betapa pentingnya kita mempertahankan budaya kita kepada generasi muda sekaligus budaya itu dikekalkan. Dalam masa yang sama, kita menjelaskan pantang larang agar tidak dinoda kerana akibatnya besar. Kita harus menggandakan main asal adat iban agar boleh menjadi aktiviti hiburan di rumah panjang. Di sini saluran radio juga penting sebagai media yang menghebahkannya.
Pendek kata, jangan kita mengubah sesuatu adat mengikut kehendak yang diputuskan tetapi tidak meneliti asalnya. Makin banyak perubahan, maka makin besar kesannya. Maka, kian rapuhlah masa depan kedudukkan adat bangsa kita. Sama kedudukkan itu, apabila kita mengahwini orang asing maka asinglah kita. Bukan sahaja hilang budaya tetapi identiti juga akan hilang. Tidak percaya? Sudah ada kes anak kita hilang hak bumiputra.
Tidak mudah kita hilang hak budaya seandainya kita prihatin terhadap apa yang kita ada. Mudah kita lenyap hak budaya seandainya kita hidup remeh-temeh seadanya. Hidup harus bersyukur dengan identiti unik kita. Hidup harus memelihara jenama pusaka kita. Manusia yang tidak ada adapt budaya adalah binatang.

PUCUK PIMPINAN PUTERA MASIH GAH SELEPAS MESYUARAT AGUNG KE 31

Pada hujung January, Mesyuarat Agung PUTERA ke-31 telah diadakan di Mega Hotel yang dihadir lebih 30 orang penulis dan aktivis bahasa dan sastera. Suasana Mesyuarat agung tenang. Kelihatan sinar mata masing-masing memberikan makna besar buat pucuk pimpinan lama. Sah apabila pucuk pimpinan lama menang tanpa bertanding. Rata-rata para ahli masih menyimpan kepercayaan, teguh kepada barisan berikut:

Ketua Satu : Abizai (Zainal Abidin Haji Suhaili)-Melayu
Ketua Dua : Poul Nanggang - bangsa bisaya
Setiausaha Satu : Jaya Ramba - Ibang
Setiusaha Dua : Zabaie - Melayu
Bendahari : Safiah Jol.

Cuma ajk yang mengadakan pemilihan. Namun nampak pertukaran besar. Ini menunjukkan bahawa ajk lama 50% kekal. Senarai ajk 2010 PUTERA.

1. James Nibung - iban
2. Wira Mancha
3. Sudan Ajang
4. Elizabathe Sepit @ Nur
Dua ajk yang dipilih oleh ketua satu termasuk dipersetujui sebulat suara ahli ialah
4. Wan Hairul
5. Morsaline hj Wasli

Agenda besar yang dibincangkan ialah Hari Dialog Teluk yang diputuskan berlangsung pada Mei dan bukannya April 2010. Mesyuarat untuk membincangkan Dialog Teluk akan ditetapkan dalam waktu terdekat. Juga beberapa aktiviti seperti melawat kampung atau rumah panjang akan dirancang. Ini memudahkan para peserta mengetahui lebih dekat budaya orang rumah panjang.

Sekali lagi saya menyarankan, jika ada peserta luar yang ingin menyertai, bolehlah menghubungi saya. Para ahli PUTERA yang berada jauh atau bekas ahli juga disarankan menghantar karya puisi dan cerpen untuk diterbitkan.