PUCUK PIMPINAN PUTERA MASIH GAH SELEPAS MESYUARAT AGUNG KE 31

Pada hujung January, Mesyuarat Agung PUTERA ke-31 telah diadakan di Mega Hotel yang dihadir lebih 30 orang penulis dan aktivis bahasa dan sastera. Suasana Mesyuarat agung tenang. Kelihatan sinar mata masing-masing memberikan makna besar buat pucuk pimpinan lama. Sah apabila pucuk pimpinan lama menang tanpa bertanding. Rata-rata para ahli masih menyimpan kepercayaan, teguh kepada barisan berikut:

Ketua Satu : Abizai (Zainal Abidin Haji Suhaili)-Melayu
Ketua Dua : Poul Nanggang - bangsa bisaya
Setiausaha Satu : Jaya Ramba - Ibang
Setiusaha Dua : Zabaie - Melayu
Bendahari : Safiah Jol.

Cuma ajk yang mengadakan pemilihan. Namun nampak pertukaran besar. Ini menunjukkan bahawa ajk lama 50% kekal. Senarai ajk 2010 PUTERA.

1. James Nibung - iban
2. Wira Mancha
3. Sudan Ajang
4. Elizabathe Sepit @ Nur
Dua ajk yang dipilih oleh ketua satu termasuk dipersetujui sebulat suara ahli ialah
4. Wan Hairul
5. Morsaline hj Wasli

Agenda besar yang dibincangkan ialah Hari Dialog Teluk yang diputuskan berlangsung pada Mei dan bukannya April 2010. Mesyuarat untuk membincangkan Dialog Teluk akan ditetapkan dalam waktu terdekat. Juga beberapa aktiviti seperti melawat kampung atau rumah panjang akan dirancang. Ini memudahkan para peserta mengetahui lebih dekat budaya orang rumah panjang.

Sekali lagi saya menyarankan, jika ada peserta luar yang ingin menyertai, bolehlah menghubungi saya. Para ahli PUTERA yang berada jauh atau bekas ahli juga disarankan menghantar karya puisi dan cerpen untuk diterbitkan.

SBT DI SARAWAK - SALAH SIAPA

Baru-baru ini luah tercatur di mulut masyarakat dan warga guru. Malah Persatuan Guru yang diterajui Ghani Bina turut meluahkan rasa tidak puas hati. Lantas beliau menuding jari ke arah Kementerian Pelajaran. Bukan itu sahaja, beliau turut menyalahkan guru-guru yang berkalibar tidak mahu mengajar di Ulu Negeri Sarawak dan Sabah. Malah melenting tentang kenapa sekolah di Sarawak dan Sabah tidak dimasukkan ke 20 sekolah terbaik.

Saya sebagai seorang penulis dan warga Sarawak yang mewakili generasi pelajar turut terpanggil. Isu ini jelas boleh dinilai yang sekolah di Negeri Sarawak tidak layak untuk menjadi terbaik. Ini disebabkan oleh keputusan peperiksaan yang diperolehi jika tidak memberangsangkan. Saya turut turun padang ke sekolah-sekolah dan melihat sendiri kekurangan kita. Persatuan Guru mempertahankan isu PPSMI. Persatuan Guru juga mempertahankan yang guru di Sarawak cukup berkalibar untuk mengatasi kekurangan dalam pembelajaran.

Saya kata tidak. Kami warga penulis kata ini manis di mulut sahaja sedangkan sekolah di luar bandar kekurangan segalanya. Ada sekolah yang tidak diberi pembangunan seperti jalan raya. Air juga susah untuk diperolehi. Satu masalah yang cukup ketara dialami generasi pelajar sekolah ialah apabila dibebani sistem pembelajar kita yang asyik berubah. PPSMI telah membebankan dan menjadi sempadan pelajar luar bandar dan bandar. Saya turut mengimbau saat selepas merdeka, kita guna sistem bahasa kebangsaan tetapi kita boleh maju juga. Negara seperti Cina, Korea, Jepun dan France juga menggunakan bahasa kebangsaan mereka sendiri tetapi tidak ketinggalan.

Kenapa harus sering bertukar sistem pembelajaran sehingga membebankan pelajar. Apabila sekolah di Sarawak tidak diiktiraf, usah merasa tidak puas hati. Mungkin tahun akan datang saat itu akan kembali. Persatuan Guru perlu lebih berusaha untuk memartabatkan sistem perguruan. Lihat warga sendiri sebelum melihat ke arah lain. Tinjau ke hulu dengan diri sendiri masuk ke kelas di pedalaman. Atau berkongsi melihat ketika guru berkenaan mengajar.

MINTA KARYA PENULIS TELUK DIHANTAR KEPADA SAYA SEGERA

Miri - PUTERA (Persatuan Penulis Utara Sarawak) sebagai tuan rumah Dialog Teluk Tahun ini mengalu-alukan penulis Teluk menghantar karya (cerpen) sekitar 3 hingga 5 muka surat double spacing untuk diterbitkan. Karya-karya ini akan siap sebelum Dialog Teluk berlangsung dan akan dilancarkan ketika perasmian Dialog Teluk sepanjang tiga hari. Bagi pembentang kertas kerja juga sebelum 28 Februari 2010, kertas kerja akan diemel kepada saya kerana kertas kerja itu akan dibukukan. Karya dan kertas kerja bolehlah diemelkan kepada saya mulai dari sekarang dan tarikh tutup pula pada 28 Februari 2010. Saya menyeru kepada rakan-rakan penulis Teluk (Negara Brunei, Sabah, Labuan, Limbang dan Miri) susulkan karya anda untuk diterbitkan sekarang. SALAM!

DIALOG TELUK PADA APRIL 2010 DI MIRI

Salam buat rakan-rakan semua. Ini satu pengumuman yang kami Persatuan Penulis Utara Sarawak akan menjadi Tuan Rumah Dialog Teluk yang melibatkan Negeri Sabah, Labuan, Limbang, Miri dan Negara Brunei Darussalam. Kami sudah merangka tarikhnya pada April 2010. Maka, dijangka 15 buah kertas kerja akan dibentang oleh pemakalah hebat tanah air. Program yang bakal ditetapkan ialah perasmian pada jumaat di sebuah hotel terbilang. Juga ada lawatan ke sebuah rumah panjang untuk melihat suasana rumah panjang moden. Dijangka pemerintah di negeri ini dijemput membuat perasmian. Para peserta bakal dilayan dengan tarian tradisional rumah panjang dan etnik Sarawak. Ucaptama masih difikirkan tokohnya. Barang siapa yang ingin menyertainya, bolehlah menghubungi saya untuk tempahan penginapan dan urusan lain. Atau boleh menghubungi Ketua Satu dan Ketua Dua PUTERA. Atau saya sendiri sebagai Setiausaha Satu. Sekian.

MINGGUAN PENULIS REMAJA BUKAN KONSEP SATU MALAYSIA!

Saya mengikut perkembangan Mingguan Penulis Remaja yang dianjurkan baru-baru ini. Malah ada rakan penulis yang terlibat merumuskan Mingguan Penulis Remaja di mana destinasinya. Siapa yang terlibat? Tahap umur yang menyertai? Negeri-negeri seluruh Malaysia yang dijemput?

Apakah penulis yang dijemput bakal tersohor pada suatu hari nanti? Apakah pembimbing yang dipilih cukup matang dan benar-benar boleh memberi khidmat yang cukup memuaskan hati semata-mata? Tentang para peserta pula, apakah meliputi seluruh negeri? Adakah penulis dari Sabah dan Sarawak yang dijemput (tidak termasuk penulis yang bekerja di semenanjung)?

Apakah Mingguan Penulis Remaja memang khas untuk membina penulis muda atau sekadar program yang memenuhi kalendar sastera?

Apa yang saya nampak, kegiatan untuk memajukan penulis masih lagi meminggirkan penulis dari Sabah dan Sarawak. Apabila jenama pelbagai kaum dilenyapkan, nampaknya nasib penulis pelbagai kaum dari Sabah dan Sarawak hilang pihak membela mereka. Para penulis dari kedua buah negeri terpaksa berpegang hala tuju sendiri. Baik ada kegiatan yang dirancang oleh pihak DBP CAWANGANGAN. Juga dengan adanya Persatuan Penulis, bolehlah para penulis menyertai kegiatan sastera. Apa yang dikesali, bengkel untuk mendedahkan para penulis pelbagai kaum masih sepi. Nampaknya pihak yang tidak mahukan jenama pelbagai kaum diteruskan, merasa seronok besar. Sedangkan konsep SatuMalaysia diumumkan. Apa makna sebenarnya konsep SatuMalaysia dalam kegiatan sastera yang kian masih meminggirkan penulis dari pulau borneo ini.

Perkampungan Pengarang Sarawak 2009 - 5 Tahun Lagi Sarawak Tidak akan ke Mana

Prof. Dr Shahlan Saman dalam kertas kerjanya mengatakan Sarawak akan tandus penulis dan tidak akan dapat menyaing negeri-negeri di Semenanjung. Sepanjang 5 tahun ini dan akan datang, tidak ada penulis dari Sarawak yang boleh diiktiraf dalam peringkat kebangsaan. Tidak ada mana-mana penulis yang boleh memenangi anugerah besar.

Ini yang telah menghangatkan dewan Hotel Telang Usan. Rata-ratanya penulis tersinggung dan merasa marah dengan kenyataan Prof Dr Shahlan Saman. Mungkinkah Prof itu tidak membaca karya-karya penulis Sarawak di dada akhbar tanah air. Mungkin Prof tidak membaca lebih 10 buah novel dan karya seperti antologi dan kumpulan cerpen dari penulis Sarawak. Sedangkan Tan Sri Ismail Hussien dan Datuk Dr Anwar Ridzuan mengatakan bahawa Negeri Sarawak adalah lubuk penulis. Di mana kebenaran kata-kata Prof Shahlan Saman? Atau ini sekadar gurauan yang berunsurkan cabaran. Apa kumin rakan-rakan sekalian?

MEMBENGKELKAN PENULIS DI LABUAN

Sekali lagi saya cuba mencipta sebuah teori dan format membengkelkan penulis di Labuan. Dengan harapannya, saya boleh melahirkan generasi penulis yang boleh mencipta karya pada suatu hari nanti. Persediaan cukup rapi dengan bahan-bahan adunan yang dibuat khas merujuk kepada keperluan.

Hendaknya saya akan membezakan bagaimana cara tunjuk ajar pembengkel veteran dan pembengkel penulis muda. Saya cuba membengkelkan sesuatu yang baru yang lebih berdaya saingan lebih minda dan pemikiran. Kekuatan karya merujuk kepada semangat penulis agar tidak cepat lemah semangat. Bonus lain, di mana saya akan memimpin pelajar saya dengan berinteraksi melalui emel dan blog. Dari itu, pembelajaran tidak akan putus.

Bengkel saya.
Temoat : Labuan.
Tarikh : 9-11 November 2009.
Penganjur : Perwila/Jabatan Pembelajaran Labuan

Terima kasih kepada Perwila dan Jabatan Pembelajaran kerana sudi menjemput saya untuk membengkelkan penulis di pulau kecil itu.