Miri-Dialog Teluk telah mencetuskan beberapa gagasan yang begitu berjaya. Seramai seratus orang peserta telah hadir dari pelbagai nusantara-Miri-kuching-Brunei-Labuan-Sabah-Indonesia-Kuala Lumpur-Limbang dan lain tempat.

Pada tahun ini, PUTERA diberi mandat menjadi tuan rumah. Dalam keadaan sukar tetapi cukup berjaya kerana masalah dapat dibendung hasil kerjasama ajknya. Dialog Teluk seterusnya akan dibuat di Negara Brunei pada tahun 2012. Selamat bersua kembali pada tahun 2012.

PERKAMPUNGAN PENGARANG SARAWAK 2010-UPM BINTULU

UPM Bintulu - 26-29 November 2010 sekali lagi para aktivis dan penulis berkampung bagi memartabatkan sastera SatuMalaysia. Saya, ketua 1, ketua 2 dan beberapa penulis dari PUTERA turut berkejar ke bintulu pada malam 26/11/2010.

Pada malam perasmian saya betemu para rakan-rakan penuh terhad. Alangkahnya hanya seorang dua rakan penulis yang saya temui. Pagi padi sesi pembentangan, bilik dewan hanya dipenuhi dengan para peserta yang saya tidak kenali. Saya mencari wajah-wajah penulis Sarawak, entah ke mana mereka.

Wajah-wajah pembentang juga wajah yang serupa, penulis veteran? Di mana wajah penulis muda sebagai pembentang? Saya sempat membelek-belek kertas kerja yang dibuat oleh para pembentang. Saya terfikir-apakah pembengunan sastera di Sarawak akan setakat ini? Memang rasa bertuah juga dapat bersua dengan para pembentang dan beberapa rakan penuli lain. Tetapi perkampungan kali ini agak suram dengan wajah-wajah penulis Sarawak secara keseluruhannya.

HIDROELEKTRIK HANTU HARI INI

Saya sempat mengikut perkembangan hidroelektrik di bakun yang banyak menimbulkan masalah daripada kesenangan. Masalah pembangunan hidro bakun sudah bertunjang kukuh setelah timbulnya masalah ekonomi. Masalah berpanjangan apabila hidro bakun dijual untuk meneruskan pembangunannya. Pada hari ini, masalah seterusnya timbul. Hari ini (Jumaat) 28.10.2010 adalah musim tengkujuh. Tiba-tiba sungai batang rajang dan kawasan bakun kering kontang.

Kemana airnya? kekeringan sungai berkenaan telah menimbul masalah besar. Bot-bot dan kenderaan air tidak ada laluan. Hubung masyarakat putus sama sekali. Ini menimbulkan kerisauan masyarakat pedalaman. Apakah punca ini diakibatkan oleh projek bakun?

Akibat masalah ini, masyarakat Baram mengalami mimpi ngeri mahu menerima kewujudan hidro Baram yang mahu dibina. Hidro Baram juga pasti lebih sukar kerana berhubungan dengan banyak kawasan. Semalam, masyarakat kami telah bermesyuarat dan telah mengambil keputusan untuk menolak hidro Baram kerana pasti akan mengamcam keselamatan keseluruhan flora dan fauna. Malah mengamcam kehidupan masyarakat yang segar gidup dengan tumbuhan semulajadi.

Dalam sudut keuntungan- Siapa yang untung sebenarnya? Masyarakat diletakkan di mana selepas itu? Isu ini yang dibicarakan oleh masyarakat kami.

Untuk tidak berterus terang-saya hentikan bicara ini setakat ini. Saya telah novelkan perkara ini lebih dalam. Saya izinkan diri untuk temubual seluruh masyarakat Baram mengenai ujudnya hidro Baram.

UMNO PATUT MASUK SARAWAK, KENAPA?

Tahun lepas, hangat juga suasana poiltik Sarawak. Isunya, UMNO akan membuka cawangan peminat UMNO. Itu juga dirisau sangat oleh pemimpin BN yang sedia ada. Kenapa harus takut UMNO masuk Sarawak.

Bukankah Felda kaya raya kerana UMNO. Bagaimana pula keadaan salcra dan pemilik tanaman sawit persendirian? Apakah petani jenis itu penuh kantungnya? Apa masyarakat sangat terbela dengan adanya pemimpin BN yang ada di Sarawak ketika ini?

Saya salah seorang peminat kem BN Sarawak masih mengharapkan masyarakat kita hidup terbela seperti masyarakat yang dibantu UMNO di Semenanjung. Sebagai masyarakat, saya dan kami telah menilai kemiskinan masih menebal di Sarawak. Contoh, di kampung saya sendiri, ketika bencana banjir berlaku. Bantuan tidak sampai seperti yang diharapkan. Sudahlah harga barang sangat mahal. Bencana pula memusnahkan semua tanaman.

Balik kepada isu parti, BN Sarawak harus membuat perubahan besar-besaran. Melihat kemiskinan tegal. Melihat prasarana menghubungi pedalaman. Melihat cara dan corak bagaimana untuk memajukan masyarakat. Melihat bagaimana untuk menjalinkan hubungan dengan persatuan yang cukup miskin yang kurang diberi bantuan. Ini pengalaman saya sebagai seorang ahli dan pemimpin persatuan penulis yang cukup miskin. Teramat payah membuat program kemasyarakatan. Teramat payah membuat program sastera dan budaya kerana pihak tertentu tidak menyalurkan bantuan walaupun kita kerap kali meminta bantuan.

Saya rasa, cukuplah menyokong pemimpin jenis bercakap besar tetapi tidak menunjukkan rasa prihatin terhadap masyarakat dan persatuan. Kita memang menyokong kerajaan tetapi pemimpin yang tidak prihatin itu harus ditukar dengan generasi muda. Atau pilih individu yang berkemampuan. Atau tidak ada pilihan, sokong pembangkang yang berkebolehan.

SEORANG FASILITATOR MEROKOK DI DEPAN WIRA DAN WIRAWATI BARU-BARU INI

Seorang jurulatih kem memberitahu saya yang seorang fasilitator merokok di bilik kelas yang disaksikan oleh pelajarnya. Fasilitator itu pula antara ketua yang disandarkan boleh menguruskan program sastera dan budaya di sebuah kem di sibu.

Dikatakan laporan ke atas perbuatan itu telah diambil oleh pihak warden kem. Ini menunjukkan bahawa ketua fasilitator berkenaan masih cetek peraturan program PPSB. Ini salah siapa? Apakah SIKAP fasilitator itu harus dijadikan contoh?

Amat memalukan, dikatakan program berkenaan tidak sebaik dulu. Tidak sehebat fasilitator yang lama dulu. Dikatakan fasilitator baru sukar memahami isi program. Mereka cetek sastera sehingga cara pembelajaran tidak mencapai tahap yang dikehendaki.

Entah, di mana peranan penyelaras? Di mana peranan seorang ketua sebagai pemimpin program? Di mana pula peranan ketua projek? Apakah perlu pemantauan oleh pihak aktivis sastera untuk melihat sendiri program yang dikatakan semakin lemah di PLKN itu?

TEPUK DADA TANYA SELERA!

TERIMA KASIH SAHABAT

Lewat Jendela Sastera ini, saya ucapkan jutaan terima kasih kepada sahabat yang selama ini mendorong saya ketika lesu berkarya. Kaulah sahabat terbaik kerana memimpin da menjadikan aku berada di puncak.

Tanpamu aku tidak mungkin terus berkarya begini. Tanpamu aku tidak mengukin menghantar karya yang cuba ku selimutkan di bawah kelambu kesunyian. Tanpamu, mungkin aku tidak sehebat begini.

Barangkali, kau selalu menegur. Kau tidak serik juga menghantar mesej dan menghubung aku. Kau juga sahabat yang terbaik dari sahabat-sahabat lain. Kau tidak membiarkan aku kesunyian. Kau tidak mahu aku ketinggalan jauh dari arus pembangunan sastera kita.

Aku tahu, konsep 1Msia tidak terasa dalam arus sastera kita. Kita masih juga bangsa kita. Sedangkan penulis itu menjadi bangsa dia. Ketika aku ketinggalan, kau mengajak aku. Terima kasih sahabat. Hanya Tuhan yang tahu.

BANCI-MASYARAKAT CINA TUTUP PINTU KERANA TIDAK BOLEH BERTUTUR BHS MELAYU

Gempar juga berita ini. Bulan Julai hingga Ogos kegiatan membanci masyarakat Malaysia dijalankan di seluruh negara. Kerja-kerja murni ini berjalan dalam banyak suasana susah dan senang. Di Sarawak sendiri penuh tragedi ngeri bila pembanci pernah kemalangan dan koma sepuluh hari. Kemudian meninggal dalam suasana sedih dan pilu.

Akhbar kita juga hebat memaparkan ramai masyarakat tutup pintu. Ini seakan tidak mengalu-alukan kedatangan para pembanci yang mahu menjalankan tugas mereka. Paling tidak disangka-sangka, ada juga masyarakat kita menutup pintu gara-gara tidak boleh bertutur bahasa Melayu dan Inggeris.

Bah! Ini salah siapa agaknya? Maka, saya memikirkan tentang isu pendidikan kita yang terlalu terbuka. Kenapa tidak? Menteri kita terlalu memberi ruang kepada sekolah Cina dan sekolah India agaknya sehingga mereka tidak mahu belajar bahasa Malaysia, iaitu bahasa negara ini.

Kesan ini juga timbul di pejabat kerajaan dan swasta apabila ramai pengurus, eksekutif dan pekerja kita tidak boleh bertutur bahasa negara sendiri. Ini amat memalukan bila bangsa negara ini tidak boleh bertutur bahasa negara sendiri. Saya sebagai anak bangsa Malaysia, mengingatkan pemimpin kita agar melihat kembali sistem pendidikan negara. Lihat kembali kedudukkan bahasa Malaysia. Apa akan berlaku suatu hari nanti jika ramai masyarakat kita tidak boleh bertutur bahasa negara sendiri.

Ini kelihatan pelik. Aneh! juga memalukan.