BAGAIMANA PERSATUAN PENULIS MANFAATKAN SASTERA DLM PLKN JIKA PENULIS BUKAN FASILITATORNYA.

Saya mahu merespon artikal (6 julai 2010-Selasa) di dalam Berita Harian yang dinyatakan oleh rakan saya sdr Abdul Hadi Yusoff yang mengatakan adalah elok Persatuan Penulis dan penulis secara keseluruhannya mendidik generasi muda akan sastera kerana hanya penulis (penyair, cerpenis, novelis) yang layak. Ini juga sekaligus akan melahirkan peserta berbakat dalam sastera dan budaya melalui pelaksanaan PPSB. jUGA, kerana penulis memang sudah dikenali.

Sekali lagi saya kagum dengan suasana PPSB di semenanjung yang rata-ratanya warga penulis dan penyair menjadi mentor fasilitator. Ini pasti menjadikan konsep sastera dan matlamat ppsb tercapai. Apa lagi pengalaman penulis memang sudah ternyata padat. Namun, alangkah disebaliknya yang berlaku di Sarawak apabila tidak ada penulis yang terlibat langsung (hanya sdr Poul Nanggang. Dapat dilihat bahawa penulis di Sarawak ditolak dan tidak dialu-alukan di dalam PPSB. Malah suara penulis di Sarawak diketepikan oleh semacam konspirasi yang dirancang. Apa lagi penglibat Persatuan Penulis, memang tidak diundang walaupun pernah persatuan penulis menolong sedaya upaya.

Suka tidak suka, fasilitator yang cetek pengalaman sastera digunapakai. Kerabat penulis hanya sebagai pendengar. Menurut rakan dari Semenanjung, kenapa di Sarawak berlaku di sebaliknya?

Saya memang menyokong bahawa penulis sahaja yang boleh melakukan yang terbaik kerana mereka menjiwai sastera. Mereka adalah pewaris sastera yang tahu selok belok yang sesuai sastera buat generasi muda.

MEMARTABAT BAHASA IBAN DI UNIVERSITI KONSEP SATU MALAYSIA


Berita Bahasa Iban menjadi satu subjek pembelajaran di Universiti diterima baik masyarakat Iban. Tidak dapat tidak bahawa betapa bangganya masyarakat majoriti Sarawak itu harus membuka ruang minda agar ilmu melalui bahasa Iban diterima luas. Mulai dari sekarang, kepastian pembelajaran telah terbukti. Maka, sudah tiba masanya masyarakat Iban menjadikan karya-karya Iban sebagai bahan bacaan.

Tidak dapat tidak, maka pasti juga masyarakat Iban tertanya-tanya apakah bahan yang disediakan untuk mereka? Siapa golongan yang menyediakan rempah pembelajaran berkenaan? Saya pembaca pertama yang sudah melihat beberapa modul lama yang tidak seharusnya terus digunakan lagi. Buku-buku lama berkenaan juga hilang standard dari sudut ilmu, bahasa dan keseluruhan isinya.

Sudah pasti juga kita mengambil kira penyedia bahan berkenaan harus diberi kepada generasi muda yang lebih tajam dan jelas pemikirannya. Dapat dilihat beberapa cendekiawan masyarakat Iban yang boleh menulis dan menyediakan komponen berkenaan. Kita juga menyeru agar pembesar (menteri) masyarakat Iban harus melibatkan diri. Perkara ini sudah lama diperhatikan yang penulis Iban tidak diberi perhatian. Penulis-penulis Iban tidak diberi bantuan. Malah tidak disokong dari sudut semangat dan sudut-sudut lain.

Kita seharusnya bangga apabila bahasa etnik sudah dimartabatkan menjadi satu komponen pembelajaran. Maka, pembesar masyarakat Iban harus membantu penulis bukan sekadar bercakap kosong semata-mata..

BICOL PEMARTABAT BAHASA DAN SASTERA?

Saya terperanjat juga dengan sebuah simposium memartabatkan bahasa dan sastera. Pada simposium itu tidak kelihatan pun seorang penulis, malah pembentangnya pun bukanlah tokoh bahasa dan sastera.

UITM Sarawak sebagai pihak penganjur, mungkin tutup mata tidak mengundang penulis tempatan. Apa yang UITM mahu martabatkan? Ingin juga kita melihat manakah karya sastera dan budaya yang pernah UITM terbitkan. Sebagai penulis di negeri ini, kita rasa terkilan juga kerana tidak dijemput. Malah DBP Cawangan Sarawak tidak terlibat langsung. Di Mana pula kedudukan PUTERA (Persatuan Penulis Utara Sarawak)? Malah kemungkinan PERKASA juga dijemput.

MEMBACA CERPEN ...PETI KACA DI YIIB

Salam buat rakan-rakan sastera.

Membaca ruangan Yang Indah Itu Bahasa cerpen ... Peti Kaca (terlupa judul) pada 7 Jun 2010 di Utusan Borneo, menjadikan saya sekali lagi terfikir. Pertama, saya mengandaikan karya-karya yang terbit mesti yang indah bahasanya. Kedua, karya yang terbit mesti baik jalan ceritanya. Ketiga, mesti penulisnya yang sudah dikenali. Dan yang terakhir, kekuatan bahasa karya-karya yang terbit di ruangan YIIB.

Sebelum membuat rumusan terhad, saya memohon maaf. Bukan maksud saya merendahkan pihak yang menguruskan ruangan ini tetapi semata-mata mahu menyampaikan rasa terguris. Karya yang terbit pada 7 Jun 2010 berkenaan cukup lemah dan cukup tidak sesuai untuk ruangan YIIB.

Saya ketawa sendiri bila membaca cerpen berkenaan yang bahasanya sangat teruk. Jalan ceritanya amat berterus-terang. Membaca cerpen berkenaan dari awal, kita sudah tahu apa kandungannya yang sebenarnya. Saya rasa, cerpen berkenaan juga masih tidak layak diterbitkan di dada Wadah Bahasa dan Sastera di ruangan Utusan Sarawak.

Bayangkan seandainya Dr Jeniri Amir membacanya. Sdr Jais Sahok juga membacanya. Mungkin seluruh warga sastera di Sarawak membacanya. Apa pandangan mereka? Saya rasa sudah tentu para aktivis sastera inginkan karya yang terbit itu yang terbaik dari karya kita. Bagi saya, saya semestinya mahu karya yang terbaik dari karya saya yang terbit di YIIB.

Sekali lagi saya memberi pandangan, biarlah karya yang terbit di YIIB adalah karya yang indah bahasanya, jalan ceritanya, dan yang benar-benar Yang Indah Itu Bahasa.

SEJARAH PESTA GAWAI DI 1MALAYSIAKAN?

Konsep 1Malaysia heboh diperkatakan. Pada saya, ia konsep yang sangat jelas sebagai jambatan penyatuan masyarakat Sabah, Sarawak dan Semenanjung. Titian ke arah masyarakat menikmati pembangunan tanpa ada perbezaan. Juga, sebagai landasan masyarakat memiliki kelas minda pertama ke arah jitu kehidupan. Konsep yang sangat saya sokong.

Ledakan konsep 1Malaysia bergema juga ke pedalaman Sarawak. Maka, meletuslah banyak tanggapan yang berbeza-beza. Baik buruknya dilebarkan ke segenap penjuru pedalaman. Baiknya memang ketara untuk masyarakat bandar. Masyarakat luar bandar tetapi menyelam sambil minum air. Buruknya tetap juga masyarakat pedalaman harungi jalan-jalan raya pada keseluruhan belum diturap. Malah masih belum ada jalan yang menghubung ke rumah-rumah panjang. Harga barang masih juga berlipatganda dalam keadaan masyarakat tanpa pekerjaan. Cuma masyarakat dapat berkongsi maklumat memalui saluran tv dan radio. Terima kasih kerajaan!

Pada saya, sebagai seorang penulis, konsep 1Malaysia Satu Sastera masih berjurang besar. Belum ada cara untuk menyatukan keluarga penulis yang juga pelbagai kaum. Yang untungnya ialah rumpun penulis di Semenanjung. Bukan sahaja terdedah kepada suasana acara tetapi menikmati kemudahan mutlak. Sedangkan, etnik penulis seperti saya tetap ketinggalan. Karya-karya penulis seperti saya masih mahal untuk diterbitkan di dada akhbar. Masih juga sikap prejudis berlaku untuk menerbitkan karya kami. Seorang editor masih menganggap dirinya sebagai Tuhan yang perlu disembah. Maka, saya amat mengalu-alukan konsep 1Malaysia diperhebatkan kepada warga penulis. Malah kepada badan berwajip. Ingat-ingatlah warga penulis seperti kami di Sabah dan Sarawak.

Pesta Gawai 1Malaysia?
Saya terkejut juga mendengar corong radio pada pagi ini (14.05.2010 – jumaat) yang mengatakan Pesta Gawai 1Malaysia.

Kembali merenung sejarah pesta gawai, sebuah upacara untuk masyarakat dayak yang dikongkongi sejarah keturunan. Pesta Gawai bukan sebarangan tetapi menurut adat, pegangan serta warisan keturunan. Malah satu upacara penyembahan yang besar maknanya.

Seperti juga yang dipertikaikan, apa maknanya Pesta Gawai 1Malaysia yang mahu diwal-walkan? Seeloknya pesta yang dimaksudkan jangan membunuh kebenaran upacara keturunan semata-mata untuk memperolehi keuntungan kepolitikan. Jangan sekali-kali meracuni keaslian detail pesta gawai. Masakan pantang larang dipecahkan! Masakan perbezaan tembok keturunan disatukan! Pesta gawai hanya untuk masyarakat yang menyambutnya. Pengunjung bernama tetamu tetap diterima sebagai mengeratkan perpaduan yang akhirnya menjayakan konsep 1Malaysia.

Sekali lagi diingatkan, biarlah Pesta Gawai untuk upacara keturunan. Konsep 1Malaysia tetap konsep penyatuan masayarakat seluruh negara.

PENCERAMAH BUKAN MURAHAN

Siapa penceramah? Mereka individu yang memiliki kelebihan daripada individu-individu yang lain. Mereka golongan yang profesional dalam satu bidang ilmuan yang mereka perolehi melalui pendidikan. Atau mereka manusia yang berpengalaman. Namun mereka tetap insan biasa.

Penceramah, pembimbing, fasilitator dan panel dalam sesuatu peraduan kebudayaan adalah murahan? Masalah ini harus dipandang serius oleh institusi, badan-badan kerajaan dan organisasi-organisasi yang sering menganjurkan sesuatu aktiviti berbentuk ilmiah mahupun kebudayaan. Atau bengkel sastera.

Apakah imbuhan yang mahu diberi kepada golongan profesional ini? Sebatang pen? Beg? Piala berbentuk kristal? Buku-buku? Ah, sagu hati yang remeh-temeh? Layak ke benda ini diberi kepada penceramah?

Rata-ratanya golongan cendikiawan ini kerap kali merajuk dan rasa marah kerana tugas yang diberikan amat berat kepada khalayak umum tetapi hadiah yang diterima adalah hadiah murahan. Malah penceramah, fasilitator dan pembimbing bengkel menyediakan kertas kerja yang agak baik. Mereka juga perlu mengkaji dan menyelidik untuk ceramah yang disampaikan. Mereka juga terpaksa mengorbankan masa sehingga sanggup mengambil cuti tanpa bayaran daripada majikan mereka. Malah sanggup datang dengan duit ringgit mereka sendiri untuk mengisi minyak kenderaan mereka. Tetapi apa yang mereka perolehi daripada pihak penganjur? Tetap juga sebatang pen, beg dan perkara remeh-temeh yang telah banyak mereka perolehi selama ini.

Pernah suatu ketika dulu seorang penceramah terkenal membalingkan hadiah berbentuk kayu di depan khalayak ramai semata-mata tidak berpuas hati dengan hadiah yang diberikan oleh pihak penganjur. Perkara ini telah gempar di seluruh tanah air sehingga pada hari ini keadaan telah berubah. Penceramah, fasilitator dan pembimbing sastera dan kebudayaan di tanah semenanjung diberi hadiah berbentuk wang ringgit sebagai ganti titik peluh mereka yang sanggup meluangkan masa membantu pihak penganjur. Pihak penganjur pula tanpa diberitahu, telah sedar bahawa sagu hati dan hadiah berbentuk wang adalah berbaloi sebagai balasan usaha golongan ini.

Di Sarawak juga berlaku. Adalah tidak adil jika pihak penganjur terus menjadikan pembimbing dan penceramah sebagai orang suruhan mereka tanpa bayaran sesen pun. Sedangkan penceramah dan pembimbing ini penat menyediakan kertas kerja semata-mata menuang ilmu dan pengalaman mereka demi audien. Bukannya senang mengkaji dan menyelidik sesutu bahan yang diinginkan. Malah golongan ini perlu mencari bahan lebih sehinga sanggup berbelanja bagi mendapatkan bahan-bahan mereka.

Di harapkan selepas ini, pihak penganjur harus memastikan apakah imbuhan dan sagu hati yang mahu diberikan kepada penceramah, pembimbing dan fasilitator. Pada hari ini wang adalah penting dan segala-galanya untuk kehidupan. Hadiah yang remeh-temeh dan lapok itu harus dihentikan. Pihak penganjur harus memikirkan perkara ini.

SEORANG KAWAN YANG TIDAK MAHU KALAH

Kawan bercakap besar. Bukan kerana kepala dia besar. Bercakap sombong dan ego kerana dia penulis. Mungkin kerana dia aktivis sastera, kononnya. Katanya akan menerbitkan karya pada tahun hadapan. Maka, tahun depan yang dinantikan adalah tahun ini (2010) tetapi karya yang dinanti tidak juga terbit. Saya bertanya mana karyanya, dia masih mengatakan tahun hadapan. Harap tahun hadapan terbit.

Saya jangkakan dia penulis besar atau aktivis sastera besar kerana dia bercakap besar. Kata nak memartabatkan itu, martabatkan ini. Kerja itu dan kerja ini demi bahasa dan sastera. Kata orang, kalau tidak ada buku, bukan penulis. Penulis adalah orang yang ada buku.

Kawan saya yang seorang berkata lagi, jangan bercakap besar seperti seorang pemimpin yang segelintirnya mengabaikan rakyat. Jangan seperti seorang hakim yang kes-kesnya tidak selesai juga. Jangan seperti seorang kawan saya yang suka sangat menyampuk tetapi tidak ada habuk pun hasilnya. Nak memartabatkan generasi sastera konon, tetapi mana kemajuannya. Malah kekusutan yang timbul.

Kawan, menulislah pada sebuah kertas yang boleh dijadikan buku. Duduk sambil pegang pen dan kertas. Kawan yang seorang ni, jangan menyampuk kata nak memartabatkan itu dan ini. Mana hasilnya. Awak sudah terlalu lama bercakap besar. Awak sudah terlalu lama di situ dengan cara menyingkirkan orang lain. Ingat, kita 1Msia.