PPN 4 BRUNEI 16-18 JULAI 2010



Pertemuan Penyair Nusantara pada 16-18 2010 Julai telah diadakan di Brunei. Peserta yang terlibat ialah, sekitar 60 dari Indonesia, 18 Malaysia, 5 Thailad dan 50 Brunei. Pertemuan ini telah menjadi igauan besar para peserta kerana banyak kenangan manis dan pahit dilalui.

Paling menjadi tuntutan ialah penginapan yang begitu menyeksakan. Program yang tidak terurus. Acara yang sekadar diadakan penuh membosankan. Ini menyebabkan tentang hebat peserta dari Indonesia yang tidak puas hati. Paling mengerikan apabila rasa tidak puas hati ditonjolkan di dalam dewan RTB.

Mungkin elok saya tidak jelaskan. Tetapi berharap PPN5 di Palembang lebih baik seperti yang mahu dituntut oleh semua pihak.

DAMA untuk siapa?


DAMA adalah persatuan penyanyi Dayak Sarawak yang masih muda. Sebagai penyanyi saya dan rakan-rakan menyokong penuh DAMA. Ini juga sudah semestinya akan memartabatkan industri Muzik di Sarawak.

Namun, DAMA untuk siapa sebenarnya? Apa maksud DAMA ditubuhkan. Semenjak penubuhan DAMA, tidak semua penyanyi yang terlibat. Tidak semua lagu penyanyi dilibatkan. DAMA masih kabur lagi dan apa peranannya kepada penyanyi.

Pernah didengari, sebuah lagu yang diregister akan dikenakan bayaran besar. Ini menunjukkan DAMA hanya mementingkan kewangan untuk menambung perbelanjaan. DAMA juga lebih membela nasib penyanyi di kawasan Selatan Sarawak. Ini memang tidak adil. Penyanyi di kawasan Utara Sarawak seakan dipinggirkan.

Nama DAMA kelihatan megah tetapi penampilan DAMA masih kolot. DAMA masih ketinggalan oleh LTI (Lagu Tebilang Iban) oleh RTM Miri. Juga masih ketinggalan penganjuran industri muzik Iban yang lain seperti radio cats.

Saya mencadangkan agar DAMA membuka cawangan di setiap bahagian. Libatkan seluruh penyanyi Iban di Sarawak. DAMA juga harus bertindak dalam membenteras cetak rompak. Dama harus membela penyanyi Iban yang dianiaya oleh syarikat rakaman. Kita tidak mahu DAMA bersorak besar tetapi tetap membela segelintir penyanyi yang mereka suka sahaja.

ORANG DALAM

Orang dalam memang penting dalam membantu menjayakan sesuatu. Barangkali setiap yang kita lakukan sebelum diluluskan, disandalkan kepada orang dalam. Sebarang urusan penting, mesti berjaya jika melalui orang dalam.

Namun, ada kalanya orang dalam memusuhi kita. Musuh itu pasti menjadi dendam. Dendam itu seperti dinding kebal sehingga apa yang kita hajatkan tidak kesampaian. Harap-harap kerja orang dalam akan diketahui sekali gus akan diadili. Biarlah hukumannya ringgan tetapi hukum pengetahuan orang awan akan lebih penting. Penting sekali kalau keadilan itu diadili Tuhan Yang Maha Esa.

Sehingga kini, saya dan rakan-rakan segan juga dengan orang dalam. Cuma berharap kematiannya akan diadili suatu hari nanti.

BAGAIMANA PERSATUAN PENULIS MANFAATKAN SASTERA DLM PLKN JIKA PENULIS BUKAN FASILITATORNYA.

Saya mahu merespon artikal (6 julai 2010-Selasa) di dalam Berita Harian yang dinyatakan oleh rakan saya sdr Abdul Hadi Yusoff yang mengatakan adalah elok Persatuan Penulis dan penulis secara keseluruhannya mendidik generasi muda akan sastera kerana hanya penulis (penyair, cerpenis, novelis) yang layak. Ini juga sekaligus akan melahirkan peserta berbakat dalam sastera dan budaya melalui pelaksanaan PPSB. jUGA, kerana penulis memang sudah dikenali.

Sekali lagi saya kagum dengan suasana PPSB di semenanjung yang rata-ratanya warga penulis dan penyair menjadi mentor fasilitator. Ini pasti menjadikan konsep sastera dan matlamat ppsb tercapai. Apa lagi pengalaman penulis memang sudah ternyata padat. Namun, alangkah disebaliknya yang berlaku di Sarawak apabila tidak ada penulis yang terlibat langsung (hanya sdr Poul Nanggang. Dapat dilihat bahawa penulis di Sarawak ditolak dan tidak dialu-alukan di dalam PPSB. Malah suara penulis di Sarawak diketepikan oleh semacam konspirasi yang dirancang. Apa lagi penglibat Persatuan Penulis, memang tidak diundang walaupun pernah persatuan penulis menolong sedaya upaya.

Suka tidak suka, fasilitator yang cetek pengalaman sastera digunapakai. Kerabat penulis hanya sebagai pendengar. Menurut rakan dari Semenanjung, kenapa di Sarawak berlaku di sebaliknya?

Saya memang menyokong bahawa penulis sahaja yang boleh melakukan yang terbaik kerana mereka menjiwai sastera. Mereka adalah pewaris sastera yang tahu selok belok yang sesuai sastera buat generasi muda.

MEMARTABAT BAHASA IBAN DI UNIVERSITI KONSEP SATU MALAYSIA


Berita Bahasa Iban menjadi satu subjek pembelajaran di Universiti diterima baik masyarakat Iban. Tidak dapat tidak bahawa betapa bangganya masyarakat majoriti Sarawak itu harus membuka ruang minda agar ilmu melalui bahasa Iban diterima luas. Mulai dari sekarang, kepastian pembelajaran telah terbukti. Maka, sudah tiba masanya masyarakat Iban menjadikan karya-karya Iban sebagai bahan bacaan.

Tidak dapat tidak, maka pasti juga masyarakat Iban tertanya-tanya apakah bahan yang disediakan untuk mereka? Siapa golongan yang menyediakan rempah pembelajaran berkenaan? Saya pembaca pertama yang sudah melihat beberapa modul lama yang tidak seharusnya terus digunakan lagi. Buku-buku lama berkenaan juga hilang standard dari sudut ilmu, bahasa dan keseluruhan isinya.

Sudah pasti juga kita mengambil kira penyedia bahan berkenaan harus diberi kepada generasi muda yang lebih tajam dan jelas pemikirannya. Dapat dilihat beberapa cendekiawan masyarakat Iban yang boleh menulis dan menyediakan komponen berkenaan. Kita juga menyeru agar pembesar (menteri) masyarakat Iban harus melibatkan diri. Perkara ini sudah lama diperhatikan yang penulis Iban tidak diberi perhatian. Penulis-penulis Iban tidak diberi bantuan. Malah tidak disokong dari sudut semangat dan sudut-sudut lain.

Kita seharusnya bangga apabila bahasa etnik sudah dimartabatkan menjadi satu komponen pembelajaran. Maka, pembesar masyarakat Iban harus membantu penulis bukan sekadar bercakap kosong semata-mata..

BICOL PEMARTABAT BAHASA DAN SASTERA?

Saya terperanjat juga dengan sebuah simposium memartabatkan bahasa dan sastera. Pada simposium itu tidak kelihatan pun seorang penulis, malah pembentangnya pun bukanlah tokoh bahasa dan sastera.

UITM Sarawak sebagai pihak penganjur, mungkin tutup mata tidak mengundang penulis tempatan. Apa yang UITM mahu martabatkan? Ingin juga kita melihat manakah karya sastera dan budaya yang pernah UITM terbitkan. Sebagai penulis di negeri ini, kita rasa terkilan juga kerana tidak dijemput. Malah DBP Cawangan Sarawak tidak terlibat langsung. Di Mana pula kedudukan PUTERA (Persatuan Penulis Utara Sarawak)? Malah kemungkinan PERKASA juga dijemput.

MEMBACA CERPEN ...PETI KACA DI YIIB

Salam buat rakan-rakan sastera.

Membaca ruangan Yang Indah Itu Bahasa cerpen ... Peti Kaca (terlupa judul) pada 7 Jun 2010 di Utusan Borneo, menjadikan saya sekali lagi terfikir. Pertama, saya mengandaikan karya-karya yang terbit mesti yang indah bahasanya. Kedua, karya yang terbit mesti baik jalan ceritanya. Ketiga, mesti penulisnya yang sudah dikenali. Dan yang terakhir, kekuatan bahasa karya-karya yang terbit di ruangan YIIB.

Sebelum membuat rumusan terhad, saya memohon maaf. Bukan maksud saya merendahkan pihak yang menguruskan ruangan ini tetapi semata-mata mahu menyampaikan rasa terguris. Karya yang terbit pada 7 Jun 2010 berkenaan cukup lemah dan cukup tidak sesuai untuk ruangan YIIB.

Saya ketawa sendiri bila membaca cerpen berkenaan yang bahasanya sangat teruk. Jalan ceritanya amat berterus-terang. Membaca cerpen berkenaan dari awal, kita sudah tahu apa kandungannya yang sebenarnya. Saya rasa, cerpen berkenaan juga masih tidak layak diterbitkan di dada Wadah Bahasa dan Sastera di ruangan Utusan Sarawak.

Bayangkan seandainya Dr Jeniri Amir membacanya. Sdr Jais Sahok juga membacanya. Mungkin seluruh warga sastera di Sarawak membacanya. Apa pandangan mereka? Saya rasa sudah tentu para aktivis sastera inginkan karya yang terbit itu yang terbaik dari karya kita. Bagi saya, saya semestinya mahu karya yang terbaik dari karya saya yang terbit di YIIB.

Sekali lagi saya memberi pandangan, biarlah karya yang terbit di YIIB adalah karya yang indah bahasanya, jalan ceritanya, dan yang benar-benar Yang Indah Itu Bahasa.