SEEKOR ULAR BESAR MELINGKAR DI DADA BANTAL

Menggelunsur ia dari sudut rimba
meredah paya kaya harta
lalu ditelan buah mutiara
dibelitnya pohon pinang ekonomi
ia tidur berdengkur
dengan mimpi indah.

Menggelunsur ia melalui tengah kota raya
meredah dataran megah Putra Jaya
lalu mengenali seekor merpati cantik
dikasihi penuh cinta abadi
di kamar,
ia melingkar di dada bantal
tidak sedar sisik bertukar pudar.

Menggelunsur ia kian berani
kononnya memimpin ke arah demokrasi
empayarnya belukar
akan dibina litar lumba para ular besar
kemudian rimba akan dipeta
dibina istana cinta
pusat pemerintahan puaka
muzium rahsia.

Seekor ular besar melingkar di dada bantal
dengan dada berdebar-debar
antara menang dan gagal
akhirnya tak sedar

1 comment:

dahirisaini said...

hai geng, pakabar u? hrp sihat, baruk ari tuk i pegi blog u dan ada keaktifan, mundah kaku bisu jak... jangan lupa mdah if ada projek k, salam.