BAGAIMANA PERSATUAN PENULIS MANFAATKAN SASTERA DLM PLKN JIKA PENULIS BUKAN FASILITATORNYA.

Saya mahu merespon artikal (6 julai 2010-Selasa) di dalam Berita Harian yang dinyatakan oleh rakan saya sdr Abdul Hadi Yusoff yang mengatakan adalah elok Persatuan Penulis dan penulis secara keseluruhannya mendidik generasi muda akan sastera kerana hanya penulis (penyair, cerpenis, novelis) yang layak. Ini juga sekaligus akan melahirkan peserta berbakat dalam sastera dan budaya melalui pelaksanaan PPSB. jUGA, kerana penulis memang sudah dikenali.

Sekali lagi saya kagum dengan suasana PPSB di semenanjung yang rata-ratanya warga penulis dan penyair menjadi mentor fasilitator. Ini pasti menjadikan konsep sastera dan matlamat ppsb tercapai. Apa lagi pengalaman penulis memang sudah ternyata padat. Namun, alangkah disebaliknya yang berlaku di Sarawak apabila tidak ada penulis yang terlibat langsung (hanya sdr Poul Nanggang. Dapat dilihat bahawa penulis di Sarawak ditolak dan tidak dialu-alukan di dalam PPSB. Malah suara penulis di Sarawak diketepikan oleh semacam konspirasi yang dirancang. Apa lagi penglibat Persatuan Penulis, memang tidak diundang walaupun pernah persatuan penulis menolong sedaya upaya.

Suka tidak suka, fasilitator yang cetek pengalaman sastera digunapakai. Kerabat penulis hanya sebagai pendengar. Menurut rakan dari Semenanjung, kenapa di Sarawak berlaku di sebaliknya?

Saya memang menyokong bahawa penulis sahaja yang boleh melakukan yang terbaik kerana mereka menjiwai sastera. Mereka adalah pewaris sastera yang tahu selok belok yang sesuai sastera buat generasi muda.