MASUK VOKAL UNTUK ALBUM KEDUA

Mencuba bakat untuk album kedua. Tetapi saya bengang juga dalam memilih dua judul untul albam ini. Nak pilih NUAN DISANGKAR JANJI atau TUNGGUL-TUNGGUL PENGINGAT. Untuk mengeluarkan album kedua ini, dalam masa yang sama menerbitkan album kompilasi album puisi bersama sdr Abizai penyair besar negeri Sarawak dan dengan sdr. Poul Nanggang, penulis besar Sarawak. Lagu dalam album telah siap dan kami akan masuk vokal tidak lama lagi. Buat peminat, tunggullah double album saya bakal berada di pasaran.
Terima kasih kepada warga SMK Dato Permaisuri Miri kerana menjemput saya melancar dan merasmikan minggu bahasa baru-baru ini. Saya percaya bahasa dan sastera di sekolah ini teguh memanjat jiwa murid dan guru-guru yang perhati.