MENULIS CERPEN NI TERPAYAH DALAM HIDUP

Sudah dua minggu saya menulis cerpen ini. baru sahaja siap dan melalui lima hari proses pengeditan. Alangkah payahnya. Saya cuba gabungkan budaya keturunan, pantang larang dengan konsep kemodenan sains. Ya melibatkan proses pembuangan kuasa luar biasa dan cuba diatasi dengan proses perubatan moden. Ceritanya, manusia kena jangkitan virus sehingga terbentuk kuasa luar biasa manusia yang tidak masuk akal sehingga manusia itu berada dalam monolog diri.

Payah juga, aku terpaksa membuka buku biologi. Kena lihat sikit buku fizik tingkatan enam untuk mendapatkan simbol sesuatu. Aduh baru siap. Harap dapat hantar sebelum tarikh peraduan dekat..