CATATAN SEPANJANG LALU HINGGA KINI

FESTIVAL PUISI ANTARABANGSA, SARAWAK PADA 9-12 NOVEMBER 2008

Saya telah dijemput mesyuarat oleh Pejabat Residen, termasuk Timbalan Pengarah DBP Cawangan Sarawak, sdr. Abang Padeli Abang Muhi. Festival kali ini melibatkan pemuisi dunia seperti Supardi dari Indonesia, Naowarat Phongphaibun Thailand, Djamal Tukimin Singapura, V.I Braginskiy Rusia, Cai Jiwcheng Cina dan Hj Mohd Amin Hassan Brunei. Penyair Malaysia akan diwakili SN A. SAMAD SAID, SN Muhammad Haji Salleh, Dr. Siti Zainon, Dr. Lim Swee Tin, Rajeswari. Dari Sarawak pula akan diputuskan oleh DBP Sarawak dan dari Sarawak Utara pula ditentukan oleh PUTERA. Sudah ditentu sdr ABIZAI, Poul Nanggang dan saya sendiri sebagai sekreatariatnya. Harap juga penulis lain di Sarawak turut bersama.

Festival ini memakan waktu lima hari. Perjalanan dengan dari Miri dengan bas ke Gua Niah memakan waktu dua jam. Semua pemuisi akan menulis puisi dan para penulis akan berkampung di Taman Negara Niah. Perasmian festival ini akan dibuat oleh Menteri KEKWA.


PERKAMPUNGAN SASTERA SARAWAK

Perkampungan penulis Sarawak kembali dan dilakukan di bumi Mukah. Nama perkampungan agak besar tetapi suasananya sedikit malap kerana didatangi generasi baru yang mula berjinak-jinak dengan sastera. Sayang sekali kerana para penulis Sarawak di diundang, sekalipun diundang tetapi menggunakan bajet sendiri. Memang kita tercari-cari Jong Chian Lai, Awang Pengiran Merali, Jais Sahok, Kumpulan API, Dr Idris Baoi,Lauren Atot, Douglas Jaga, Radzemah Bolhasan, dan nama-nama lain. Mungkin pihak penganjur ada jawapannya.


MESYUARAT AGUNG GAPENA

Mesuarat Agung Gapena sekali lagi mencatat sejarah tersendiri apabila Tan Sri Ismail Husein ditentang oleh sdr Amirudin Ali. Juga telah berlaku salah faham sehingga fakta fitnah tersembur di mulut Tan Sri. Namun saya menghormati kemenangan Tan Sri kerana Tan Sri memang gah dan gagah sebagai pemimpin sastera ulung di Tanah Melaya ini. Tan Sri masih menjadi pemimpin idola GAPENA tetapi harus membuat perubahan drastik untuk memenangi hati badan kerabat di seluruh Tanah Air. Apa kata aktivis sastera dan budaya serta rakan-rakan sekalian?

Namun beberapa perkara tidak masuk akal terus dipersoalkan. Malah beberapa fakta disangkal kerana tentangan itu, namun Tan Sri masih mendapat sokongan ramai. Tan Sri terus menjadi Raja bagi memimpin Persatuan Penulis Tanah Air termasuk kami di Sarawak dan Sabah.

SELAMAT KEMBALI DAN MAAF BERDIAM DIRI

Salam sejahtera dan selamat bertemu kembali rakan-rakan sekarabatku. Saya minta maaf kerana tidak berinteraksi bersama rakan sekalian. Selama ini saya berenang di lautan pembelajaran. Saya memanjat langit yang tiada pucuknya. Ya, seperti insan lain, saya sibuk dengan pelajaran dan kerja-kerja amal.
Harap maklum, amat lambat saya bekarya dan hanya boleh menulis puisi dan cerpen. Syukur juga kerana tahun lepas saya hanya boleh menyiapkan lapan buah cerpen dan semuanya berjaya diterbitkan. Pada tahun ini, saya hanya telah menyiapkan lima buah cerpen dan sedang menyambung kembali Novel MARLINA YANG PALING...
Kini, semangat saya kembali kuat. Saya sedang menyiapkan beberapa buah novel yang entah akan dihantar ke mana nanti. Buat sdr Rozlan Mohamad Nor, berjuta maaf kerana tidak memperbaharui blog ini. Sudah pasti saya akan bersama rakan-rakan semua. Kepada sdr Dahiri Saini, anda semakin hebat dan sudah mempunyai empayar sendiri sehingga mendapat sambutan hebat. Buar sdr Saiee Dris, Maaf juga kerana kekurang bahan di blog saya.