NASIB PPSMI AMAT MERESAHKAN

Saya mengikuti perkembangan politik tanah air. Politik yang berlaku di Perak sehinggalah perkembangan pemilihan pucuk pimpinan UMNO yang Agung itu. Perkara pertama yang saya nantikan apabila disentuh tentang PPSMI yang saya rasa pada suatu hari nanti akan mengubah keadaan. Namun, kerajaan tetap teguh mempertahankan PPSMI dan masyarakat pula tunjuk-menunjuk antara satu sama lain. Kerajaan pula keliru dan terus keliru sehingga berdebat secara membabi buta tanpa arah.

Alasannya untuk mempertahankan PPSMI, masyarakat Malaysia harus sedar dan harus memiliki ilmu yang lebih global sehingga hidup seperti robot yang tahu segala-galanya. Dalam hal ini, saya amat risau akan batasan yang dituntut itu akan membunuh budaya Malaysia. Paling meruncingkan pada suatu ketika nanti bahasa Malaysia akan menjadi sampah sehingga tanda keramat Bahasa Malaysia tenggelam ditindih bahasa eropah. Ini sudah berlaku pada masyarakat kita apabila kita diserang oleh kecanggihan IT PADA hari ini. Anak-anak muda kita telah lemas di siber cafe yang TUMBUH BAGAIKAN CENDAWAN yang kerajaan sediakan. Bertambah buruk lagi apabila ada individu mengambil kesempatan dengan membuka pintu rahsia kepada generasi kita agar hidup berfoya-foya di padang ruai siber rumah mereka.

Bahasa SMS menjadi rojak. Bahasa dalam industri lagu hanya seperti roti ditelan tanpa kita sedar roti itu busuk. PPSMI terus menjadi keutamaan apabila bahasa Malaysia dipinggirkan oleh institusi tinggi. Contohnya, Universiti Terbuka Malaysia telah menukarkan bahasa Melayu kepada bahasa penjajah. Ini beul-betul satu penindasan rakyat kita kepada bahasa sendiri.

Paling keji, bangsa kita yang gilakan politik sudah pandai menentang raja yang kita amat sayangi. Raja adalah payung kesejahteraan dan lambang segala-galanya di Malaysia. Kesan dari PPSMI itu menunjukkan hak raja kita dirampas. Sedikit sebanyak perlembagaan diubah walaupun pekara 152 ternyata kukuh. Keranda 152 seperti sudah dikebumikan dan hak bahasa Melayu diketepikan apabila dapat kita lihat iklan pekerjaan mengutamakan bahasa eropah.

Bahasa Melayu adalah lidah kita pada masa dahulu. Masyarakat kita bersatu dibawah satu bahasa. Masyarakat kita menjalinkan hubungan melalui satu bahasa dengan ada ribuan buah sekolah ujud. Namun, sekolah-sekolah lambang satu bangsa sudah dipertikaikan. Institusi pula sudah lupa akan bahasa Melayu. Semata-mata inginkan ranking baik di mata antarabangsa.

Namun, saya amat bangga dengan negara Korea, Jepun, Cina yang masih sayangkan bahasa mereka. Mereka tetap megah dan maju dan lebih global ilmu dan pemikiran mereka. Negara ini juga pencetusan seseuatu ciptaan yang terkenal. Saya, sebagai masyarakat Malaysia tetap masih menyayang bhs Melayu. Tetap mengharapkan ada pihak lain muncul untuk mengembalikan bhs Melayu seperti dulu. Bukankah ada kaedah lain untuk mempelajari bahasa inggeris agar kita berfikiran global tetap jangan mengorbankan subjek sain dan matematik yang amat mudah dipelajari dalam bahasa Melayu.

Melalu blog ini, saya tidak berniat memburukkan pemimpin dan kerajaan yang cukup saya sayangi. Cuma, jangan pertarungkan nasib bahasa Melayu sehingga jenerasi kita bertukar rupa seperti bangsa eropah yang hilang amalan, adat dan agama Malaysia.