APABILA SAYA JADI JURU HEBAH RADIO


Salam sejahtera rakan-rakan sekerabat. Anda semua jangan terperanjat apabila saya akan berke-udara di radio Miri. Bagi pengetahuan semua rakan-rakan, saya akan menjadi juru hebah untuk program SEMBANG RANDAU SASTERA UTARA di RTM MIRI bermula 5 April 2009 dan tiap-tiap malam Ahad, jam 8-9 malam.

Pesan, saya berharap sangat pertolongan rakan-rakan semua agar menyusulkan sebarang berita tentang sastera, bahasa dan budaya. Ingin sangat saya berkongsi perkembangan sastera anda untuk saya hebahkan. Pada hari pertama, saya akan berbual secara langsung dengan Prof Dr. Lim Swee Tin melalui Telepon. Minggu kedua akan bersama tokoh tinggi Lampai, Sdr Abiza dan kemudian bersama tokoh besar, sdr Poul Nanggang. Minggu-minggu seterusnya, saya akan pertimbangkan beberapa tokoh bagi mengisi ruangan ini.

Objektif Program Ini.
Memperkatakan ataupun menggambarkan isi, persoalan dan latar masyarakat penulis di Utara Sarawa selain mempertemukan penulis hebat tanah air. Sastera dan penulisan pada amnya dapat dijadikan sebagai jambatan budaya dan penghubung antara pelbagai suku kaum, golongan masyarakat dan daerah serta wilayah. Memungkinkan sastera dibenihkan kepada para pedengar seantro utara Sarawak. Serta perkongsian sastera melalui komunikasi bersama dalamn memupuk minat generasi pada zaman ini.