kumpulan cerpen RAJA TAWANAN akan terbit

Salam buah selasih buat teman-teman penulis. Ah, begitu lama saya menyepi diri hingga blog ini kosong. Maklumlah saya begitu sibuk dengan tugas harian di pejabat. Paling ketara kerana sibuk apabila saya melibatkan diri dengan dunia baru setelah kecewa dengan masalah dalam dunia penulisan. Atas nasihat dan sokongan rakan-rakan yang prihatin, saya bangkit dengan semangat baru yang lebih membara. Dokongan kuat rakan-rakan menjadikan saya sedar dari lemas yang lama. Syukur kerana beberapa buah karya bakal terbit.

Kumpulan cerpen (judul - RAJA TAWANAN) saya, yang mengandungi 21 buah cerpen bakal terbit tidak lama lagi. Terima kasih kepada En. Shukri yang menguruskan kumpulan cerpen ini dengan begitu jayanya. Saya memerhatikan 3 buah ilustrasi muka depan buku saya itu, semuanya cantik. Terima kasih banyak buat puan (ketua jabatan penerbitan) kerana menyarankan 3 buah novel saya untuk dihantar dan dinilai. Saya akan menyusul novel berjudul RAJA TAWANAN SANG PUTERI, MARLINA YANG PALING... dan sebuah lagi yang saya rahsiakan judulnya.

Terima kasih juga atas terbitnya Antologi MEMANJAT LANGIT kerana telah berjaya terbit. Syukur juga kerana sebuah cerpen saya daripada dua yang diterbitkan kerana terpilih sebagai judul buku berkenaan walaupun pada mulanya dinilai/dihalang untuk menjadi judul antologi berkenaan.

Seperti mana yang saya pernah nyatakan dulu dan sekarang, saya akan terus menulis. Walaupun saya sedang sibuk menyiapkan album kedua (lagu iban)namun saya tetap menyintai bidang penulisan. Rezeki saya bertambah apabila saya berhasrat untuk mengarah sebuah filem atas syarikat saya sendiri. Sekali lagi rasa syukur, bidang perfileman lebih menjadikan saya serius menceburkan diri dalam dunia sastera. Buat rakan-rakan nantikan album kedua saya. Juga nantikan hasil karya/arahan saya dalam dunia perfileman.