Ini ketika saya diberi ruang berucap mewakili parti SPDP dan sebagai DUTA BN sebelum Pilihan Raya -13 tahun 2013.

Tiga perkara yang saya sentuh, penting dalam parti, seperti berikut;
1. Perpaduan
2. Kerjasana yang erat
3. Tabah dan bersabar

Kemudian saya menyingkap dengan kata-kata keramat..
MAJU AYUH MAJU
CANTAS PARTI DAP
MARA AYUH MARA
PKR KITA LENYAP

Kata-kata keramat itu tetap kuat. Parti pembangkang hanya menang 6 kerusi dari 31 kerusi parlimen. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakyat yang memberi sekali lagi peluang BN memerintah negara Malaysia.

PRU-13 SAINGAN SENGIT DI BANDARAYA MIRI

Saya bersebelahan calon. Dato Sebastian Ting dari BN wakili parti SUPP.

Saya sudah bertungkus lumus melakukan strategi dan pacuan bagi kemenangan BN di Miri, namun BN tetap kalah kerana beberapa faktor dalam negeri. Pertama, para pengundi tidak menyukai KM dan kesannya calon yang baik akan tewas di bandar seperti Miri. Kedua, isu setinggan dan isu perkauman amat tebal yang dimainkan oleh pihak pembangkang.

Maka, saya berharap calon PKR, Dr. Teo akan menyelesaikan isu setinggan di Pujut dan isu perkauman yang dikatakan sangat mencengkam di Miri. Lima tahun (2013-2018) kita mahu bukti isu ini terhapus dan akan menjadi baik sebagai padang perpaduan.