BERMANTERA DI SHAH ALAM


Ini pertama kali saya membaca mentera di sebuah pusat membeli-belah yang besar di Shah Alam Selangor. Pada mulanya saya agak kaku dan gementar tetapi semangat keIbanan berkobar-kobar, apa lagi bila disarung oleh topi keramat bangsa kenyah, dalam masa yang sama dialuni oleh petikan sape oleh saudara Joseph Balan menjadikan saya berjaya juga membawa mantera Iban.

Sambil diperhatikan oleh ribuan pengunjung di sekeliling, saya memberanikan diri bermantera KERANA pada waktu malam, saya pula akan menayangkan ngajat dan sekali lagi membaca mantera di depan pembesar dan kerajaan negeri Selangor. Inilah kenangan manis saya.

WAJAH DUA RAKAN DI WARTA GAPENA



Gambar ini diambil oleh Tan Sri Ismail Husein ketiba berada di Miri dulu. Ia perbincangan bagi menjayakan sebuah festival pelbagai kaum Malaysia.

Ini adalah sebahagian wajah peribumi yang cuba mengangkat dan memartabatkan sastera dan budaya yang ketika ini penuh dengan rintangan. Namun, anak peribumi ini cuba bergerak bebas di lorong-lorong yang tersekat sehingga sesekali tercabar. Ada kalanya dihalang sehingga pernah disiasat walaupun tidak pernah sekali pun membuat kesalahan.

Dalam kebenaran itu, mereka tertanya-tanya di mana dasar DEMOKRASI NEGARA ini?