SEPERTI BUKAN BENGKEL PENULISAN


Alkisah yang sang Ungas kirimkan berita kepada saya baru-baru ini amat mengejutkan dunia pembengkelan penulisan. Pelik tapi benar. Selalunya pilihan raya berkempen. Namun, bengkel penulisan juga ada kempen yang hangat.

Penulis Muda perlukan ilmu dalam memartabatkan karya mereka. Pembengkel pula harus seorang yang cendikiawan dalam proses transformasi ilmunya kepada penulis yang dibimbing. Persoalannya: Apakah ilmu bekarya yang pembengkel tuangkan kepada penulis sampai? Siapakah pembengkel dalam genre yang didedahkan kepada penulis? Tepatkah pembengkel berkenaan buat pelajarnya?

Baru-baru ini, memang cerita bertiup pantas yang mengatakan seorang pembengkel bukan sepenuhnya membengkelkan pelajarnya tetapi lebih memberikan kempennya dengan memburukkan penulis lain. Memang pelik! Katanya, jangan seperti penulis itu! Jangan seperti penulis ini! Tambahnya lagi, jangan jadi penulis yang suka menegur! Jangan jadi penulis yang melawan!

Lewat blog ini, memang elok saya berkongsi dengan perenung blog saya. buat penulis muda, gunakan ruang bengkel untuk menuntut ilmu. Menuntut ilmu agar jadi matang! Menimpa ilmu agar jadi boleh menghasilkan karya bermutu dengan jenama diri kita sendiri! Menimpa ilmu dengan mencontohi penulis-penulis yang sudah berjaya. Menimpa ilmu dengan mengagungi penulis contoh anda. Menimpa ilmu dengan pemikiran yang tidak boleh diracuni.

Apa yang memilukan, apabila pembengkel berkenaan berceramah dan kemudian memburukkan nama penulis lain kepada penulis yang dibengkelkan. Apakah penulis harus diracuni dan dikongkongi dengan pekara ini? Apakah penulis harus menidakkan tanggungjawabnya untuk menjadi penulis yang matang? Sebagai pembengkel, pekara ini harus tidak timbul. Mengapa harus menjadikan penulis lain memusuhi penulisan yang lain. Malah ini memburukkan lain nama penulis itu sendiri. Inikah budaya seorang pembengkel yang dikenali?

Sebagai pembengkel, ilmu yang kita miliki itu haruslah disampaikan kepada bakal penulis. Kita bina penulis muda dengan matlamat yang kita tetapkan. Kita bina penulis seelok yang mungkin dlm bidang berkenaan. Jika ingin maju sebagai pembengkel, tidak perlu berbuat begitu. Tidak perlu diracuni sikap dan sifat buruk kerana sifat itu akan menjadi acuan kita pada mata orang. Buat pembengkel yang dihormati itu, anak murid kita akan percaya jika kita percaya yang kita sampaikan itu betul. Anak murid kita tidak akan percaya sampai bila-bila kalau apa yang kita sampaikan itu racun semata-mata.

Saya tidak percaya kalau seorang bercakap tetapi ramai orang yang mengatakan isu ini. Demi yang berkuasa, ini kisah benar.