SASTERA SATU MALAYSIA?


SATU MALAYSIA
Rentetan seminggu ini, iklan Satu Malaysia telah diperkatakan begitu hebat oleh pemimpin kita. Paling dipanjangkan apabila penulis blog diseru agar "Satu Malaysia" menjadi bahan tulisan di dalam alam maya masing-masing. Saya sedar bahawa Satu Malaysia melalui politik telah diperhebatkan apabila Tan Sri Datuk Najib mengambil alih kerusi No.1 sebagai Perdana Menteri Malaysia. Tahnian PM baru yang disayangi.

Memikirkan Satu Malaysia, saya masih merenung kebenaran yang diterima seluruh masyarakat berbilang kaum di Tanah Malaysia tercinta ini. Saya sedar bahawa Satu Malaysia ini satu kaedah untuk kesenangan bangsa Malaysia. Bukan sahaja boleh menikmati ekonomi bersama malah menerima pembangunan dan kemajuan setaraf. Malah berkongsi kemudahan bersama. Melakukan satu tugas bersama. Termasuk memberi idea bersama.

SASTERA SATU MALAYSIA
Berbalik kepada isu sastera tanah air, yang begitu hebat isunya setelah PPSMI yang dibualkan pelbagai cerdik pandai. Juga, baru-baru ini inisiatif kerajaan akan menterjemahkan karya-karya negara asing dalam bahasa Malaysia bagi mencukup tahap pengeluaran buku yang dikatakan lembap. Saya tertanya-tanya apakah dengan kemasukan karya hebat ini akan berjaya membentuk satu Malaysia. Memang ada baiknya kerana pembaca dan penulis Malaysia boleh berkongsi resipi dengan bahan yang dituli oleh penulis popular asing.

Di mana letaknya jenama Penulis Pelbagai Kaum yang telah lama dianjurkan saban tahun sebelum ini, apabila Sastera Satu Malaysia disarankan? Atau masih terus terlibatkah penulis-penulis etnik ini dalam penganjuran raksasa di peringkat arus perdana? Atau terus terpinggir apabila jenama Pelbagai Kaum dilenyapkan?

SATU KERJASAMA SATU MALAYSIA?
Satu kerjasama? Saya masih ingatkan satu perkara dalam kehidupan dalam satu program yang harus saya tidak boleh sebutkan di sini. Jarang sekali kita boleh bekerjasama apabila kita tidak sependapat. Jarang sekali kita ingin berkongsi idea dan ilmu apabila melakukan satu tugas. Selalunya kita tidak mahu menerima pendapat orang lain. Kita tetap mengatakan yang kita betul. Kita tetap mengatakan yang kita merangka pelan itu dengan cara yang betul. Tetapi kita tidak pernah terlibat dalam kerja yang kita suruh orang lain lakukan. Maka, kita bukan membentuk satu pendapat. Kita bukan bekerjasama! Maka kita masih belum Satu Malaysia walaupun kita sama tinggal dalam Satu Malaysia. Tetapi saya tetap mengatakan kita Satu Malaysia kerana kita diberi oleh kerajaan kebebasan yang kebebasan itu kita seakan sekat.

SATU DRAMA DALAM SATU MALAYSIA.
Kita banyak tontoni filem keluaran Malaysia. Terlalu sukar untuk dinilai kerana banyak plot dan jalan cerita yang berbeza. Jalan cerita dalam filem-filem kita terlalu ditunjangi unsur perasaan dan idea serta propaganda penipuan sehingga filem kita itu bukan budaya kehidupan kita yang sebanarnya. Memang ya sekadar hiburan untuk melakukan keuntungan. Itu kerja perfileman. Balik kepada sebuah kisah benar (dlm sebuah program raksasa),kepada Satu Drama ini, memang pahit untuk dilalui kerana drama yang mereka cipta akhirnya mengorbankan ramai orang yang tidak bersalah. Sebagai rakyat Malaysia yang ingin membentuk Satu Malaysia, drama ini tidak elok diteruskan dan tidak elok disandal kepada pemegang projek itu sampai bila-bila kerana ia sudah tidak sihat untuk perpaduan. Usah saya sebut program berkenaan. Ia hanya drama sahaja!