SASTERA KIAN KOTOR

Seabagai penulis memang kita inginkan karya kita muncul dan terbit di dada-dada akhbar dan majalah tetapi sejauh mana karya kita akan terbit walaupun kita dikatakan hebat. Dunia sastera juga dunia politik yang dikrononi oleh pihak-pihak tertentu. Sastera pada hari ini adalah sastera janji kosong. Sastera memilih krononi tertentu/ Lalu saya sempat menemuduga seorang rakan penulis yang pantas mengatakan begini "Jaya, sastera pada hari ini sastera poltik yang boleh membunuh penulis seperti kita. Kalau editor itu kekal maka karya kita tidak akan muncul. Editor itu akan tetap memilih karya rakan-rakanya walaupun karya kita hebat." Saya tersenyum sahaja. Seorang rakan dari Kuching pula membuat ulasan sebegini "Bukan sahaja editor si semenajung pilih kasih, di Sarawak juga sedemikian rupanya. Rumah saya hanya di sebelah sahaja dan kerap saya menghantar karya tetapi tidak juga diterbitkan." Saya masih mengharapkan konsep 1Malaysia itu baik tetapi konsep itu seperti jenama semata-mata. Mungkin elok juga disusulkan satu surat rasmi kepada PM agar Sastera 1Malaysia juga diamalkan. Bukan apa, kita juga mahu karya kita harus diterbitkan jika mahu nasib penulis bukan Melayu dibela. Apa gunanya terlalu banyak aktiviti sastera perdana dianjurkan hanya untuk kelompok yang sama, penulis etnik dari negeri seberang tetap juga ketinggalan. Nama aktiviti bukan main besar dan aktiviti mencakupi 1Malaysia tetapi apakah penulis betul-betul 1Malaysia terlibat sama. Janganlah meminta bajet besar hanya untuk persatuan semata-mata tetapi penulis tetapi juga tidak dibiayai.