PERMAINAN PERLANTIKAN FASILITATOR ppsb KEMBALI LAGI

Salam sejahtera semua. Berat juga saya ingin mencatatkan perkara ini dalam saya dialuni kesibukan yang amat sangat. Namun, kerana terlalu diperkecil dan rasa dipermainkan, saya terpaksa menggunakan blog sebagai membalas balik hujahan pelbagai pihak dalam perkara yang sebenarnya.

Saya pernah menerima surat lantikan sebagai fasilitator pada February lepas tetapi tidak disenaraikan. Entah kenapa? Saya tidak pernah dihubungi tetapi telah diberitahu oleh rakan-rakan bahawa telah timbul masalah teknikal yang melibatkan masalah pengurusan. Lalu saya menyusulkan warkah tidak puas hati. Saya putuskan, usah dihantar lagi surat lantikan jika tidak menyenaraikan nama saya. Saya sangkakan perkara ini selesai di sini sahaja. Kemudian, pada minggu pertama bulan Mei 2009, saya sekali lagi menerima surat lantikan. Saya tetap membalas dan menerima perlantikan kerana saya ikhlas ingin berhkidmat. Saya seorang aktivis sastera dan budaya. Sastera dan budaya adalah nadi utama saya. Namun, perkara yang paling mengecewakan saya, apabila disuruh membuat surat memohon maaf jika mahu diserapkan. Apa dalih ini?

Wauuuu! Ini satu penghinaan yang paling besar buat saya. Ini satu gurauan yang begitu tidak sopan terhadap saya. Ini satu cercaan yang amat merendah-rendahkan saya yang kemudian dibuat seperti mainan semata-mata. Saya dihubungi seorang rakan dari Bintulu, maka saya putuskan, tolong jangan senaraikan nama saya. Seorang rakan mengatakan, pihak projek memang mempermainkan anda. Mungkin juga pihak berkenaan menguji kewibawaan anda yang sengaja membalas balik kritikan baik anda dulu. Kalau pihak berkenaan ikhlas, sudah tentu mereka menghubungi anda. Namun, saya tetap bersabar dan tidak mengambil sebarang tindakan. Cuma di ruangan ini saya noktah peristiwa peribadi saya.

Namun, saya tidak mempunyai niat yang kurang baik untuk memburukkan sesiapa pun. Saya tidak berpuas hati walaupun pernah berkali-kali saya ulangi, agar tidak menghantar surat lantikan jika tidak seikhlas hati senaraikan saya seperti dulu. Untuk makluman pengunjung blog ini, luahan ini bukan untuk memburukkan mana-mana pihak malah projek ini tetapi sebagai menyedarkan semua pihak bahawa jika melakukan keputusan haruslah secara rasmi dan professional. Usah dengan alasan yang boleh menimbulkan rasa tidak puas hati. Kalau merasa pihak itu diperlukan, alangkah baik diserapkan tanpa disusuli dengan banyak alasan.

Bagi ketentuan lebih lanjut, sila bubuhkan komen anda atau menghunbungi saya. Nasihat dan pesanan saya, jangan katakan luahan di blog ini sebagai satu unsur berniat jahat atau buruk. Ia luahkan saya bagi membetulkan keadaan kerana tidak ada ruang lain untuk saya menyampaikan rasa terkilan saya. Saya berharap selepas ini tidak akan timbul sebarang tawaran yang mengelirukan. Untuk rakan-rakan fasi yang lain, teruslah berkhidmat sebagai mungkin kerana pihak kita didik adalah generasi yang memerlukan didikan sempurna untuk mengenali erti budaya Malayisa. Sebagai pesanan terakhir, jadikan projek ini satu projek satu Malaysia. Jadikanlah bangsa kita satu Malaysia.