SATU KEMBARA YANG INDAH

Pada 6 Mei 2009, saya kembara ke seluruh Sarawak cuma tidak mengunjung bahagian Limbang dan Kapit. Kembara Album Kempang Mati yang baru dilancarkan ke seluruh RTM seluruh Sarawak termasuk Cats FM. Rasa bersyukur kerana sambutan album berkenaan begitu baik.

Saat-saat yang cukup indah apabila kembara itu saya dapat menemukan rakan-rakan lama malah menemui insan luar biasa. Buat masa ini, album Kempang Mati belum lagi disusulkan ke pasaran. Saya hanya inginkan corong radio di Sarawak mengudarakan album berkenaan terlebih dahulu. Biarlah para pendengar merinduinya terlebih dahulu. Yang saya pasti album berkenaan dirindui kemudian bila saatnya sudah tiba, baharulah jualan akan disusul.

Saya mengharapkan juga sokongan rakan-rakan agar mendapatkan senaskah. Kemudian bolehlah menilai suara saya, bahawa saya bukan sahaja boleh melahirkan bahan-bahan tulisan malah melahirkan album seni suara. Salam buat semua.