KETUANAN MELAYU YANG RAPUH

Tidak dapat dinapikan bahawa ketuanan Melayu adalah sejarah Malaysia. Ketuanan Melayu suatu ketika dulu gah. Sejarah Malaysia berkait rapat dengan ketuanan Melayu kerana tanah Malaysia dicipta oleh Ketuanan Melayu?

Pada Hari ini, apakah ketuanan Melayu wujud?

1. Ya, wujud.
2. Ketuanan Melayu dipertikaikan oleh bangsa penjajah yang semata-mata mahu menikmati harta di bumi Malaysia.
3. Orang Melayu sendiri membunuh Ketuanan Melayu apabila menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pinggiran dan bahasa boneka. Pemimpin Melayu sendiri harus berfikiran tegas bagaimana harus mempertahankan bahasa Melayu jika mahu Ketuanan Melayu dihormati.

Saya walaupun bukan bangsa Melayu tetapi menganggap diri saya anak Melayu yang lahir di bumi Melayu. Bahasa saya adalah bahasa Melayu yang agung di bumi Melayu. Saya menganggap bahasa Melayu adalah bahasa yang paling unggul di bumi Melayu. Kalau boleh bahasa Melayu harus di martabatkan dan diagungkan lebih dari bahasa lain.

Semenjak bahasa asing menjelajah ke bumi Melayu, bahasa Melayu direndahkan. Ini salah pemimpin kita. Ini juga serba sedikit menggoncang Ketuanan Melayu. Di sini, saya ingatkan kepada rakan-rakan kerabat penulis serta aktivis budaya agar menentang pihak yang memijak bahasa Melayu. Kalau kita tidak dapat berperang dengan senjata dan pegang, kita gunakan mata pena dalam sastera untuk menyedarkan pihak yang menindas bahasa kesayangan negara kita. Ini juga salah satu cara untuk mempertahankan Ketuanan Melayu yang agung suatu ketika dulu.

Apa pula reaksi rakan-rakan sekalian?