Dialog Borneo Kalimantan di Samarinda satu pengalaman buat saya sebagai pembentang kertas kerja berjudul Penulis dan Karya bukan Melayu dalan Sastera 1Malaysia. Kapal terbang dari Miri ke Kuala Lumpur dan kemudian ke Balikpapan. Perjalanan ke Samarinda memakan waktu 3 jam dengan mobi yang sedia mengambil. Samarinda sebuah bandar sibuk yang padat. Bandar yang penuh dengan angkutan dan manusianya ramah-ramah belaka apabila ditanya. Tahniah kepada pihak penganjur yang begitu rajin dan penuh etika. Saya dapat merumuskan bahawa dialog ini amat berjaya di mana audiennya begitu ramai menyebabkan para pembentang begitu bersemangat. Dewan khas penuh dan wartawan juga juga tidak habis-habis menyoal. Kegiatan begitu padat sekali siang dan malam. Semangat para pembentang amat luar biasa dan para audien bertalu-talu bertanyakan soalan sehingga ada kalanya memerlukan kita berfikir panjang dan menjawap dengan penuh berhati-hati. Buat rakan-rakan dari pulau Kalimantan keseleuruhannya, tahniah. anda sangat berjaya! Berjumpa lagi di Dialog Borneo Kalimantan di pulau Labuan,