MAHU KATEGORIKAN PENULIS PELBAGAI KAUM BAGAIMANA LAGI??

Memiliki minda dan batang fikir yang sejati adalah manusia yang mampu memberi satu keputusan yang baik. Saya masih menganggap Pelbagai Kaum yang terbaik dari mahu mengubah bentuknya lebih kepada global. Apa yang anda mahukan? Apa yang anda inginkan menjadikan Penulis Pelbagai kaum lebih efektif dan tidak nampak berkelompok. Apakah setiap yang dianjurkan selama ini tidak berkelompok? Apakah penglibatan semua lapisan penulis selama ini tidak berkelompok mahupun berkelompok? Apakah adanya penulis pelbagai kaum yang setiap tahun dianjurkan tidak cukup baik?

Apakah dengan melenyapkan jenama Pelbagai Kaum itu akan melenyapkan sempadan penyatuan masyarakat penulis pelbagai kaum di bumi tercinta ini?Alangkah eloknya jenama Festival mahupun Kolokium Pelbagai Kaum terus segar sampai bila-bila. Malah festival sebegini telah menjemput semua kaum. Malah majoriti penulis terlibat. Yang baiknya, karya penulis pelbagai kaum dibincangkan. Penulis pelbagai kaum diberi peluang membentang dan menyertai aktiviti.

Apa yang tidak eloknya jenama Pelbagai Kaum? Tanpa jenama berkenaan, maka pelbagai kaum akan lenyap. Penglibatan pelbagai kaum akan semaksimanya hadir? Mungkin dihadkan pelbagai kaum Cina, India, etnik Sabah dan Sarawak? Pelbagai kaum yang dianjurkan selama ini cukup baik untuk menyatukan rakyat penulis serta aktivis penulis di seluruh Malaysia. Dapat digambarkan perhimpunan penulis pelbagai kaum kian merancakkan dunia sastera dan penulisan telah tumbuh mendadak walaupun hasil kepenulisan masih kurang. Bagaimana kita mahukan hasilkan penulis etnik jika kita mula mempertikaikan pelbagai kaum itu pembantut penyatuan?

Kita sedar, contohnya, kerana politik terlalu global menyebabkan bahasa yang kita cintai diruntuhkan. Dalam suasana penulis pelbagai kaum kian ramai mempertahankan bahasa Melayu, kita pula mempertikaikan jenama pelbagai kaum. Ada baiknya perkara ini dikekalkan. Memang ramai pihak luar yang terus mempertikaikan perkara ini. Baik yang menangguk di air keruh, mereka terus membesarkan perkara ini. Ada yang mengambil kesempatan membuat komen yang tidak berasas. Namun, saya mengakui emang semuanya akan berubah kerana yang merubahnya adalah pihak yang bertanggungjawab.

TIDAK BERNIAT MEMPERTIKAI KEJUJURAN DBPCS DIPERSOAL

PHOTO: Photo diambil ketika saya bermain Bola Keranjang di Bintulu. Saya menggunakan jersi No. 8.

Salam semua rakan-rakan sekerabat. Lewat bolg ini, saya ingin memohon jutaan keampunan ke atas petikan yang terbit di BERTIA HARIAN pada 15 Januari 2009 yang saya rasa merendah-rendahkan kewibawaan DBPCS. Ia terbit diluardugaan saya.

Bagi mewakili diri, saya langsung tidak berniat menyebarkan perkara ini. Saya tidak berniat membawa perkara ini ke masyarakat umum. Malah tidak sekali pun merelakan perkara ini. Perkara ini terbit memang tanpa pengetahuan saya. Saya tidak menjangka perkara ini perlaku. Dengan sejelas-jelasnya, saya tidak mencampuri urusan cara pengurusan dan cara penilaian. Lewak blog (artikel yang sudah dipadamkan) Cuma saya ingin mengetahui kenapa penolakan karya saya tanpa alasan yang kukuh. Bagi memperbesarkan perkara ini, saya langsung tidak berhasrat begitu.

Buat sdr. Nazmi, alangkah baiknya perkara ini diberitahu kepada saya sebelum diterbitkan. Buat masa ini, saya sendiri tertekan. Kemungkinan, perkara ini mematikan niat saya sebagai penulis. Namun, saya meminta maaf kepada Editor, penolong editor, Pengarah dan timbalan pengarah. Saya tidak berniat merendahkan kewibawaan DBPCS.