PPSB YANG KURANG ROMANTIS

Hari ini genap kegelisahan hati teruji lagi. Bingkai silam PPSB memanggil. Rimba bara kembali menyala apabila nusantara api menyala dari tanah semenanjung ke bumi kenyalang terbakar. Terima kasih kepada rakan-rakan kerana terus memberi nasihat dan menongkah dari bawah. Namun aku;

Aku tetap mempertahankan diri. Aku seharusnya memberi luahan nyata kerana aku memang tidak bersalah. Aku pantang dimalukan kerana aku juga seperti manusia lain yang mempunyai maruah. Namun, pada nukilan ini, aku tidak mahu menyebut pekara-pekara silam itu. Aku tahu aku sudah dicampakkan kerana aku menegur cara berpolitik dalam PPSB. Aku berterus-terang kerana aku menegur sesuatu yang salah. Kita tidak mahu kekotoran terus membalut suasana sastera negara dengan pekara-pekara kecil. Hingga sekarang, ada kem mengatakan PPSB kurang siuman dan seperti orang gila kerana pegawai yang berkhidmat tidak profesional. Saya cukup teliti dengan berita dan suasana ini. Ini salah siapa?

Saya tidak memanjang pekara ini langsung tetapi saya tidak mahu dimalukan dengan mengatakan saya penentang. Penentang hanya ingin memperbaiki keadaan. Sepanjang berkhidmatan, saya tidak menjadikan wang ringgit dari PPSB mengayakan saya malah banyak memberi kepayahan kerana berkorban berbelanja ke sana kemari. Terima kasih kepada DBP KL dan pegawai berkenaan kerana telah menumpangkan tenaga saya sepanjang berada dalam PPSB. Terimah kasih juga kepada rakan-rakan sekalian kerana bekerjasama. Terima kasih kepada KK dan jurulatih kerana bertanya tentang bayangan saya.

Buat warna fasilitator, berkhidmatlah penuh komitmen, penuh jiwa raga untuk menjadikan generasi muda mengenali sastera budaya menjadi bangsa Malaysia. Kepada pemegang projek, tidak semudah mungkin kalau kita tidak menyelami hati budi manusia. Usah berjiwa besar jika jiwa kita tidak terenang lautan luas etnik masyarakat dalam negara kita. Memimpin masyarakat bukannya menyalahkan individu tetapi berusaha memperbaiki keadaan. Berusaha menyatupadukan bangsa bukan dalang pemecah-belah. Kita sentiasa ada ruang untuk memperbaiki keadaan tetapi bukan menyukarkan keadaan. Harus berhubung adalah lebih baik dari berdiam dan bercakap dari belakang. Jika ini tidak berlaku, kedua-dua pihak menjadi terkilan!