APABILA SAYA JADI JURU HEBAH RADIO


Salam sejahtera rakan-rakan sekerabat. Anda semua jangan terperanjat apabila saya akan berke-udara di radio Miri. Bagi pengetahuan semua rakan-rakan, saya akan menjadi juru hebah untuk program SEMBANG RANDAU SASTERA UTARA di RTM MIRI bermula 5 April 2009 dan tiap-tiap malam Ahad, jam 8-9 malam.

Pesan, saya berharap sangat pertolongan rakan-rakan semua agar menyusulkan sebarang berita tentang sastera, bahasa dan budaya. Ingin sangat saya berkongsi perkembangan sastera anda untuk saya hebahkan. Pada hari pertama, saya akan berbual secara langsung dengan Prof Dr. Lim Swee Tin melalui Telepon. Minggu kedua akan bersama tokoh tinggi Lampai, Sdr Abiza dan kemudian bersama tokoh besar, sdr Poul Nanggang. Minggu-minggu seterusnya, saya akan pertimbangkan beberapa tokoh bagi mengisi ruangan ini.

Objektif Program Ini.
Memperkatakan ataupun menggambarkan isi, persoalan dan latar masyarakat penulis di Utara Sarawa selain mempertemukan penulis hebat tanah air. Sastera dan penulisan pada amnya dapat dijadikan sebagai jambatan budaya dan penghubung antara pelbagai suku kaum, golongan masyarakat dan daerah serta wilayah. Memungkinkan sastera dibenihkan kepada para pedengar seantro utara Sarawak. Serta perkongsian sastera melalui komunikasi bersama dalamn memupuk minat generasi pada zaman ini.

8 comments:

Norgadis Labuan said...

Syabas!
Kalau tak silap saya, menjadi juru hebah adalah karjaya baru untuk saudara dan mungkin agak sedikit berbeza dengan bidang saudara sebelum ini sebagai ahli sukan dan penulis. Apa pun jua yang anda lakukan, tahniah kerana ianya sering membawa kejayaan.

JAYA RAMBA said...

Terima kasih Norgadis. Apa khabar kalian di Labuan. Semoga sihat. Bagaimana perkembangan para penulis di Labuan?

Norgadis Labuan said...

Kami PERWILA Labuan semuanya baik. Sekarang kami dalam proses menerbitkan antologi puisi kami sendiri.

JAYA RAMBA said...

wauuu itu sangat baik sekali. Bila agaknya kalian nak jemput saya buat bengkel cerpen. Sila rancangkan n saya boleh datang bila-bila masa jika dijemput. Harap nafsu berkarya awak dan rakan-rakan terus menyala. Semoga selepas ini lahirlah karya-karya bertenaga dari pulau Labuan.

osmanzaini_melayu said...

sakam sastera saudara..
tahniah..
satu program yang amat baik dan sihat untuk mencambah pemikiran warga isi Miri berfikir tentang sastera ini. Jika bukan kita siapa lagi yang mahukan memartabatkan bahasa dan sastera kita yang agung ini. sekali lagi syabas dan tahniah...

http://cetasasbuya.blogspot.com said...

tahniah...

abangz said...

Salam..

Tahniah & Syabas kepada Encik Jaya kerna berupaya menjadikan radio sebagai platform terbaharu untuk melebarkan rangkaian sastera budaya nusa bangsa kepada masyarakat. Semoga jaringan kita khususnya kami di IPG (Insitut Pendidikan Guru) dibawa bersama dalam gelombang kehangatan sastera budaya..

JAYA RAMBA said...

Buat rakan-rakan sekalian. Sahutan ini saya jadikan satu tugas yang bertanggungjawab selepas saya cuba meminggirkan satu tugas saya rasa kian dipinggirkan. Dengan adanya tugas bari ini, mungkin keresahan saya akan berkurangan. Saya merindui setiap kerja sastera saya.