cerpen KAULAH SEGALA-GALANYA Frankie Latit pd 29 Okt 2008

Lahirnya sesebuah karya adalah sepertinya lahir seorang bayi dari kandungan ibunya. Berjayanya sesebuah karya diterbitkan adalah seperti telah berjayanya seorang penulis melangsaikan sesebuah cerpen.

Namun, apakah cerpen itu baik? Bermutu? Memuaskan? Maka, terpulang kepada penulis berkenaan dan terpulang kepada para pembaca dan pengkritik. Sudah pasti juga para pengkritik memberi pandangan yang berbeza. Lahirnya cerpen KAULAH SEGALA-GALANYA oleh Frankie Latit sudah tentu mengejutkan kerana nama penulis ini baru.

Sebenarnya, Frankie Latit adalah penulis yang cuba saya bimbing. Beberapa buah karyanya telah saya terima melalui emel. Saya membaca karya-karya beliau dan saya dapat memahami anak muda ini bahawa penulis ini boleh pergi jauh. Apabila karya pertama beliau (KSS)terbit, itulah hasil pertamanya. Beliau sempat memberitahu dan beliau merasa segan dan takut apabila karya tersebut pasti diulas dan dikritik. Maka, saya hanya menasihatkan agar bersabar.

Saya juga telah membaca karya kedua dan ketiga serta seterusnya. Saya melihat penulis ini cukup berpontensi untuk meningkat naik. Pada 29.10.2008, beliau sms saya yang mengatakan Saiee Driss telah mengulas cerpen ini di blog beliau. Rumusannya, cerpen berkenaan kosong. Namun, pada saya, Frankie Latit berjaya menonjolkan watak Jabau dengan dunianya untuk mencari erti kemerdekaan. Harus diketahui maksud watak yang berasal dari rumah panjang yang amat berbeza dengan manusia di bandar. Maka, saya melihat watak Jabau itu berjaya. Cuma perjalan karya berkenaan sedikit kelam-kabut kerana kurang menurut peringkat awal, kemuncak dan pengakhirian. Beliau masih terkial-kial merencanakan peristiwa agar segar dibaca oleh pembaca.

Pada saya, saya merasa bangga kerana boleh membimbing penulis ini seperti saya melahirkan Belaja Anyai dan David Belulok. Di sini, saya ucapkan tahniah kepada sdr. Mohidden Malik kerana berjaya memberi ulasan yang membimbing para penulis muda Bumi Kenyalang. Semoga Frankie Latit terus menulis dan jangan cepat merasa puas kerana tanggungjawa kita tidak berakhir di sini.

No comments: