DIALOG TELUK YANG GAGAL

Saya selamat kembali dari Labuan. Rasa syukur kerana berjaya menyampaikan kertas kerja dan forum menyertai persatuan yang dicintai. Rata-ratanya Dialog Teluk kali ini agak panas dengan isu yang tidak disangkakan. Apa tidaknya, para peserta khas yang disahkan pendaftaran disuruh membayar penginapan sedangkan pada awalnya diberi penginapan percuma.

Beberapa kertas kerja yang dibentang juga tidak sampai ke matlamat Dialog Teluk dan pihak penganjur perlu menitik beratkan kualiti yang membina para penulis. Para peserta yang datang juga agak kurang. Ini menjadikan Dialog Teluk itu kurang mendapat sambutan.

Namun, Dialog Teluk pada 2010 dicadangkan di Miri. Saya selaku penulis dari Miri akan berjanji melakukan yang terbaik. Buat penulis Bumi Kenyalang, kami akan mengundang semua jika tidak ada halangan yang melintang.

1 comment:

SMK LAJAU, W.P Labuan said...

Salam. Saya rasa terpanggil untuk mengulas catatan saudara dalam blog ini. Selaku Pengerusi Pengelola Dialog Teluk ke-6, pihak kami mengakui memang terdapat beberapa kelemahan dan salah faham yang berlaku semasa dialog berlangsung di Labuan. Pihak PERWILA telah membuat postmortem malam tadi, dan akan menyiasat apa yang dibangkitkan saudara. Saya ingin menyatakan di sini bahawa pembentang kertas kerja memang diberi penginapan percuma, dan pihak penganjur akan memastikan bayaran penginapan yang telah saudara "bayar" akan dikembalikan. Saya secara tulus ingin memohon kemaafan atas kesilapan ini. Semoga hubungan saudara dengan nrakan penulis di Labuan tidak terjejas dengan kesilapan ini. Dan saya ingin memohon agar kita kembali secara rasional bahawa dialog ini yang terhenti sekian tahun dan dihidupkan kembali dengan sokongan GAPENA juga tidaklah sepenuhnya gagal kerana dalam kesempatan ini dapat juga menghimpunkan seluruh penulis, karyawan, budayawan dan penggiat seni seluruh pesisir Teluk Brunei ini walaupun kami memang akui sedari awal kelemahan kami. Kita harus bersyukur agar Sekretariat Dialog Teluk yang kita wujudkan bersama akan memastikan penganjurannya di Miri akan lebih cemerlang nanti, inilah doa saya. Terima kasih kerana berterus-terang dalam hal yang saudara lalui, kami akan selesaikan secar berhemah. Maaf sekali lagi

SAHAR MISRONK
Ketua 2 PERWILA,
Merangkap Pengerusi
Pengelola DITEL ke-6