DENDAM SEORANG SANG BATU API

27 hari tidak menulis adalah satu pengalaman yang cukup ngeri. Setiap detik yang dilalui diriku cukup mencabar. Namun, setelah banyak lorong dan denai dilalui, setelah banyak informasi diketahui, setelah banyak hujah disedari, akhirnya aku mengambil keputusan terus begini. Biarlah aku dengan kecewa ini walaupun aku tidak berniat lakukan perkara itu. Aku masih ingat dada-dada padang sastera rakan-rakanku yang panas meluahkan hati mereka. Yang lebih kejam pendapat dan terkaman mereka terhadap gudang itu dari apa yang aku alami. Tetapi tidak diambil tindakan sekejam aku. Ah, Aku masih ingat kata-kata bongkaknya:
"SINGKIRKAN DIA DARI GUDANG PUSTAKA INI. JANGAN IKTIRAFKAN KARYANYA. JANGAN SIARKAN LAGI APA SAHAJA KARYANYA."

aku memang tahu dia adalah Timbalan pendakwaraya di gudang itu. Aku tahu dia akan menjadi pendakwaraya suatu hari nanti. Entah kenapa dia benci dan marah kepadaku. Kenapa dia menjadi batu api di seluruh gudang itu dan seluruh bumi ini. Sedangkan dia sepatutnya menjadi pemartabat kerabat orang seperti aku. Aku ingat orang bersuara di depannya bertanyakan warta mereka. Seeloknya dia menegur aku kerana dia lebih matang dan tua. Dia kata "KALAU MAHU TERBIT SENDIRI. ATAU KERJA DI SINI!" Begitukah kita berkata di depan anak didik kita. Mungkin begitu kata-katanya kepada seisi keluarganya.

Aku masih ingat aku berdoa sejuta kali untuknya ketika dia tenat dulu. Kini, dia bernafas dan tegak seperti pokok ketapang yang gagah. Dia seperti raja memimpin gudang yang kaya itu. Dia adalah pemerintah mutlak yang menentukan nasib sesiapa sahaja. Aku pasti subur khazanah sastera tidak akan maju jika pemimpin sebegitu memimpin gudang itu.

Aku ingat pemerintah israel. Pmerintahannya itu seperti pemerintah Israel yang menindas umat Islam di Palestin. Memang aku juga seperti umat Islam di Palestin yang diruntuhkan. Tetapi tidak apalah. Cukuplah setakat ini. Sambungan karya ini akan aku luahkan di sebuah cerpen yang pasti akan terbit di Media Indonesia dan akhbar Nasional tidak lama lagi.SALAM!

No comments: